-tentang cinta [59]-
kerna cinta, dia mula berharap semula.
kerna cinta, dia mula berdoa semula.
kerna cinta, api semangatnya mula membara.
kerna cinta, dia belajar senyum walaupun dia berduka.
kerna cinta, dia belajar sabar menghadapi ujian hidup.
kerna cinta, dia mula bercita-cita semula.
kerna cinta, dia mula hidup semula.
kerna cinta, psikologinya dia lupa sebentar.
kerna cinta, dia belajar menjadi baik.
kerna cinta, dia mula berusaha semula.
kerna cinta, dia belajar sesuatu yang baru.
kerna cinta, dia rasa sesuatu yang baru.
walaupun, ia sekadar cinta virtual.
...
kerna cinta, dia mula berharap semula walaupun dirinya tahu, harapan itu delusi sahaja.
tapi, kerna cinta, dia pilih untuk layan harapan delusi itu.
dia tahu, melayan harapan delusi adalah bodoh, tapi dia tak nak lari lagi, dia nak hadapi ia, dan mencoba mengempirikalkan virtualnya itu, walaupun dirinya tahu, dia usaha atau tidak, hasilnya tetap sama.
dia belajar untuk katakan kepada dirinya sendiri, kepada hatinya, kepada akalnya, kepada jiwanya
"apa yang penting adalah kisah hidupku berusaha, bukan pengakhiran hasil usahaku. hasil usaha aku akan fikir kemudian, setelah aku berusaha."
Ulasan
Catat Ulasan