~kemahuanku~

katanya:

dulu, pernah aku mencari cinta
agar semata-mata kerna
untuk hasilkan sastera.
dan, setelah aku merasai cinta
maka kami wajib berpisah
juga kerna untuk sasteraku.

teruk aku ini, tersangat teruk
mencari cinta hanya kerna sastera
dan setelah bertemu cinta
dan menulis ia dalam karya sasteraku
aku mahu dia abaikan cintaku
juga semata-maya kerna
untuk duka cinta yang aku rasai
bisa memberiku inspirasi
hasilkan tangisan dalam sastera.

dulu, itu kemahuanku.
akhirnya, aku diberi cinta
di alam parasocial interaction.
ya, ia sangat-sangat sesuai
untuk perkembangan sasteraku.
dan, ia tidak melukakan hati sesiapa
ia hanya melukakan hatiku sahaja
tapi, bukankah itu yang terbaik
kerna aku perlukan duka cinta
semata-mata kerna untuk sasteraku
dan pada masa yang sama
wanita yang jadi mangsa untuk sasteraku
tidak terluka, kerna dia delusiku;
delusi yang aku reka hasil alam maya.

Ulasan

Catatan Popular