-tentang sastera [48]-
katanya
"aku tak suka luahkan kesedihan, kesayuan hatiku, di dunia empirikalku, kerna aku takut kesedihan kesayuan yang aku rasai, akan berkurangan. aku tahu, ia berkurang sekadar delusi sahaja, kerna ia akan meningkat semula. kesedihan kesayuan yang ada di hatiku, tak akan pernah berkurang. andai aku rasa ia berkurangan, rasa itu sekadar delusi ku sahaja, ataupun, aku dah biasa rasa kesedihan dan kesayuan, sehinggakan aku dah malas lagi merasai kegembiraan di dunia empirikal, yang akhirnya apabila hatiku dah terbiasa rasa kesayuan, aku akan rasakan bahawa rasa sayu di hatiku telah berkurangan."
"aku tidak suka luahkan kesedihan kesayuan hatiku di dunia empirikalku, kerna aku takut kesedihan dan kesayuanku akan hilang, akan berkurangan. aku perlukan rasa sayu, dan rasa sedih, untuk karyaku, walaupun dalam proses itu, hatiku seperti hendak berteriak, cumanya badanku letih untuk melayan lagi kesedihan dan kesayuan hati."
"pentafsiran aku terhadap hidup benar-benar dah rosak."
Ulasan
Catat Ulasan