Bab 27 Psych Schizophrenia
“Fantasi kau indah Mad. Khayalan kau tinggi, sampaikan tulisan kau pun
macam khayalan, ilusi semata-mata.”
Ayat yang selalu aku dengar.
“Amad. Kau punya idealism macam sia-sia. Ilusi. Kau cakap pandangan alam
seseorang boleh mempengaruhi sesuatu teori sains itu.”
Ayat yang selalu dikeluarkan. Sesuatu tragedi pemikiran yang lebih
menyakitkan daripada tragedi romantik.
“Amad. Mana teori sains yang berdasarkan pandangan Islam? Jenis macam kau
hanya tahu mengkritik tapi tiada pun teori baru yang boleh mengalahkan teori
lama. Ataupun sebab kau bodoh, kau hanya pandai mengkritik. Kah kah kah.”
Sebuah tragedi yang dipendam kerana kekeliruan yang dikeluarkan orang
pandai atau orang jahil.
“Amad, ilmu itu bebas nilai. Terutamanya sains…fizik. Semua bebas nilai,
tiada yang dipengaruhi oleh pandangan alam seseorang.”
Ayat yang dikeluarkan. Adakah mereka tahu apa itu pandangan alam,
worldview? Ya mungkin formula itu bebas nilai, dan ada juga yang tidak bebas
nilai. Seandainya formula itu bebas nilai, tetapi bukankah falsafah di sebalik
formula itu tidak bebas nilai?
“Amad, sedar diri sikit, fardu ain kau tidak kuasai, al-Quran baca pun
sangkut, ada hati nak cakap Islamkan ilmu. Cermin diri sendiri sebelum kau nak
cermin ilmu…”
Persoalan aku- adakah orang yang kuasai fardu ain tahu apa itu islamkan
ilmu manusia? Adakah yang pandai baca al-Quran berminat belajar fizik, biologi
dan kimia atau semua jenis sains? Adakah mereka belajar kerana minat atau
kerana menjadi mangsa sistem?
“Amad, ilmu itu bebas nilai. Cuba kau cari apa yang dikatakan atau ditulis
oleh Abdu salam, pemenang Nobel Physics?
Adakah korang tahu hakikat ilmu itu apa? Pernah baca ‘tulisan’ Seyyed
Hussien Nasr.
‘Seandainya ilmu itu bebas nilai kenapa ahli ilmu Barat memilih ateis.
Bukankah ateis itu juga adalah sebuah nilai.’
“Amad, sedar diri sikit, CGPA kau tidak membenarkan kau bercakap mengenai
fizik, falsafah dan juga falsafah sains.”
Persoalan aku, adakah yang tinggi
CGPA tahu apa itu fizik, tahu apa kelemahan sesuatu teori fizik? Adakah mereka
yang tinggi CGPA tahu apa itu falsafah sains?
“Amad, mereka tidak tahu kerana mereka jarang membaca. Nanti mereka dapat
gelaran Dr atau profesor barulah mereka akan tahu apa kelemahan sesuatu teori.”
Persoalan aku. Adakah semua mahasiswa macam tu?
“Amad, apa yang aku perhatikan ramai yang tidak minat dengan Islamkan ilmu
manusia.”
Sebab mereka tidak minat dengan perkataan Islam. Pada mereka Islam itu
hanya untuk mereka yang baik, bukannya macam
mereka yang banyak dosa. Bagi mereka, mereka tidak layak bercerita
tentang Islam. Dan aku takut mereka musuh dalam selimut Islam. Mungkin tidak.
Mungkin aku silap. Harap begitulah.
“Amad, macam mana nak Islamkan teori fizik?”
Islamkan dulu falsafah fizik. Kuasai pandangan alam Islam. Mungkin aku
salah. Lebih baik tanya mereka yang ahli dalam bab-bab ini. Jangan bertanya
dengan mereka yang penuh dengan hasad dengki dan mereka yang penuh kejahilan,
golongan jahil yang berilmu. Dan jangan jadi –golongan Burcaillime. Faham erti
sebenar Islamkan ilmu manusia. Jangan
terikut-ikut dengan golongan Burcaillime ini. Faham, kritik, inovasi. Sesuatu
fakta itu mungkin boleh diburcaillisme kan, tetapi mungkin perlukan kajian yang
mendalam, bukannya menjadi golongan pak turut sesuatu teori tanpa mengetahui apa
kelemahannya dan apa falsafah/worldview yang dibawa oleh teori itu.
“Amad, kau ni kuat berfantasi, sampaikan idealism kau macam fantasi. Bodoh.
Tak sedar diri bodoh. Kah kah kah. belajar fizik dulu betul-betul barulah kau
boleh kritik, ni tidak, CGPA rendah ada hati nak kritik. Kah kah kah. jahil…”
Ayat yang selalu muncul di minda ku………..
Dan aku takut tragedi pemikiran ini menyebabkan aku meningalkan semua itu
dan melayan sesuatu yang memberi erti memberontak dan menjadi anarki.
Ulasan
Catat Ulasan