-tentang cinta [88]-

katanya
"hanya kerna sebuah cinta, dia hendak menguasai dunia, agar suatu hari nanti, dia boleh berdiri setaraf dengan wanita yang dia cintai itu. dirinya tahu, dia usaha atau tidak, wanita itu tak akan pernah mencintai dirinya, tapi dia tidak kisah, kerna apa yang penting untuk dirinya adalah, dia nak buktikan kepada akalnya sendiri, bahawa jangan sesekali pandang rendah harapan delusi cinta, yang ada di ruang hatinya. dia nak buktikan kepada dirinya sendiri, bahawa walaupun harapan cintanya ini sekadar delusinya yang penuh ilusi, tapi ia memberi ke-real-an ke atas kisah hidupnya di dunia empirikal. dan, dia nak buktikan kepada dunia, delusi manapun sebuah harapan yang ada di hatinya, ia tetap memberi kesan ke atas hidupnya di dunia empirikal, dengan izin Sang Pencipta."

"hanya kerna cinta, dia menjadi hebat, bukan tujuan utamanya untuk dipuji dunia, tapi hanya kerna sebuah cinta yang ada di hatinya."

"cinta delusi mengubah hidupnya di empirikal."

Ulasan

Catatan Popular