~masih~

katanya:

[05/11 11:07 am]
Masih, aku memilih tenggelamkan jiwaku
Dalam lautan cinta delusi
Agar seni sasteraku ada emosinya
Walau jiwaku lemas tenggelam...

[05/11 11:09 am]
Aku tak suka akan kegembiraan
Kerna ia tidak beri aku seni sastera
Ia hanya beri aku angan-angan
Yang digelar impian dan harapan.

Aku lebih suka rasa sedih berbanding gembira
Kerna sedih bisa beri aku seni sastera
Gembira pula hanya menipuku.

[05/11 11:13 am]
Wahai lautan luas, yang dalam
Masih aku memilih tenggelamkan diriku
Di dalammu, walau aku lemas
Kerna, aku sangat-sangat perlukan kamu
Untuk beriku seni sastera masterpiece ku.

Masih aku tidak mahu keluar darimu
Walaupun aku dah lelah di dalammu.
Aku perlukan kamu untuk ajar aku
Menghayati estetika seni sastera, melodi lagu
Yang bermelodi syahdu, sayu, sedih.

[05/11 11:14 am]
Aku rela lemas di dalammu
Agar ia beri aku seni sastera
Cumanya, kerna lemasku itu
Aku dah malas nak cari harta;
Mencari sebuah pekerjaan.

[05/11 11:15 am]
Aku hanya mahu berteman denganmu
Walaupun kamu hanya delusiku
Tapi, kamu lebih indah auranya
Berbanding sebuah pekerjaan.

[05/11 11:17 am] 
Aku lebih suka sibukkan jiwaku
Di lautan delusi, ilusi di fantasiku
Berbanding sibukkan diriku
Mencari harta dunia di dunia realiti
Walaupun ia lebih berfaedah dari fantasi.

[05/11 11:20 am]
Aku lebih suka lemas di luatan delusiku ini;
Psikologi, cinta delusi, melodi lirik,
Seni sastera, drama movie, puisi
Berbanding sibukkan diriku, jiwaku, hatiku
Di alam pekerjaan mencari material.
Ya, bekerja itu lebih berfaedah
Tapi, aku tetap tak suka ia
Kerna ia bakal ambil dunia kecilku.

[05/11 11:21 am]
Bagaimana ya, dunia ilusi
Bisa beri aku kertas [duit] itu
Agar aku tak perlu terlalu
Mencari harta dunia dan
Agar aku tidak abaikan
Dunia kecilku, alam kecilku ini?

[05/11 11:30 am]
-

Ulasan

Catatan Popular