Bekas Perwira Abstrak
Kita adalah pahlawan abstrak
Perwira yang coba membunuh
Pelbagai zarah yang menceroboh
Yang coba menikam kejam roh kita.
Kita adalah satria di alam abstrak
Mahu selamatkan jiwa yang retak
Dimamah oleh keganasan genetik
Yang sentiasa hunuskan pisaunya.
Kita ikut strategi pemimpin luar
Kalahkan musuh-musuh durjana itu
Yang mahu mengambil diri kita
Tanpa kebenaran dari kita.
Tapi, lama-kelamaan kita sedar
Zarah-zarah itu bukanlah musuh
Juga genetik itu bukan durjana
Yang musuh dan durjana adalah
Ideologi yang dihasut, disebarkan
Oleh pemimpin-pemimpin luar itu.
Musuh sebenar kita adalah
Realiti yang direka oleh pemimpin itu,
Bukanlah realiti yang kita pancarkan.
Akhirnya, kita buang senjata
Mendakap zarah-zarah itu
Berbicara dengan mereka, tulus.
'Kalian apa, kalian bukan sains'
'Kami adalah seni, kami pengkarya.'
Kita senyum, kerna para zarah itu
Adalah seni, bukanlah sains
Ia subjektif, bukan objektif
Ia beremosi, bukan proses
Ia guru, bukan musuh berbahaya.
Kita menjadi kawan kepada zarah
Mereka coba mendidik kita
Memberi roh kita fakulti sensitiviti
Bisa menyerap roh, emosi, perasaan
Yang ada dalam pelbagai karya seni
Yang dihasilkan oleh perwira abstrak
Yang telah abaikan pemimpin luar
Dan mendakap zarah-zarahnya sendiri
Mereka tidak lagi memusuhi zarah itu.
Zarah itu mendidik bekas perwira itu
Bagaimana nak hasilkan seni indah
Yang mampu mendakap jiwa sendiri
Kepada setiap pecandu kebahagian.
Kita belajar dari bekas perwira itu
Yang telah pergi buat selama-lamanya.
Tahu kamu apa ideologi berbahaya?
Ia adalah apabila ada pemimpin luar sebarkan bahwa zarah-zarah itu
Adalah musuh kepada kebahagian
Harus dimusnahkan, harus dinormalkan
Tanpa penceritaan subjektiviti insan
Sekadar objektiviti proses biologi
Yang mahu abaikan peritnya roh
Sekadar menceritakan kecacatan sel
Sebagai cara memahami peritnya hidup.
Kerna itulah, dakaplah zarahmu erat
Dan carilah pemimpin luar yang benar
Bukan sekadar pemimpin pelik
Yang abaikan subjektiviti manusiawi.
Tapi, persoalan dan jawapannya;
Semua itu adalah psedo
Kerna ia adalah seni, bukan sains.
Ulasan
Catat Ulasan