pohon kekosongan
zarah-zarah kekosongan itu
membataskan kekuasaanku
untuk teruskan sebuah kehidupan
ternyata zarah-zarah itu bebas
sesekali tidak pernah pun mahu
abaikan nafas-nafasku
ia tetap mahu ambil nyawaku.
kebencianku terhadap nafasku
mahuku lari dari diriku
hilang dari wujud ini
kerna, kewujudan ini
sebuah derita...
tidakku tahu, berapa lama lagi
hablur-hablur jiwaku
mampu bertahan.
andai suatu saat nanti
lelah ini tak tertahan lagi
perit ini tak tertanggung lagi
ku pinta maaf dari-Mu
wahai Sang Pencipta
andai nyawaku...
Ulasan
Catat Ulasan