-tentang cinta [91]-

katanya
"apabila seseorang sentiasa bersendirian, sentiasa rasa sunyi dan sepi, lama-kelamaan dia akan terbiasa dengan semua itu, sehinggakan menganggap ia sebagai teman terbaik. dan, dia akan lebih suka hidup bersendirian, selama-lamanya, dan dia pilih untuk tidak berumah tangga. tapi, dia tahu, hati akan jatuh cinta juga suatu hari nanti, dan kerna cinta, hatinya nak hidup bersama dengan cintanya itu, maknanya dia tak akan lagi boleh hidup bersendirian.

cara dia, agar dia akan hidup bersendirian selama-lamanya adalah, dia mencintai wanita yang dia sendiri tahu bahawa wanita itu tak akan pernah mencintai dirinya kembali, dan lebih utama, selama-lamanya dia tak akan jumpa wanita itu di dunia empirikal. di kala, dia memandang wanita lain, dia akan ingat akan wanita virtual itu, wanita yang ada di jauh sana.

dia mencintai wanita, yang dia tahu, wanita itu tak akan pernah mencintai dirinya, maknanya dia boleh hidup bersendirian selama-lamanya, tanpa perlu dibebani hati kerna suatu hari nanti hati akan sedar, bahawa harapannya untuk berkahwin dengan wanita itu adalah delusi sahaja.

impiannya untuk tidak mendirikan rumah tangga selama-lamanya akan tercapai, walaupun hatinya merana kerna selalu lemas dalam lautan cinta virtual delusi hatinya.

dia katakan kepada hatinya, agar wanita virtual itu adalah wanita terakhir yang dia cintai, agar selama-lamanya dia tak akan jatuh cinta lagi. dia hanya nak bersama wanita itu sahaja, dan dia tahu, ia sekadar delusi sahaja, tapi impiannya untuk hidup bersendirian akan tertunai.

dia tahu, dia tidak boleh kawal hatinya, so dia pilih meneruskan cinta delusi virtual dirinya, walaupun ada kalanya dia nak keluar dari kegelapan lautan itu. dia terus memiilih untuk lemas di lautan cinta itu, agar dia boleh hidup bersendirian sehingga akhir hayatnya.

tapi, jauh di sudut hatinya, ada suara yang dia sendiri tidak mahu dengari

'aku nak hidup bersama dengan wanita itu. aku nak jumpa dia, dan confess cintaku ini. aku nak dia berkahwin denganku, dan hidup bersama sehingga akhir hayatku.'

tapi, suara itu, dia anggap sebagai harapan delusi sahaja."

"hebat tak cara dia mengawal hatinya agar impiannya untuk hidup bersendirian selama-lamanya dapat dia capai?"

"tapi, kenapa dia pilih nak hidup bersendirian? adakah kerna, dia gembira hidup bersendirian, atau kerna, dia hanya nak hidup bersama dengan wanita itu, dan andai wanita itu tidak mencintai dirinya, dan tidak mahu hidup bersama dirinya, maka dia rela hidup bersendirian?"

"kenapa dia nak hidup bersendirian? adakah kerna, dia dah tidak tahu, bagaimana nak mencintai wanita lain selain wanita itu?"

"tak, bukan kerna itu. itu hanya sebab kedua. sebab utamanya ialah, dia malas nak memikirkan akan hal-hal dunia."

"dia hanya gunakan wanita virtual itu untuk mengawal hatinya. tapi,..."


















" ... dia dah benar-benar mencintai wanita virtual itu."

Ulasan

Catatan Popular