-tentang sastera [25]-
katanya
"apa tragedi yang dia lalui dalam hidupnya, sehinggakan ketawanya seperti tangisan."
"apa tragedi yang dia lalui dalam hidupnya, sehinggakan ketawanya seperti teriakan sebuah kesedihan."
"apa tragedi yang dia lalui dalam kehidupannya, sehinggakan ketawanya seperti dia hendak menangis."
"apa tragedi yang dia lalui dalam hidupnya, sehinggakan ketika dia ketawa kuat, dia menangis; air matanya jatuh membasahi pipinya."
"dia menangis selepas dia ketawa kuat."
"air matanya jatuh ketika ketawa kuat, selepas itu dia menangis. apa kisah hidup yang dia lalui, sehinggakan dia seperti itu."
"air matanya jatuh, ketika dirinya ketawa kuat. dia sepertinya ketawa paksa, agar dia boleh sembunyikan perasaannya."
"dia bukan memaksakan dirinya untuk ketawa. dia ketawa kerna dia nak lupa sementara kesedihan yang ada di hatinya. tapi, perasaannya itu tidak bisa dia sembunyikan terlalu lama, kerna itu air katanya mula jatuh, ketika dia ketawa terlalu kuat."
"dia kesepian sambil melawan duka di hati. dia kesepian sambil mengharungi tragedi hidupnya. dia sentiasa rasa sepi, walaupun dia berada di khayalak. dia dapat rasakan bahawa dia ditakdirkan untuk sentiasa merasai kesepian dalam hidupnya."
"apa kisah kesedihan yang dia lalui, sehinggakan ketawanya seperti sebuah kesepian, senyumannya kelihatan dia rasa kesepian, cara jalannya juga menunjukkan hatinya merasai kesepian."
"apa kisah hidupnya, sehinggakan kewujudannya memberi aura sebuah kesepian, kesedihan, kedukaan."
"apa kisah hidupnya, sehinggakan dia sembunyikan segala-galanya di hatinya."
"apa kisah hidupnya, sehinggakan dia suka bersendirian."
"apa kisah hidupnya, sehinggakan dia pilih untuk menjalani kehidupan seperti itu."
"apa tragedi yang dia lalui dalam hidupnya, kerna di kala aku memandangnya, aku seperti hendak memeluk dirinya."
"hatiku rasa tersentuh di kala dia ketawa, kerna aku dapat rasakan, ada kesepian dalam ketawanya, ada kedukaan dalam senyumannya, ada tangisan dalam suaranya, yang dia sembunyikan di lubuk hatinya, agar tiada sesiapa pun yang mengetahuinya."
"apa jenis duka yang dia lalui dalam hidupnya, sehinggakan dia seperti itu."
Ulasan
Catat Ulasan