-tentang cinta [87]-

katanya
"prof naquib dalam bukunya yang bertajuk rangkaian rubaiyyat, ada menulis

'Apa untungnya pipi merah laksana bunga-
Rupa jelita, rambut memahkotakan muka?
'Pabila kechantikan murni meliput alam,
Guna apa kau memeluk kechantikan fana?'

ya benar, apa guna memeluk kecantikan yang fana, apabila ada kecantikan yang murni. tapi, hatiku ini tetap juga jatuh cinta, cinta kepada seorang wanita. aku pernah, tak nak lagi cari cinta romantika, kerna aku nak cari cinta Pencipta, tapi akhirnya, aku tetap jatuh cinta juga. dan, akalku pun kata, sampah sepertiku tak layak nak cari cinta Pencipta, kerna hatiku penuh kekotoran yang aku sendiri malas untuk menyucikannya, dan; oleh itu, manusia sepertiku hanya layak mencari cinta manusia, walaupun cinta itu hanya bersifat fana, dan mungkin delusi sahaja.

aku tidak tahu nak buat apa lagi. aku pilih, untuk teruskan delusi ini, kerna mungkin, dalam delusi ini ada sebuah ke-real-an."

"aku ingatkan, aku sibuk dengan 'ilmu', dengan buku, dengan perbincangan ilmiah, maka aku akan bahagia, tapi tidak.

kerna itu, lebih baik aku sibukkan diriku dengan cinta virtual, walaupun aku rasa lemas di lautan delusi, tapi ia lebih baik kerna hanya aku seorang sahaja yang lemas, tanpa aku melemaskan manusia lain dengan kata-kata yang hanya menyakitkan hati mereka."

"aku pilih memeluk kechantikan fana, kerna mungkin suatu hari nanti, aku bakal jumpa dengan kechantikan yang murni. aku berdoa, agar kechantikan fana ini hanya melukakan tanganku sahaja di kala ia tidak berakhir dengan keindahan, dan aku berdoa, agar aku jumpa kechantikan murni, untuk aku merasa kegembiraan yang real, di dunia ini."

Ulasan

Catatan Popular