Termenung dalam awan syahdu
Mereka kata
Cinta itu bagaikan bunga...
Andai dikau mengasihi bunga
Maka ia tidak perlu dicabut
Kerna ia akan mati akhirnya.
Ia perlu disirami biar mekar
Bisa mewarnai segenap alam raya.
Tapi, bunga cinta yang ku jaga itu
Akhirnya, mengabaikanku sendiri
Bukan kerna dia dirampas orang
Tapi, dia telah mencintai insan lain.
Mungkin, kamu katakan dia dirampas
Tapi, bagiku, dia mencintai insan lain
Tak bermakna dia dirampas dariku.
Sungguh, derita ini senyum
Ketika menikam kejam jiwaku.
Lihatlah para ahli hikmah sekalian!!!
Sudah ku jaga permaisuriku itu!!!
Akhirnya, aku juga yang berdarah jiwanya!
Andai ku tahu ini pengakhirannya
Lebih baik ku cabut sahaja bunga itu!!!
Dan simpan ia di dalam bilikku
Ketika waktu kami saling mencintai!!!
~~
Tapi, lama-kelamaan aku sedar
Walaupun dia ku simpan di ruangku
Cinta tetap wujud juga di hatinya
Untuk insan yang lain itu...
Itulah realiti sebuah cinta,
Kebahagian dikongsi ketika seseorang
Merasai duka, diseksa realiti;
Kebahagian kita adalah duka insan lain.
Semuanya adalah salahku
Kerna hidup tak sedar diri.
Sepatutnya, aku sedar lebih awal
Bahwa aku perlu merasai derita
Agar insan lain bisa tersenyum gembira
Bersama manusia yang dicintainya.
Kerna 'aku' tak layak wujud
Di alam cinta...
Langsung tidak layak wujud di dunianya
Dan... juga, di duniaku sendiri..
Ulasan
Catat Ulasan