-tentang dia [27]-

katanya
"semakin hari, semakin pudar dia dari hatiku. tapi, aku selalu memperbaharui cinta, agar ia kekal."

"aku tak akan lari, lagi. aku akan selalu memperbaharui cinta, agar dia sentiasa ada di hatiku, walaupun aku tahu, selama-lamanya aku dan dia, tak mungkin bersua muka."

"aku tahu, dia delusi, tapi, bagiku dia real, kerna dia wujud di empirikal, cumanya dia jauh, sangat-sangat jauh."

"aku nak jadikan dia sebagai peneman hatiku, agar selama-lamanya aku akan hidup bersendirian, dan mempunyai inspirasi sastera, kerna aku boleh jadikan dia sebagai alat untuk aku mengawal hatiku, agar aku tak akan jatuh cinta lagi."

"aku tak nak jatuh cinta, kerna aku tak nak melayan cinta dan kerna aku tak nak berfikir mengenai perkahwinan."

"maaf awak, aku jadikan kau sebagai alat untuk aku mengawal hatiku agar aku tak akan jatuh cinta di dunia empirikal."

"juga minta maaf, kerna aku jadikan kau sebagai sumber inspirasi sasteraku."

"tapi, cintaku ini real."

"cinta di hatiku ini perlu real, agar selama-lamanya aku tak akan jatuh cinta lagi."

...

"aku sentiasa mengingati dirimu, di kala aku melihat wanita lain. walaupun hatiku rasa sakit kerna aku tahu bahawa selama-lamanya aku hanya bertepuk sebelah tangan, tapi pada masa yang sama, aku boleh mengawal hatiku agar aku tak akan jatuh cinta lagi di empirikal."

"aku tak nak berkahwin, tapi aku tahu, hatiku tetap akan jatuh cinta juga, dan tetap nak berkahwin juga, so aku jadikan kau sebagai sangkar hatiku, agar niatku tak nak berkahwin akan tertunai."

"aku tahu, selama-lamanya kau tak akan membalas cintaku, kerna itu aku boleh  tak akan fikir soal perkahwinan."

"minta maaf, kerna aku jadikan kau sebagai sangkar hatiku. itu sahaja yang boleh aku lakukan untuk mengawal hatiku, agar selama-lamanya hati ini tak akan jatuh cinta lagi."

"dan juga, aku perlukan rasa cinta untuk menulis sastera cinta."

"aku rasa aku tak perlu minta maaf, kerna aku tahu bahawa selama-lamanya kau tak akan tahu, dan tak nak ambil kisah pun."

"aku rasa, hatiku ini yang perlu minta maaf kepada aku, kerna dia membodohkan aku. tapi, aku faham, kerna itu sahaja cara hatiku agar aku tak akan jatuh cinta lagi."

"tapi, aku nak juga jumpa kau suatu hari nanti. bukan sebagai peminat, tapi sebagai lelaki. aku nak lihat kau di dunia empirikal, walaupun pada masa itu, kau mungkin tak akan pandang aku sebagai lelaki. aku tak kisah, kerna aku akan fikir itu selepas aku jumpa kau di dunia empirikal."

"terima kasih kerna wujud di dunia kecilku, im na**on."

Ulasan

Catatan Popular