~pencerita dalam menulis~

Dia pernah ingin
Menjadi pencerita sains
Menulis hal-hal sains
Tapi, dia abaikan itu
Kerna dia tidak layak
Menjadi pencerita sains.
Pernah juga, dia ingin
Menjadi pencerita politik
Menulis hal-hal politik
Tapi, dia abaikan juga itu
Kerna dia tidak layak
Menjadi pencerita politik.
Pernah juga, ingin dia
Menjadi pencerita falsafah,
Agama; teologi, psikologi,
Menulis hal-hal semua itu
Tapi, dia abaikan juga itu
Kerna dia tidak layak
Menulis dan bercerita
Mengenai hal-hal semua itu.
Akhirnya, dia hanya memilih
Menjadi pencerita cinta;
Cinta unrequited
Dan pencerita depression sahaja.

Akhirnya, dia sedari
Menjadi pencerita politik, agama,
Sains, matematik, atau
Menjadi pencerita sejarah
Lebih berfaedah
Lebih bermakna
Berbanding menjadi
Pencerita cinta
Dan pencerita depression.

Ulasan

Catatan Popular