-tentang sastera [22]-
katanya
"aku menulis ini, bukan tujuan utamanya untuk dibaca manusia lain. itu yang terakhir. bagiku, aku menulis ini, kerna aku nak baca ia suatu hari nanti, dan aku harap tulisanku ini boleh memberikan aku sesuatu yang hebat."
"mungkin, suatu hari nanti, aku akan rasa malu, bila aku membaca semula tulisan ku ini. tapi, ia hidup aku. dalam kehidupan, mesti ada perkara yang memalukan terjadi. ia adalah kehidupan manusia awam, sepertiku."
"adakah suatu hari nanti, aku akan berhenti menulis hal-hal hati, dan kembali menulis mengenai ideologi, pemikiran, falsafah, sains."
"entahlah. aku rasa, aku nak buat dua-dua, atau pun, aku nak abaikan segala-galanya, termasuk diri aku sendiri. tapi, aku rasa, lebih baik aku abaikan menulis dalam hal-hal pemikiran ideologi."
adakah tulisan ini menggembirakan kau?
"aku tak tahu. tapi, akhirnya aku ada menghasilkan sesuatu dalam hidupku, walaupun tulisan ini sampah."
adakah tulisan kau itu berfaedah?
"macam mana tulisanku ini berfaedah, sedangkan aku sendiri tidak berfaedah kepada masyarakat, kah kah kah."
kau masih nak lemas di lautan virtual,
walaupun kau tahu, ia delusi kau sahaja?
"ya, aku nak tenggelam lebih dalam lagi, kerna aku perlukan delusi untuk tulisanku. aku malas, nak cari sesuatu di empirikal, untuk dijadikan sumber inspirasi tulisanku."
kau suka dia, secara real atau delusi sahaja?
"dua-dua."
dua-dua?
"ya, kerna ... dia virtual dan pada masa yang sama dia ada di empirikal."
sampai bila kau nak membiarkan diri kau tenggelam di lautan cinta virtual itu?
"tak tahu. selama-lamanya mungkin."
walaupun kau merana?
"hmmmmmm... ya."
kau tak anggap diri kau bodoh, kerna nak tenggelam di lautan virtual itu.
"aku tak anggap diri aku bodoh, kerna kenapa nak anggap diri aku bodoh, sedangkan aku dah memang bodoh pun."
kau nak jumpa dia di dunia empirikal?
"kadang-kadang ya, kadang-kadang tak nak. tapi, aku rasa, aku nak jumpa lah.
untuk apa?
"ada hutang hati bodohku ini perlu bayar untuk akalku."
kau nak jumpa dia sebagai peminat atau....
"tak, aku tak nak jumpa dia sebagai seorang peminat, tapi sebagai seorang lelaki."
kau rasa dia bakal terima kau?
"tak. wake up. aku tahu aku siapa. aku tahu, usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, dia tetap tak akan pandang aku."
so, kenapa kau berusaha?
"sebab, aku tak nak lagi sampahkan hati aku."
walaupun harapan itu delusi?
"ya. aku tahu ia delusi, tapi pasti ada sesuatu yang delusi boleh berikan kepada empirikalku."
walaupun ia sia-sia?
"ya. aku tetap nak layan juga perasaan bodoh itu. sehingga ada sesuatu yang aku minat yang boleh menyibukkan diriku, sehingga boleh menyebabkan aku lupa perasaan itu. tapi, sibuk mana pun aku, aku tetap teringat dia. aku tetap kembali ke hati bodohku."
suatu hari nanti, kau akan sampahkan harapan kau itu, seperti mana kau sampahkan harapan kau yang dahulu.
"aku akan fikir benda itu kemudian. aku tak nak banyak berfikir lagi. aku nak buat juga, walaupun ia sia-sia, kerna aku dah lama anggap aku ini sia-sia."
Ulasan
Catat Ulasan