~airmataku analoginya bukan air hujan~

katanya:

Di malam ini, turunnya hujan
Mendengarku ia dari bilik kecilku
Dudukku sambil menyandar dinding
Aku bengkokkan kakiku, dan
Aku letakkan tanganku atas lututku
Dan, aku letakkan kepalaku atas ia, sambilku
Melayan kemurunganku mengenai hidup
Memikirkan aku akan erti kehidupanku
Setelah sibukku di siang hari...
Sesuai semua itu aku layani ia
Dalam ruang kecil bilikku
Yang samar-samar cahayanya
Setiap penghujung malamku, ini hidupku
Hanyalah bisa aku melayan jiwaku
Yang kekosongan akan erti kehidupan
Selaluku seperti ini di malam hariku
Bagiku apa yang aku lakukan di siang hari
Adalah sia-sia belaka, semuanya sia-sia
Dan ia hanya dipenuhi kekosongan sahaja.
Hidupku kosong, kejar akan kekosongan
Hanya kekusutan mindaku akhirnya.
Bagiku, cinta adalah kosong,
Sosial juga adalah kosong, buku juga sama
Semuanya adalah kosong bagiku.
Dah malas aku mengejar apa-apa di dunia ini
Sama ada kejar ilmu, harta, cinta, populariti
Kerna bagiku, semua itu tidak mahu aku.
Aku hanyalah sampah, loser, tidak berguna
Hidupku hanyalah sia-sia belaka, loser sejati
Hanya penuh dengan tragedi psikologi bodoh
Dan, sibukku hanya di alam ilusiku
Masukku di dunia itu abaikan realitiku,
Kenapa nak aku hirau akan realitiku
Andai ia tidak hiraukan aku, tidak mahu aku?
Kenapa perlu aku buang masa berusaha
Andai akhirnya, bagiku semua itu kosong
Juga tiada nilainya di jiwaku, akhirnya?
Dan yang utamanya, sampah sepertiku
Tidak layak akan keindahan realiti, kan?
Adakah ini kehidupanku, andai benar
Maka aku menyesal kerna pilih nak hidup.

Hujan mula turun dengan lebatnya,
Membasahi sang bumi yang kekeringan
Ia sebagai penawar duka para petani
Yang menunggu turunnya hujan
Membasahi hasil tanamannya
Tapi air mataku dah lama tak turun
Basahkan jiwaku yang kekosongan
Kerna bagiku, air mata hanyalah penawar
Yang bersifat sementara dan ia itu ilusi
Sentiasa menipu jiwa dan hati
Berlakon sebagai penawar jiwa duka.
Air mata itu bukan seperti air hujan
Yang bisa merawat hati-hati yang bersedih.
Dan, hatiku ini bukan duka, bukan juga sedih
Ia kosong, kosong sekosong-kosongnya.
Jiwa yang kosong tidak perlu disirami air.
Kerna kekosongan itu dah melemaskan jiwaku
Mengambil makna hidupku, enthusiasm ku,
Andai disiram air mata lagi, maka
Semakinku lemas, kerna sudah aku tahu
Air mata hanya penawar sementara
Dan, air mata itu tak akan pernah sesekali
Menjadi penawar real kepada hati dan jiwa
Yang kekosongan, yang hampa kekosongan.

Aku mati di dalam aku tanpa sesiapa tahu
Dan, matiku aku di aku itu tidak memberiku
Apa-apa manfaat, ia sia-sia sahaja
Kerna hanya estetika akan kesayuan
Yang bisa aku pelajari menerima ia.
Itu akibatnya, hati yang telah lama
Dimatikan oleh kekosongan jiwa.

Ulasan

Catatan Popular