-realiti yang aku lupakan-
Bangunku di tepi tasik, aku terdengar suaranya
memanggilku. Aku membuka mataku, aku pandang wajahnya. Dia senyum. Hati ini
rasa indah, sangat indah, kerna bagai senyuman yang terukir di bibirnya,
menyentuh hatiku.
Suara wanita itu, bisa menembusi sangkar ilusi
buatanku, sepertinya tangannya dihulurkan kepadaku, untuk selamatkan aku
daripada rasa lemasnya di lautan ilusi, yang ada di minda, dan hatiku.
Kembang mekarlah bunga di hatiku, harumnya
mempesonakan jiwaku, indah rasa hidupku di kala ini.
Duduk dia di sebelahku. Aku pejamkan mata lagi, kerna
aku nak rasa keindahan di hati ini, berkekalan.
Teknologi dunia semakin moden. Robot ada di mana-mana.
Manusia semakin gembira. Tenggelam mereka dalam dunia sendiri. Bangkit mereka
daripada kejatuhan perasaan. Senyuman mereka terukir semula.
Manusia tidak lagi disibukkan dengan ekonomi dunia.
Manusia hanya perlu fikir akan perasaan, tanpa perlu memikirkan terlalu rumit,
hal-hal material dunia, kerna semuanya telah diberikan kepada bangsa robot,
untuk mengawalnya.
Semuanya- terima kasih kepada kemajuan teknologi.
Aku muka mataku. Aku duduk. Dia ada si sebelahku.
Senyum sambil memandangku. Matanya menusuk hatiku. Wajahnya cantik, mencairkan
hatiku.
Kenapa rasa ini indah? Kenapa aku rasa indah, melihat
wajahnya? Hatiku rasa gembira melihat senyumannya. Mungkin kerna aku tahu,
senyuman itu adalah milikku, selama-lamanya, cintanya itu adalah untukku selama-lamanya.
Tapi.... kenapa aku rasa semua ini ilusi? Kenapa aku rasa
semua ini bodoh? Kenapa aku rasa semua ini adalah cara aku lari daripada
realiti sebenarku? Kenapa? Kenapa? Kenapa aku rasa, hatiku kosong, sangat kosong?
“Ah, lantaklah! Siapa kata ini ilusi! Siapa kata cinta
ini ilusi! Dia ada berdiri di depanku. Maka dia real. Cintanya juga real
kepadaku,” kataku kepada akalku, kepada hatiku, kepada aku, agar aku tidak lagi
dilemaskan dengan soalan-soalan bodoh.
“Saya cintakan awak,” wanita yang duduk di depanku
mula berkata-kata, setelah dia nampak diriku celaru dengan kekeliruan realiti.
“Saya pun cintakan awak,” kataku sambil senyum.
Kenapa? Kenapa aku masih rasa semua ini ilusi? Kenapa
hatiku rasa semua ini tidak real, sekadar permainan moden? Kenapa mindaku
seperti hendak keluar dari sesuatu? Kenapa!? Kenapa!?
Aku pandang wajahnya. Dia senyum. Dia ketawa. Dia
malu. Hati ini terasa indah semula. Lupa aku persoalan sial tadi.
Jiwa ini rasa indah berenang di lautan cinta ini. Dah
tiba masanya aku terima realiti moden. Dah tiba masanya aku berhenti
mempersoalkan segalanya.
Air mataku tiba-tiba jatuh, tanpa ku minta, tanpa ku
sedar. Jatuh ia membasahi wajahku.
Kenapa? Kenapa? Kenapa aku seperti ini? Kenapa aku
masih rasa semua ini ilusi untuk aku lari daripada realiti dunia sebenar?
Kenapa?
Wanita itu memelukku. Dia memelukku dengan erat. Dia
sepertinya kasihan akan diriku.
Aku mempersoalkan lagi mindaku,
"adakah aku ada masalah mental? Adakah aku ada
mental disorder?"
Aku membalas pelukannya, agar aku tidak lagi berkata-kata dengan mindaku, dengan hatiku.
Wanita ini melayanku dengan baik. Walau aku seperti
ini, dia tetap masih ada di sisiku. Senyumannya sentiasa menemaniku, walau aku
selalu anggap dia itu ilusi, dia itu tidak real wujudnya.
Pelukannya menyelamatkan aku daripada segala persoalan
mindaku. Pelukannya melenyapkan segala persoalan hati.
“Dah tiba awak terima semua ini, agar awak bisa hidup
gembira,” kata wanita itu, sambil pelukannya semakin erat.
Pelukannya indah. Terasa hatiku berbunga, kerna aku
dah lama nak dirinya memelukku, agar bisa dia selamatkan aku daripada kesulitanku terhadap pentafsiran dunia moden. Aku dah lama berusaha agar dia menjadi
milikku, agar hatinya mencintaiku kembali seperti mana aku mencintai dirinya.
Minda ini bodoh. Hati ini bodoh. Selalu bodoh.
Kenapa aku masih rasa, semua ini ilusi? Kenapa aku
rasa cinta ini ilusi?
Aku lemas dengan semua ini. Aku nak hilang sahaja
daripada dunia realiti empirikal moden ini. Aku nak buang cinta yang ada di
hatiku, agar ia tidak lagi memperbodohkan aku.
“Saya cinta akan awak,” kata wanita itu lagi.
Tapi, aku mula merasionalkan segalanya
“Wahai hati, sedarlah... wanita yang ada di depanmu
ini, bukanlah manusia yang engkau cintai, dia itu adalah robot, yang mukanya
seperti wanita itu. Dia itu tidak real. Cintanya itu tidak real. Semuanya
adalah ilusi.”
...
Apa akan terjadi, apabila suatu hati nanti, ahli sains
bisa digitalkan perasaan cinta romantika, dan diletakkan rasa cinta itu, ke dalam
robot, dan menjadikan robot itu seperti muka dan personaliti sama dengan
seseorang yang manusia cintai? Pada masa itu, cinta bisa dijual beli, dan
mungkin tiada lagi manusia yang akan rasa sedih, kerna cintanya tidak lagi
ditolak.
Tapi, pada masa itu, banyaklah cinta ilusi
berterbangan di dunia empirikal. Cinta ilusi, untuk lari daripada realiti
empirikal. Di saat itu, tidak akan lagi wujud cinta real, kalau ada pun,
hanyalah sedikit sahaja, kerna semuanya bercinta dengan robot.
Cinta telah digitalkan agar bisa ia diprogramkan ke
dalam robot, yang akhirnya robot itu boleh memberi cinta kepada manusia. Akan
ramai manusia lemas dalam lautan itu. Mereka tahu ia ilusi, tapi cinta telah
membutakan segalanya.
Cinta benar-benar bisa membutakan. Ia bisa memperbodohkan akal, memperbodohkan
sikap. Pada masa itu, kebodohan sikap tidak akan lagi bisa dirasionalkan akal,
kerna cinta telah mengawal hati dan sikap, yang akhirnya akal terpaksa turut
serta, kerna ia bisa beri keindahan dunia, walau ia sekadar cinta ilusi.
Lihatlah di kala ini, ramai manusia lari daripada
realiti dengan berenang di lautan virtual, sama ada virtual itu real wujud di
empirikal tapi jauh nun di sana atau virtual itu telah difantasikan di mana
wujudnya hanya ada di dunia virtual. Virtual itu real ada di empirikal atau
ilusi yang hanya ada di fantasi, ia tetap ramai mengunjungnya kerna itu salah
satu cara untuk lupa realiti dunia yang dihadapinya. Walau akal dan hati rasa
semua itu ilusi, tapi, hati tetap nak ke sana, kerna ia indah....
Dunia virtual bisa selamatkan seseorang daripada
keperitan dunia realiti. Walau, akal rasa ia ilusi, tapi apakan daya, dirinya
tidak tahu nak buat apa lagi, kecuali terjun di dunia virtual mencari
kegembiraan sementara.
Akhirnya, jiwanya rasa lemas...
Ulasan
Catat Ulasan