~sebuah kebencian dalam syahdu~

katanya:

[26/10 8:23 pm] syrnn:
Benci aku akan aku, akan hatiku
Kerna, aku tahu, suatu hari nanti,
Ia akan jatuh cinta lagi...
Aku benci, sangat-sangat benci
Akan hati, akan aku.
Tidak aku mahu jatuh cinta lagi
Kerna aku benci andai aku
Jatuh cinta lagi dan bertemu
Cinta real, aku benci akan itu.
Aku tak nak lari dari cintaku yang ini
Aku tak nak, mencintai wanita lain
Aku tak nak rasai kegembiraan cinta real...

[26/10 8:25 pm] syrnn:
Aku hanya nak cintai dia
Walaupun cintaku ini
Hanya dalam diamku...
Tak nak aku rasai cinta real
Kerna bagiku, andai aku
Jatuh cinta lagi, mencintai wanita lain
Maknanya aku ini, lari lagi dari hatiku...
Aku tak nak lari dari duka cintaku lagi
Aku nak bersama ia selama-lamanya
Walau akhirnya, aku merana hasil cinta...

[26/10 8:26 pm] syrnn:
Aku benci akan mencintai wanita lain
Selain wanita itu...
Walaupun, cintaku ini terhadapnya
Hanyalah sebuah delusi dalam diamku...

[26/10 8:27 pm] syrnn:
Aku tak nak lari lagi
Dari duka cinta yang ada di hatiku
Andai aku lari lagi maka
Akan bertambah rasa benciku
Terhadap diriku sendiri...

[26/10 8:30 pm] syrnn:
Di kala ini, aku dah puas membenci aku
Aku tak nak lagi rasa benciku bertambah
Dan, aku juga tak nak mencari cinta real
Sebagai caraku mencintai diriku sendiri...
Aku tak nak itu, kerna aku benci akan itu.

[26/10 8:31 pm] syrnn:
Aku tak nak mencari cinta real
Sebagai caraku merasai gembira cinta
Aku hanya nak merasai gembira cinta
Hasil cinta dari wanita yang aku cintai
Di kala ini... itu mahuku.
Ya, ia mustahil, maka rela aku
Merana kerna cinta
Berbanding jatuh cinta lagi.

[26/10 8:32 pm] syrnn:
Aku nak mencintai dia selama-lamanya
Dalam diamku, dalam ruang kecilku.

[26/10 8:32 pm] syrnn:
Biarlah cintaku ini menyeksaku sendiri...

[26/10 8:32 pm] syrnn:
Asalkan dia tidak disusahkan akibat cintaku...

[26/10 8:33 pm] syrnn:
Tapi akhirnya, aku kalah dengan hati
Kerna ia tetap jatuh cinta
Lagi dan lagi...




Ulasan

Catatan Popular