~the wonderful moment~

katanya:

[03/11 10:05 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau usaha atau tidak
Hasilnya tetap sama;
Dia tetap tak akan
Mencintaimu kembali.

[03/11 10:12 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Segala-galanya adalah
Sekadar di alam delusi;
Kegembiraanmu sekadar
Hasil delusimu, fantasimu.

[03/11 10:14 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau terpaksa abaikan
Impianmu, harapanmu
Kerna ia sekadar
Angan-anganmu;
Angan-angan yang
Bertopengkan impian, harapan.

[03/11 10:15 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Dirimu dah hilang
Dalam lautan luas dalam
Setelah lemas di situ;
Di lautan cinta delusi.

[03/11 10:17 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau dah tiada tujuan hidup
Kau dah lelah hidup
Kau dah penat hidup;
Apabila semuanya
Dihancurkan oleh psikologimu.

[03/11 10:18 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau dah malas nak kejar
Apa-apa di dunia ini;
Kau hanya hidup
Hanya kerna nak tunggu mati.

[03/11 10:19 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Hatimu dah tidak mahu
Mencari cinta romantika;
Hanya mahu hidup
Bersendirian tanpa cinta.

[03/11 10:20 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau dah tidak bisa
Ubah apa-apa lagi
Mengenai realiti hidupmu;
Hidup dah hilang
Nilai estetikanya.

[03/11 10:21 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Kau dah sia-siakan
Kehidupanmu;
Tapi kau dah lelah
Nak fikir itu.

[03/11 10:23 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Cinta dah tidak bisa
Merawat hati, jiwa
Yang kekosongan;
Ia penawar ilusi
Bersifat sementara
Dan hanya menambahkan
Lagi kekosongan di jiwa, hati.

[03/11 10:24 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Semuanya adalah sia-sia;
Usaha, impian, harapan,
Angan-angan.

[03/11 10:25 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Mungkin selama-lamanya
Kau tak akan rasai lagi
Kegembiraan real;
Tanpa diganggu psikologi.

[03/11 10:26 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Bahwa dia tak akan
Pernah mencintaimu;
Dan kau berlalu pergi
Meninggalkan sumber
Kegembiraanmu.

[03/11 10:28 pm]:
That moment
Apabila kau sedari
Bahwa kau dah gagal
Dalam kehidupanmu;
Dan kerna kegagalan itu
Kau terpaksa abai cintamu.

[03/11 10:29 pm]:
-

Ulasan

Catatan Popular