~sengajaku~

katanya:

sengaja tidakku mahu keluar
dari lembah duka cinta ini
walaupun jiwaku merana
hatiku rasa perit setiap hariku
kerna, aku takut, sangat-sangat takut
andai aku dah keluar dari lembah ini
aku ditarik kembali ke dalamnya,
aku takut aku terkena relapse
setelah aku berjaya keluar dari ia.
daripada aku coba keluar
aku biarkan saja jiwaku ini
tercari-cari penawar dalam lembah ini
walaupun realitinya, tidak akan pernah ada
penawar racun dalam lembah duka cinta ini.
aku biarkan saja jiwaku merana
berbanding aku usaha untuk keluar dari ia
dengan berharap, aku bisa bertahan
diseksa dalam kegelapan lembah ini.

Ulasan

Catatan Popular