~

katanya:

Ia lebih baik, andai existential crisis datang
Setelah kau dah berjaya, ada kerjaya, duit
Berbanding crisis itu datang menyapamu
Ketika kau tiada/belum ada-apa di dunia ini...

Ia lebih baik, andai kau rasai kekosongan
Setelah kau dah ada kerjaya, duit, etc.,
Berbanding kau rasai kekosongan
Sebelum kau ada semuanya itu...

Ia lebih baik, andai rasai kekosongan
Setelah ada semua yang manusia kejar
Berbanding rasai kekosongan
Di kala tiada/belum ada apa-apa
Yang bisa dibanggakan oleh dirimu...

Ia lebih baik rasai kekosongan
Ketika kau dah jadi seperti GDragon, Taeyeon
Yang telah ada duit, populariti, kerjaya
Berbanding kau rasai kekosongan
Ketika kau seperti aku, si loser
Yang langsung tidak mempunyai apa-apa.

Ia lebih baik, kerna kau dah ada semua
Yang manusia kebanyakan mahu
Dan, kekosongan kau itu tidak akan
Susahkan sesiapa di sekelilingmu.
Andai kau rasai kekosongan
Ketika kau tiada/belum ada apa-apa
[Duit, populariti, kerjaya, etc.]
Maka kau bakal menyusahkan
Manusia lain, yang ada di sekelilingmu.
Dan, ia lebih menyeksa hati, melemaskan jiwa
Ia lebih sakit, pedih, perit rasanya...

Ia lebih baik, andai kau dah ada
Kerjaya, material, duit, etc.,
Baru kau rasai kekosongan hidup
Berbanding kau langsung
Tidak mempunyai apa-apa
Tapi kau dah rasai kekosongan hidup
Seperti aku, si loser...
Ia lebih menyakitkan jiwa kerna
Diri dah berputus asa akan segala-galanya;
Akan mencari kerjaya, material, duit, etc..
Diri dah berputus asa nak kejar akan dunia
Dah tidak bersemangat mencari kegembiraan
Hanya sibuk dengan melayani depression.

Ulasan

Catatan Popular