~mitos~
katanya:
ingat, di dunia ini, ada 7 billion manusia
ertinya duka yang kau rasai sekarang
tidak istimewa di hati manusia lain
kerna itu, sembunyikan dukamu
tanpa menceritakan ia kepada sesiapa pun.
jangan coba mencari manusia
yang kau anggap bakal memahami dirimu
kerna itu adalah mitos, sebuah delusi
hasil ilusi hati yang sentiasa berbisik
bahwa kau bukan bersendirian di dunia ini.
tapi realitinya, kita bersendirian di dunia ini.
...
menangis dia di kala menulis semua itu
kerna dirinya sangat-sangat mahu
wanita itu sedari kewujudannya
dan menerima cintanya....
malang sekali, ia sekadar angan-angan
tetap sebagai angan-angan
walaupun ditemani usaha, impian dan harapan.
kenapa, sentiasa cinta
sangat-sangat menyakitkan...?
Ulasan
Catat Ulasan