-tentang cinta [94]-

di kala, hatinya nak move on
dirinya paksa juga hatinya
agar terus tenggelam di lautan cinta
hasil tafsiran delusi sebuah virtual.
di kala, hatinya tidak terlalu ingat lagi akan cinta
dirinya paksa juga hatinya
agar sentiasa ingat akan wanita itu.
dia bodoh. sangat-sangat bodoh.
dia tahu, andai dia paksa hatinya
untuk terus tenggelam di lautan cinta
dia sendiri akan merana.
dia tahu itu, tapi
dia paksa juga hatinya
agar sentiasa tenggelam di lautan itu
walaupun dirinya lemas kelelahan.
katanya, dia tak nak lagi lari dari cinta seperti dulu.
katanya, dia tak nak move on lagi seperti dulu.
dia nak, akan sentiasa mencintai wanita itu
walaupun dirinya sendiri tahu
bahawa cinta itu hanyalah harapan delusinya
sahaja.
katanya, dia nak jadikan wanita itu
wanita yang terakhir dirinya cintai
walaupun dirinya kelihatan bodoh
sangat-sangat bodoh.

kerna cinta telah membodohkan dia.

Ulasan

Catatan Popular