-tentang sastera [39]-

katanya
"kerna buku, aku terbang ke dunia idealisme. kerna virtual, aku terbang ke dunia delusi."

"kerna buku, aku lemas di lautan idealisme. kerna virtual, aku lemas di lautan delusi."

"kerna buku, aku terperangkap di penjara idealisme. kerna virtual, aku terperangkap di penjara delusi."

"kerna buku, aku kenal ideologi pemikiran. kerna virtual aku kenal cinta virtual."

"kerna buku, aku lupa empirikal. kerna virtual aku abai empirikal."

"kerna buku, aku tiada masa fikir akan cinta. kerna virtual, aku tiada masa fikir akan ideologi."

"kerna buku, aku abai akan perasaan. kerna virtual, aku abai akan pemikiran."

"kerna akal, aku kenal akan psikologi. kerna hati, aku kenal akan sastera."

"kerna akal, aku sibuk dengan psikologiku sendiri. kerna hati, aku sibuk dengan dunia delusiku sendiri."

"kerna akal, aku layan sains. kerna hati, aku layan akan sastera."

"kerna kelemasan jiwa hasil akal, aku abaikan ideologi. kerna kelemasan jiwa hasil delusi, aku pernah abai virtual, tapi aku datang lagi, ke lautan virtual kerna aku sedari, lemas di lautan virtual delusi lebih baik berbanding lemas di lautan idealisme."

Ulasan

Catatan Popular