-tentang cinta [95]-
aku tahu, sangat-sangat tahu
bahawa semua ini delusi
hanya delusiku sahaja.
cintaku ini lahir dari ilusi
hasil dunia maya.
aku tahu, cinta ini ilusi
aku tahu, sangat-sangat tahu
aku ini pelayan ilusi
aku ini si pencari fantasia.
tapi, aku juga tahu
ilusi mana pun cinta ini
ia tetap real.
cinta yang ada di hatiku ini real
kerna dia real di empirikal
dia wujud di empirikal sana.
Ulasan
Catat Ulasan