Bab 30 Psych Schizophrenia
Dia kemudiannya ajak aku jalan-jalan. Aku ajak dia pergi tengok wayang.
Tapi dia tolak.
“Narsha, jom pergi tengok wayang.”
“Malaslah, buang masa.”
“Jadi nak buat apa ni?”
“Jalan-jalan lah. Observe persekitaran.”
Aku hanya diam. Pelik tak? Adakah dia cakap tengok wayang tu buang masa, eh
jap, tengok wayang tu buang masa ke tak eh? Kah kah kah. Tapi bukankah
jalan-jalan macam ni pun buang masa. Ah, lantaklah, dah dia memang tidak minat
tengok movie, buat apa nak spin ayat untuk attack dia. Korang mesti macam tu
kan? Mesti korang pandai spin ayat seandainya benda yang korang minat kena
kritik, dan dianggap buang masa. Kah kah kah. Manusia katakan. Kita mesti
pandai spin ayat, agar kita boleh hidup. Kah kah kah.
Dia ni memang macam ni. Kalau ajak lepak, mesti sekadar jalan-jalan, ajak
tengok wayang dia akan tolak, main bowling pun dia tak nak, yang dia tahu
jalan, jalan dan jalan. Tapi, asalkan aku boleh bersama dengan dia -sudah,
terubat perasaan rindu aku, kah kah kah, ayat orang loser.
“Amad, macam mana universiti?”
“Ok, kenapa?”
“Bukankah korang selalu dimaki, sebab hanya pentingkan diri sendiri?”
“Setiap ahli dalam sesuatu golongan mesti ada type yang pentingkan diri
sendiri. Dah orang tu benci mahasiswa, mesti dia attack mahasiswa. Kalau aku
benci kau, mesti aku akan attack kau. Betul tak?”
“Fizik ok tak?”, soal dia untuk tukar tajuk.
“Kenapa?”
“Bila kau nak tinggalkan idealism kau?”
“Mungkin suatu hari nanti. Kah kah kah.”
“Ada orang maki kau tak, hina kau, pasal idealism kau penuh dengan fantasi?
Dah result peperiksaan kau hancur.”
“Conform lah ada. Mereka pun manusia gak.”
“So?”
“Kenapa?”
“Kau tak nak give up?”
“Nanti mungkin.”
Kali ini dia pandang mata aku lagi. Mungkin dia nak tahu, sama ada aku
tengah berlakon atau tidak. Tapi, mana ada orang boleh tahu sama ada aku tengah
berlakon atau tidak. Terutamanya mereka yang dah tahu aku ni jenis berlakon
karakter seseorang. Kah kah kah.
Mesti dia tertanya-tanya, sama ada aku berlakon atau tidak. Aku ada konklusi
untuk pertanyaan seperti itu. Cuba try tanya hati, kalau korang dengki dan
benci aku, mesti korang cakap yang aku ni tengah berlakon, kalau korang tak
benci aku mesti korang berfikir banyak kali sama ada aku ni berlakon atau
tidak.
Manusia katakan. Kalau kau suka seseorang, semua benda yang dia buat
semuanya betul, kalau dia buat salah mesti korang cakap yang dia pun manusia
biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tapi, kalau kau benci
seseorang, semua benda yang dia buat semuanya salah. Kalau dia buat kebaikan,
korang akan cakap dia hipokrit, kalau dia buat salah, korang akan maki dia.
Hati manusia. Sebab itulah korang mesti pandai kawal hati, supaya boleh menjadi
The Conspirator. Korang boleh kawal persekitaran menggunakan kepandaian, kebodohan,
kejahilan, dan kebijaksanaan manusia sekeliling untuk kepentingan korang dan
mungkin juga untuk kepentingan manusia sejagat. Kah kah kah. Alasan tak boleh
blah.
...
“Narsha, aku suka kau.”
“Dah dah lah tu. Jangan layan sangat perasaan tu, buang masa. Bagus kau
sibukkan hati kau dengan pemikiran kau.”, muka dia jadi merah.
“Aku suka kau.”
“Kau tengah bergurau kan?”
“Kah kah kah”, ada kalanya aku bingung sama ada dia ni tahu aku suka dia
atau dia tidak tahu benda-benda macam tu. Korang pernah jumpa tak manusia yang
tidak tahu apa itu cinta, apa itu suka. Kalau hati mereka tengah berdebar,
lepas tu mereka blur, sebab tidak tahu apa perasaan yang mereka sedang rasa.
Lepas tu mereka cari kat google, tak pun cari kat buku. Kah kah kah. pelik,
pelik.
Lagi pelik lagi, dengan muka innocent, mereka pergi beritahu kepada orang
yang membuatkan hati mereka berdebar.
“Apasal kalau saya tengok awak, hati saya berdebar?”
Mesti orang yang disoal tu rasa pelik. Kah kah kah. Kan bagus kalau Narsha
macam tu. Kah kah kah. Sekali lagi khayalan tingkat tinggi, lagu band Peterpan.
Apasal aku ni loser sangat.
“Amad, jom lepak kat taman KLCC.”
“Jom.”
Tempat ni lah, tempat kegemaran dia. Aku pun tak tahu apasal dia suka lepak
kat taman tu. Pernah sekali aku jumpa dia tengah baca buku di taman tu, masa tu
aku lepak dengan kawan-kawan aku. Aku tak tegur dia, malaslah nak ganggu, dan
aku malu nanti kawan aku gelakkan aku. Aku ni jenis perahsia, aku tak pernah
cerita pasal Narsha dengan sesiapa. Biarlah aku seorang sahaja tahu. Phantom
shadow katakan. Kah kah kah.
“Narsha jom pergi makan dulu.”
“Jom.”
Sekarang ni tepat pukul 2.00 pm. Bayangkan selama hampir 3 jam lebih kami
berjalan-jalan. Masa makan aku hanya diamkan diri, dia pun sama. Dia ni
bolehlah dikatakan type macam aku, cumanya ada kalanya dia boleh menjadi
hyperactive, lepas tu akan bercakap tanpa henti. Kalau aku jadi hyperactive,
aku lebih ke arah sikap, bukan mulut.
“Narsha, kau setuju tak kalau falsafah diajarkan di sekolah menengah?”
“Setujulah.”
“Kenapa kau setuju?”
“Supaya pelajar nanti pandai berfikir, bukannya mangsa kapitalis, bukannya
pandai jadi robot bertaraf antarabangsa.”
Anarki dia dah keluar dah.
“Amad, kau macam mana?”
“Entahlah. Sedangkan mahasiswa yang ambil falsafah sains di tempat aku
belajar pun tidak minat falsafah sains. Ini pula nak kenalkan di sekolah
menengah. Tak pasal-pasal mereka tidak tahu pun apa itu falsafah, tahu jawab
exam saja adalah.”
“Kau ambil falsafah sains. Falsafah tu banyak bidang.”
“Sama lah juga lah tu.”
“Tak sama. Tapi standard lah mahasiswa. Bagi mereka kenapa nak belajar
falsafah, kenapa nak berfikir, tak dapat duit pun. Bagi mereka lebih baik CGPA
tinggi, lepas tu boleh join kapitalis cepat-cepat, kah kah kah. “
“Weh jaga mulut, tak pasal-pasal ada orang dengar.”
“Amad, ingat, di dunia ni ada golongan yang tidak akan mempersoalkan
sistem, mereka hanya berusaha untuk survive dalam sistem tu. Mereka tidak akan
mempersoalkan sistem kapitalisme, sama ada sistem tu menindas atau tidak, tapi
mereka akan menyalahkan manusia yang tidak berjaya dalam sistem tu, mereka akan
cakap yang golongan tidak berjaya tu tidak berusaha bersungguh-sungguh dan pemalas. Ingat Mad ada golongan macam tu.”
Dia berhenti sekejap untuk minum. Mungkin kehausan. Kah kah kah. Lepas tu
dia sambung lagi
“Golongan ni tidak kisah dengan masyarakat yang tertindas. Sebab itulah apa
yang diajar oleh sistem kapitalis. Sistem tu suruh manusia berlumba-lumba
kumpul harta dan paling s**tnya semua benda di dunia ini perlu gunakan duit,
sampaikan keadilan pun perlukan duit, ilmu pun perlukan duit, dan lebih f**k
lagi, cinta pun perlukan duit. Sebab tulah Mad, kau akan tengok mereka yang
anarki kerana mereka ni tidak tahan lihat ketidakadilan yang berlaku di dalam masyarakat.”
Apa yang dia cakap ni mungkin betul, mungkin salah.
Aku ada seorang kawan yang memberontak kerana ditinggalkan kekasihnya.
Kawan aku ni tiba-tiba menjadi minat kepada ideologi dan idealism, hinggakan
dia boleh berbicara tentang kapitalis, sosialis, democracy, autokrasi,
macam-macam lagi lah. Idealism shock kerana cinta yang dikelilingi dengan
persekitaran kapitalis, hinggakan cinta pun dinilaikan berdasarkan makna
kapitalis. Dia pernah ceritakan aku yang awek dia tinggalkannya kerana awek dia
tu jumpa lelaki yang lebih kaya, dalam perkataan lain, lelaki yang berjaya
dalam sistem kapitalis, yang dia ni pula golongan yang perlu bekerja kuat untuk
survive dalam sistem bodoh ni.
Berapa ramai yang memberontak kerana sesuatu sistem, apabila sistem itu
tidak menerimanya maka anarki bakal menguasai mindanya dan lahirlah idealism
shock. Shock ini biasanya menghilangkan diri dia yang sebenar dan menjadikannya
manusia baru yang penuh dengan ideologi yang diungkapkan berdasarkan anarkinya.
Sebuah anarki yang dianggap sikap memberontak tetapi sedarkah anarki itu bukannya
lahir kerana memberontak, tetapi mungkin kesedihan yang dia ungkapkan dengan
pertolongan ayat anarki.
Kepada semua manusia, apa yang korang akan lakukan? Tambahkan kearnakian
mereka atau melakukan sesuatu agar keadilan dapat berdiri lagi, keadilan yang sejati
tanpa dipengaruhi dengan kertas pelik tu, yang digelar wang. Atau menyuruh
mereka terima realiti, dan jangan salahkan sistem, tapi patuh kepada sistem
itu. Aku tanya korang, berapa ramai yang telah menjadi mangsa kapitalisme?
Adakah mereka ni malas? Bodoh? Tidak kreatif? Atau mereka ni tiada peluang?
Atau pun sistem tu yang bermasalah? Mungkin aku salah, korang ada otak, sebab
itu tak payah fikir kah kah kah.
Masa pertama kali aku belajar falsafah, seorang kawan telah menyoal aku.
“Amad, aku nak soal satu soalan. Amad, pada suatu hari kau berjalan-jalan
dengan anak kau, tiba-tiba kau terserempak dengan pengemis. Pengemis yang
sempurna fizikalnya. Anak kau pun tanya satu soalan. ‘Ayah, kenapa ada
pengemis?’. Apa yang kau akan jawab. Adakah kau akan jawab, sebab dia malas nak
cari kerja? Atau itu takdir dia? Atau sebab dia tidak belajar betul-betul? Atau
kau akan jawab itu salah masyarakat? Atau kau akan jawab itu salah sistem
buatan manusia? Atau kau ada jawapan lain? Jawapan orang jahil atau jawapan orang
pandai atau jawapan orang bodoh atau jawapan orang bijak?”
Masa tu aku hanya diamkan diri, dan dia hanya ketawa. Kawan aku yang telah
lama hilang, dia yang kenalkan aku falsafah. Dia beritahu aku yang aku ni
sesuai untuk belajar falsafah, menghayati falsafah. Dia pernah cakap
“Seandainya kau tengah cari sesuatu untuk isi hati kau, try layan falsafah,
sebabnya nanti hati kau akan bertambah kosong lagi kah kah kah. Falsafah akan
ajar kau apa makna kosong yang sebenarnya, bukan kosong kerana kebodohan.”
Dia juga pernah bercakap
“Suka falsafah ni ada kekurangannya, dan kau juga mungkin akan dihina
oleh masyarakat. Mungkin juga kau akan
kecewa, mungkin juga kau akan dibanding-bandingkan dengan mereka yang tidak
minat falsafah. Apa pilihan kau Mad?”
First of all, ada aku kisah. Korang nak maki aku, korang nak pandang
rendah, korang nak pulaukan aku, cakap belakang pasal aku, ada ku kisah.
Jauh-jauh, jangan dekatkan diri kau dengan diri aku, kerana aku boleh terhidu
sesuatu dari kau. Aku terhidu korang punya lakonan sebagai manusia sekeliling,
yang attack aku dari belakang. Yang ini aku serius. Kah kah kah.
…..
Sebab itulah aku minat falsafah, sebab untuk kosongkan hati aku lagi. Kah
kah kah. Tapi, secara jujurnya, itulah kali pertama aku belajar sesuatu bukan
kerana exam, sebab kerana minat. Begitu juga fizik, aku belajar fizik kerana
minat bukannya kerana exam, sehinggakan CGPA aku pun, aku tidak kisah sangat,
tidak seperti aku yang kisah result aku disaat aku di bangku sekolah dulu,
terutamanya ketika aku dalam sekolah menengah. Aku tahu kalau aku dapat CGPA
tinggi, orang akan puji aku, orang akan pandang aku tinggi, aku juga mungkin
dapat pekerjaan yang baik, dan idealism aku mungkin aku dapat buktikan benar
dan mungkin salah, tapi f**k up, aku tak minat perjalanan macam tu.
Ya, aku tahu suatu hari nanti aku akan menyesal, tetapi aku nak tahu siapa
aku suatu hari nanti, aku yang tidak masuk dalam semua perlumbaan manusia
normal, mungkin. Aku nak buat experiment guna diri aku, guna jalan cerita hidup
aku, bukan guna pemerhatian, sebabnya ada sesuatu yang observer tidak tahu
100%. Aku nak lalui jalan ni, jalan
orang yang kuat berfantasi, kah kah kah. Korang boleh maki aku, tapi seperti
biasa, ada aku kisah.
Aku minat falsafah kerana dia beritahu aku apa itu falsafah. Dan pada suatu
hari, aku tersedar dan tertanya-tanya apa akan terjadi seandainya falsafah
tambah fizik? Dan apa pula akan seandainya falsafah Islam tambah fizik? Aku
tahu apa jawapannya. First, aku akan dimaki dan dipandang rendah. Kah kah kah.
…………
Dan akhirnya aku jumpa sesuatu untuk isi hati aku, mungkin buat sementara
waktu.
“Woi Mad jangan menghayal.”
Narsha. Ya Narsha. Aku jumpa juga sesuatu untuk isi hati aku, mungkin buat
sementara waktu. Tak sangka aku jumpa sesuatu untuk dilayan oleh akal aku dan
pada masa yang sama aku boleh melayan perasaan aku. Perasaan yang pernah
menukarkan kawan aku menjadi anarki. Kah kah kah.
“Mad, jom pergi Kinokuniya. Aku nak beli buku.”, ajak Narsha.
“Beli buku lagi. Kau ingat baca banyak buku boleh berjaya ?”
“Siapa cakap aku baca banyak buku sebab nak berjaya. Aku pernah cakap tak
yang niat aku baca buku sebab nak berjaya. F**k up la. Aku baca buku sebab aku
minat, sebab aku nak tahu something, bukannya nak berjaya dalam sistem
kapitalis masyarakat moden. Aku bukannya macam golongan kau, golongan
mahasiswa, buat benda bukan berdasarkan minat tapi nak berjaya, baca buku nak
berjaya lah, in the end buka buku time nak exam sahaja. Kau ambil course kau
sebab kau minat atau sebab course kau ni banyak peluang pekerjaan, atau dua-dua
sekali? Atau kau tak minat pun course kau, kau minat benda yang melayan
perasaan, gelak sana sini. Amad, apa yang korang minat semua sia-sia. Cubalah
minat something yang berfaedah.”
“Bukan semua mahasiswa macam tu.”
“Memanglah, tetapi kerana nila setitik, rosak sebangang susu. Kah kah kah.
Eh silap, bukan sebangang susu, sebelanga susu. Kah kah kah.”
“Hahaha.”
“Mad, di dunia ini jangan mudah terpengaruh dengan ayat-ayat indah yang
seseorang buat. Biasanya manusia ni mudah terikut ayat-ayat hikmah orang lain
sehinggakan ayat-ayat hikmah yang penuh kejahilan dan kebodohan, mereka ikut
secara membabi buta. Come on lah, itu orang lain reka, kau ada otak rekalah
sendiri. Kalau kau nak ikut pun, ikutlah mereka yang layak, bukannya kau hanya
tahu jilat kata-kata hamba sistem buatan manusia yang tidak layak buat sistem.”
“Bukankah kau pernah cakap yang setiap sistem tu mesti ada pembuat sistem
dan system tester?”
“Oh, maksud kau ada pembuat sistem dan ada hamba sistem? Kah kah kah. Tak
payah lah nak guna ayat lain. Ah, betul, mesti ada dua-dua tu, tapi Mad, mesti
ada juga yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya, salah satunya adalah
observer.”
“Kalau kau observer bolehlah, kau kaya, masa depan pun ada.”
“Itu harta bapa aku, bukan aku.”
“Samalah tu.”
“Amad, sebab tulah aku tidak suka kapitalis ni, tidak adil, persaingan
tidak adil, tapi seperti biasa
masyarakat modenis ni tidak akan menyoalkan sistem, mereka lebih suka
untuk salahkan manusia daripada salahkan sistem. Pengikut sistem tu akan dimaki
kerana tidak berusaha dalam sistem tu, mereka tidak akan berfikir sama ada
sistem tu adil atau tak.”
“So?”
“Jadi observer lah bagus. Tapi bukan macam kau, observer useless, ada benda
salah pun tidak mahu tegur, tu lah banyak sangat fikir, sampai nak bagi comment
pun tidak pandai.”
“Siapa cakap aku tidak pandai bagi comment? Aku malas, buat apa nak bagi
comment, aku bukannya masuk dalam perlumbaan yang orang lain ikut.”
“Kau tidak masuk? Kau akan masuk perlumbaan tu, suka atau tidak. Kah kah
kah. Good luck on that competition. Kah kah kah,”
“Kau.”
“Aku? Tak tahu. Kah kah kah. Amad,
kalau kau mempersoalkan sesuatu sistem di dunia ni, kau tak kan berjaya, maksud
aku berjaya dalam erti kata masyarakat moden ni. Kau akan dipandang rendah.
Macam aku, aku mempersoalkan sistem kapitalis, hinggakan semua kawan aku
tinggalkan aku.”
“Patutlah aku lihat kau ni macam orang yang rasa lonely.”
“Macam kau. Tapi kau ni suka rasa lonely kan?”
“Ya, barulah seronok, tiada golongan hipokrit. Kah kah kah.”
“Amad, kau silap.”
“Dah aku memang suka rasa lonely, apa boleh buat. Tapi, aku kan pandai
berlakon, berlakon gaya extrovert, kah kah kah.”
“Amad, aku tahu kau ni macam aku, pemikiran anarki, bezanya kau punya sikap
ni macam nerd. Kenapa kau tidak tunjukkan pemikiran anarki kau?”
“Untuk apa? Tiada beza pun, lebih baik aku jadi shadow, orang anggap aku
tidak wujud, barulah aku rasa hidup aku seronok.”
“Mad, Mad, di dunia ni semua nak jadi cahaya, semua nak terkenal.”
“Sebab aku tidak boleh jadi cahaya. Ah malaslah nak bincang benda ni, jom
pergi kino..”
“Atau Mad, sebab kau give up dengan semua yang ada dalam minda kau. Kau
hanya membenarkan yang manusia itu tidak boleh lari daripada sistem, walaupun
sistem itu adil atau tidak.”
“Ya, berapa ramai yang nak lari daripada sistem kapitalis, tapi tidak
boleh? Berapa ramai yang menangis sebab tidak boleh berjaya dalam sistem
kapitalis? Berapa ramai yang tinggalkan erti hidup, sebab terpaksa cari sesuap
nasi dalam sistem tu? Kau nak aku tunjukkan anarki aku dan sakitkan hati
mereka?”
“Sebab tu kau sembunyikan anarki kau, sebab kau rasa tiada sesiapa di dunia
ini yang boleh memperbaiki sistem bodoh tu?”
“Ya, cuba kau fikir, orang kaya pun mana ada mempersoalkan sistem tu,
mahasiswa lagilah, semua sibuk jilat buntut orang lain. Sebab tu lah aku give
up. Orang bodoh macam aku ni tidak layak nak cakap pasal sistem. Buang masa
aku, lebih baik jadi observer, boleh tulis novel, lepas tu boleh hidup dalam
sistem bodoh ni. Kah kah kah. F**k, malaslah nak bincang benda ni, kau nak
dating dengan aku tak? Kah kah kah.”
“Jangan gurau boleh tak. Amad kau pernah tulis kearnakian itu dikeluarkan
kerana kesedihan, maknanya kearnakian itu disebabkan kesedihan. Bagaimana kalau
cinta itu pun dikeluarkan bukan disebabkan cinta, tetapi disebabkan kearnakian,
dan kearnakian itu pula datangnya daripada rasa sedih?”
“Ah, aku tak faham, jom jalan.”
Siapa cakap aku tak faham, tapi aku suka dia bukan disebabkan kesedihan
atau kearnakian. Aku suka dia sebab aku memang suka dia, cumanya awek ni pelik.
Kah kah kah. Dialah perempuan first yang aku tak rasa awkward lepak dengan dia,
siap boleh keluar lepak dari pagi sampai malam, kah kah kah. Mungkin dia ni
anarki, rare kut jumpa awek macam ni, anarki, memberontak, lepas tu lain
daripada awek lain, awek lain sibuk layan perasaan, sibuk layan drama Korea,
kah kah kah dia ni pula sibuk layan pemikiran anarki dia, anarki la sangat kah
kah kah.
Tapi, layan sangat pemikiran ada keburukannya………..
Ulasan
Catat Ulasan