-tentang cinta [85]-

katanya
"jangan sesekali memandang rendah akan cinta, walaupun ia bersifat delusi yang berilusi hasil fantasia diri, kerna cinta boleh mengubah dunia, mengubah manusia."

"jangan sesekali memandang hina akan cinta, kerna cinta boleh memberi inspirasi kepada dunia, walaupun pada asalnya, cinta itu hanyalah harapan delusi hati."

"jangan sesekali memandang rendah akan cinta romantika, kerna cinta boleh menghasilkan personaliti baru seorang manusia, walaupun cinta itu hanyalah hasil delusi maya sahaja."

"jangan pernah memandang rendah akan cinta, kerna cinta boleh menyebabkan manusia memilih untuk hidup bersendirian sehingga akhir hayatnya."

"jangan pernah memandang hina akan cinta seorang insan, walaupun cinta itu delusi dirinya, kerna cinta boleh menyebabkan manusia lupa untuk jatuh cinta lagi."

"jangan pernah memandang rendah akan nilai sebuah cinta, kerna cinta boleh mewarna-warnikan dunia, walaupun cinta itu tidak berakhir dengan keindahan sebuah kegembiraan."

"jangan sesekali memandang rendah akan cinta, kerna cinta boleh menghasilkan karya teragung dunia, walaupun cinta itu pada asalnya bersifat delusi, hasil sebuah harapan ilusi yang wujud di ruang hati."

"jangan sesekali memandang rendah akan nilai sebuah cinta, kerna cinta boleh menyebabkan manusia menjadi penguasa hebat, walaupun pada hakikatnya, cintanya itu hanyalah delusi hatinya sahaja."

"jangan sesekali memandang rendah nilai sebuah cinta yang wujud di hati manusia, walaupun cinta itu hanyalah delusi dirinya sahaja, kerna cinta delusi boleh me-real-kan personaliti si pencari fantasia cinta."

"jangan pernah memandang hina cinta seorang manusia, walaupun cintanya itu hanyalah ilusi dirinya sahaja, kerna cinta ilusi boleh memberi inspirasi yang real, untuk membantu dirinya melihat dunia dengan tafsiran berbeza."

Ulasan

Catatan Popular