~tertipu ku mengenainya~

katanya:

Aku tertipu
Dengan kecantikannya
Tapi, kerna dah mencintainya
Maka, hatiku kata dia tetap cantik.
Aku benar-benar telah tertipu
Dengan kecantikannya
Hinggakan segala-gala mengenai dia
Adalah indah dalam pandangan mataku.
Aku disibukkan dengan hal dia
Bagaikan dia adalah sebahagian
Dari hidupku, dalam kehidupanku
Sedangkan dia hanya kisah ilusiku
[Dia ada di empirikal, tapi dia tidak sedar,
  Tidak tahu akan wujudnya di dunianya].
Aku lemas hasil kebodohan hatiku
Yang mencintai wanita sepertinya
Inginku lari dari semua itu, dari dia, dari hatiku
Tapi akhirnya aku tetap lari ke arah dia
Kerna, aku dah benar-benar mencintai dia.
Bagaimana aku nak abaikan hatiku, dia?
Hanya durasi waktu sahaja yang aku tunggu
Agar dia bisa hilang dari dunia kecilku
Buat selama-lamanya, walaupun dia itu
Tetap ada dan hidup dalam memoriku.

Kini, dia sesekali sibukkan mindanya
Dengan hal-hal dunia zahir, sesekali alam idea
Agar bisa dia lupa sementara cintanya
Tapi, semua itu tetap memberinya kekosongan
Hatinya, jiwanya kekosongan kerna semua itu
Hanya menambah lagi rasa kemurungannya.
Dan lagi, dia mencari cinta sebagai caranya
Membuang kemurungannya, dan juga lagi
Kemurungan datang kembali, maka dia
Kembali sibukkan zahirnya dengan dunia
Dan juga, andai zahir membosankannya
Dia masuk pula ke alam idea, teori.
Dan lagi dan lagi, kekosongan datang kembali
Melemaskan jiwanya, memalaskan zahirnya.
Maka, dia melayan cinta yang ada hatinya lagi.
Itu gaya hidupnya, gaya hidup kemurungan dia
Berpusing-pusing bersendirian di sfera itu.
Pernah, mahu dia keluar dari sfera itu, tapi
Dia tidak tahu bagaimana nak keluar
Keluar secara real, bukan sekadar sementara.
Kini, dia dah malas akan sebuah usaha
Untuk mengubah dirinya sendiri.

Ulasan

Catatan Popular