~ingatlah~
katanya:
[03/11 9:03 pm] syrnn:
Ingatlah bahwa manusia
Tidak mahu ambil tahu pun
Tragedi psikologi yang kau lalui
Mereka hanya nak ambil tahu
Akan kerosakan yang kau zahirkan
Untuk tujuan mengumpatmu
Mengisi masa lapang mereka.
[03/11 9:04 pm] syrnn:
Ingatlah bahwa manusia itu
Tidak ambil kisah pun
Akan tragedi cinta yang kau lalui
Mereka hanya nak ambil tahu
Akan kelemahanmu, akan kerosakanmu
Untuk dijadikan modal mereka
Dalam merapatkan hubungan silaturrahim
Antara spesies genus mereka.
[03/11 9:06 pm] syrnn:
Kerna itu, sembunyikan ia
[Tragedi psikologi dan cintamu]
Dan hanya gunakan ia
Sebagai caramu menghayati
Estetika seni sastera, melodi lirik
Atau untuk menghasilkan
Masterpiece terhebatmu.
[03/11 9:07 pm] syrnn:
Jangan sesekali ceritakan ia
Guna mulutmu, guna lidahmu
Kepada sesiapa...
[03/11 10:04 pm] syrnn:
-
Ulasan
Catat Ulasan