-tentang sastera [41]-
katanya
"sasteraku ini, tempat aku bercerita, di kala mental illnessku datang menyapaku."
"sasteraku ini, tempat aku berteman, di kala cinta realiti melukakan hatiku."
"sasteraku ini, tempat aku dipeluk, di kala akalku tidak hebat melayan sains."
"sasteraku ini, tempat aku menangis, di kala mataku tidak boleh mengalirkan air mata lagi."
"sasteraku ini, tempat aku mengadu, di kala dunia tidak mahu mendengar cerita hatiku."
"sasteraku ini, tempat aku mengeluh, di kala aku lemas di lautan cinta virtual, kerna kebodohan hatiku."
"sasteraku ini, tempat aku melarikan diri, di kala aku nak hilang dari dunia empirikalku."
"sasteraku ini, tempat aku bersembunyi, di kala dunia empirikal ingin menelanku."
"sasteraku ini, tempat aku menangis, di kala aku lemas hasil dunia realitiku."
"sasteraku ini, tempat aku meluahkan cinta, di kala suara hatiku aku sembunyikan di dunia empirikalku."
"sasteraku ini, tempat aku menghilangkan diri, di kala aku lemas dalam lautan ideologi pemikiran politik dalam masyarakat."
"sasteraku ini, tempat aku menghilangkan personaliti empirikalku, di kala aku lelah dengan diriku sendiri."
"sasteraku ini, tempat aku meluahkan khayalanku, di kala delusiku yang penuh ilusi, coba menelan diriku, di dunia delusiku sendiri."
"sasteraku ini, tempat aku bertapa, agar psikologiku tidak hanya melemaskan jiwaku, tapi juga melemaskan hasil sasteraku."
"sasteraku ini, tempat aku menyembunyikan diri, daripada manusia empirikalku."
"sasteraku ini, tempat aku me-melodi-kan lirik laguku, di kala aku ditemani dengan melodi kesedihan."
"sasteraku ini, sentiasa memelukku, di kala aku berasa sunyi, sepi, sedih, sakit, merana, seksa, lemas, lelah."
"sasteraku ini, adalah teman terbaikku."
Ulasan
Catat Ulasan