~salahku~

katanya:

akan aku pudarkan kamu
dari hatiku, dari hidupku
andai aku dah ketemu sesuatu
yang bisa mengisi hatiku...
tidakku mahu pudarkan kamu
dari hatiku di kala ini
kerna aku takut hatiku kekosongan
walaupun aku merana mencintaimu...
aku takut kerna hati yang kekosongan
sangat mudah masuk kembali ke lembah cinta
yang akhirnya, cinta hanya menyeksakan.

dan, mencintaimu hanya aku yang merana
kamu tidak, kerna hanya aku yang mencintaimu
dan, kamu juga tidak akan pernah
sedar akan wujudku, akan kehadiranku
makanya, kamu tidak akan dipersalahkan
kerna yang salah, semuanya adalah salahku
kerna salahku sangat-sangat mencintaimu
dan salahku masih memilih mahu mencintaimu
semuanya adalah salahku, tetap salahku.

Ulasan

Catatan Popular