~aku dan debu~
katanya:
Debu-debu berterbangan
Menari ia dengan kesesuaian melodi angin
Terbang bebas di angkasa raya luas
Tanpa fikir di mana ia bakal jatuh
Tidak kisah apa masa depannya.
Itu hidup si debu, terbang bebas ia
Tanpa dipengaruhi harapan dan impian
Tidak fikir akan nasib masa depannya.
Tapi, hidup manusia bukan seperti debu
Kecuali ada yang berjiwa seperti debu;
Terbang ia tanpa apa-apa ganggu hidupnya.
Aku nak berjiwa debu
Mahu aku terbang bebas jauh ke sana
Tanpa dipengaruhi oleh ego manusiaku...
Tapi, tanpa aku sedari, tanpa aku usahakan
Akhirnya jiwaku menjadi jiwa debu;
Jiwa debu yang bebas berterbangan...
Dan... ia menyeksa jiwaku, terutamanya
Bila aku berdiri di depan wanita
Yang aku sangat-sangat cintai
Yang langsung tidak sedar akan wujudku;
Tak akan pernah sedar akan aku
Akan cinta yang ada di hatiku.
Menjalani hidup seperti ini
Memang ada risikonya, akibatnya
Yang perlu aku pelajari menerima ia.
Dan, siapa yang mahu pandang dan cinta
Akan si debu; si jiwa debu
Ia hanya menyeksa dua-dua pihak jua
Akhirnya...
Lebih baik, pada awalnya lagi
Ia cinta Unrequited;
Selama-lamanya tetap cinta Unrequited
Kerna, cinta Unrequited itu
Bisa selamatkan hati dua-dua pihak
Dari merana di kemudian hari...
Biarlah hanya aku sahaja merana
Kerna cinta sebuah unrequited
Kerna itu salahku, tetap salahku
Menjalani hidup berjiwa debu; seperti debu.
Siapa kata cinta Unrequited itu sia-sia?
Ia tidak pernah sia-sia
Kerna ia ajar kita bahawa
Cinta unrequited itu terbaik
Halang dari dua-dua pihak merana
Di kemudian hari...
[Alasannya untuk sedapkan hatinya]
Ulasan
Catat Ulasan