Terima kasih, wahai malam
Sang malam itu adalah simbolik duka;
Menangis sang malam tanpa sesiapa
Tiada yang melihat jatuh air matanya...
Bila purnama muncul, tiada makhluk
Yang mahu melihat air mata malam
Kerna, sibuk dipukau dan terpana
Dengan keindahan sang rembulan.
Bintang yang berkelipan dihayati insan
Tapi, sang malam diprotes, dihina
Hanya kerna warna kegelapannya
Menghalangi kehidupan manusia lain.
Manusia pula rehat di malam hari
Sebagai simbolik menjauhi malam
Kerna tidak mahu mendakapnya
Ketika ia merana, seksa, derita, sendiri.
Tahukah kenapa para jiwa yang derita
Suka akan kegelapan malam...?
Kerna hanya malam memahami dirinya.
'Terima kasih, wahai malam...'
Ulasan
Catat Ulasan