~takutku~
katanya:
Aku takut
Andai suatu hari nanti
Depression ku hilang.
Aku juga takut
Andai suatu hari nanti
Unrequited cintaku hilang.
Kerna, andai dua-dua itu hilang
Bagaimana lagi aku bisa
Merasai keindahan
Akan sebuah kesedihan?
Andai, dua-dua itu hilang
Bagaimana lagi aku bisa senyum
Sambil mendengar dan menghayati
Lagu yang bermelodi syahdu?
Andai dua-duanya itu
Tinggalkan aku, abaikan aku
Maka, bagaimana lagi
Bisaku menghargai
Akan lagu syahdu?
Andai aku tidak rasai lagi dua-dua itu
Maka, bagaimana lagi bisaku senyum
Menenggelamkan jiwaku, hatiku
Di lautan estetika akan sebuah
Kesayuan, kesedihan, kesepian,
Kesunyian, kekosongan, kepiluan?
Aku benar-benar takut
Andai depression ku hilang,
Depression yang telah lama
Menemani aku, yang dah lama
Bersamaku, dalam suka duka ku.
Aku juga benar-benar takut
Andai cinta jenis unrequited ku hilang
Dari hatiku, dari jiwaku,
Cinta yang telah lama
Mempengaruhi hidupku,
Cinta yang mengajarku akan indahnya
Lagu bermelodi syahdu, sayu, sedih.
Aku takut merasai kegembiraan
Tanpa depression
Juga aku takut merasai cinta
Tanpa unrequited
Dan, pada masa yang sama, aku takut
Sehingga matiku, hingga akhir hayatku
hanya depression, kemurungan sahaja
Yang ada dalam hatiku, jiwaku, aku.
Aku takut akan perubahan,
Dan pada masa yang sama
Aku takut andai tiada perubahan.
Ayat mudahnya, ayat ringkasnya
Aku takut, sangat-sangat takut
Akan sebuah kehidupan, akan hidupku.
Ulasan
Catat Ulasan