-tentang aku [28]-
katanya
"aku tidak tahu, kenapa aku rasa takut untuk bergembira."
"aku takut untuk rasa gembira, untuk bergembira, kerna aku takut gembira itu sekadar ilusi sahaja."
"aku selalu anggap, gembira yang aku rasai hanya ilusi sahaja, apa yang real adalah kesedihan."
"aku selalu anggap - kegembiraan yang datang hasil aku habiskan masaku ke arah sesuatu perkara adalah ilusi sahaja, tapi bila aku rasa kesedihan juga hasil masaku aku habiskan untuk perkara yang sama, aku anggap ia sebagai kesedihan yang real, sangat-sangat real."
"aku kasihan aku. kerna aku selalu anggap perasaan gembira yang aku rasai adalah delusi sahaja, tapi perasaan sedih yang aku rasai hasil perkara yang sama adalah yang real."
"aku kasihan aku. aku selalu anggap kesedihan adalah perkara wajib dalam hidupku, dan aku tidak layak merasai kegembiraan."
"realiti telah mengubahku."
"andai selalu di bawah, susah lagi nak naik ke atas. kerna, diri akan selalu anggap, bahawa diri memang sesuai berada di bawah, selama-lamanya."
"aku nak berubah, agar aku boleh jumpa dia, sebagai seorang lelaki berjaya, hebat."
Ulasan
Catat Ulasan