Bab 28 Psych Schizophrenia
Korang pernah jumpa tak hacker? Biasanya ada hacker yang suka
tunjuk-tunjukkan dirinya hacker, dan ada juga hacker yang betul-betul shadow,
golongan ni hanya kawan yang rapat dengannya sahaja tahu yang dia ni hacker.
Dan ada juga hacker yang benar-benar hacker bertaraf shadow, hanya dia seorang
sahaja tahu yang dia ni hacker. Di dunia virtual dialah hacker, tetapi dunia
realiti dia seperti manusia biasa, tak pun berlakon bodoh agar manusia lain
memandang rendah dirinya. Aku nak soal korang, korang pernah tak berlakon bodoh
depan sesiapa pun? Korang berani? Biasanya manusia suka berlakon pandai atau
tunjukkan kepandaian dia depan manusia lain…
Kalau aku cakap aku pernah berlakon bodoh, korang percaya tak? Aku pernah berlakon bodoh dalam kelas, depan
lelaki, depan perempuan. Aku tak kisah mereka pandang aku rendah atau tak.
Korang pernah? Aku nasihatkan korang jangan berlakon bodoh, sebab nanti korang
tidak boleh mencapap. kah kah kah. Takut nanti masyarakat panggil korang bodoh
kah kah kah. Lagi teruk lagi aku pernah berlakon, benda yang aku tahu tapi aku
cakap aku tak tahu. Soalan yang aku tahu jawapannya aku cakap aku tidak tahu
jawapannya. Dalam hati aku, aku menyesal sebab aku tidak boleh mencapap guna
jawapan yang aku tahu untuk soalan tu. Nanti boleh mereka panggil aku pandai
kah kah kah. Perasaan tahap bodoh dan ego tahap dengki. Berlakon bodoh, lepas
tu semua orang memandang rendah kat aku. What a view! Boleh buat novel. kah kah
kah. Jangan marah…
Kalau korang layan anime ataupun Running Man, korang mesti tahu bagaimana
nak berlakon ala-ala atau gaya bodoh. Tapi, biasanya manusia ni suka berlakon
gaya pandai, sebab itulah mereka ni senang nak kena conquer. Senang orang yang
bodoh nak conquer orang yang pandai, sebabnya orang yang tidak pandai ni tahu
bagaimana nak guna atau hack minda orang pandai. Tapi ada kalanya kalau kau
berlakon ala-ala bodoh, semua golongan akan mudah terpengaruh, sebab mereka
gembira tengok kau dalam kebodohan, terutamanya mereka yang benci dan dengki
dengan kelebihan yang kau ada. Kah kah kah.. Conspirator ….
Aku dah lari dari tujuan asal kah kah kah.
Hacker. Korang tahu apa itu hacker. Ada video yang aku rasa sesuai untuk
makna hacker, bagi jiwa akulah, kalau jiwa korang aku tidak tahu, mungkin jiwa
korang sesuai untuk gaya romantik. kah kah kah.
…
Tapi aku nak cerita ni pasal hacker dalam bidang teknologi komputer. Hacker
ni ada tiga jenis white hat hacker, grey hat hacker dan black hat hacker. Kalau
hacker baik mereka digelar white hat hacker. Biasanya ni kerja sebagai tester
yang test sistem komputer sesebuah syarikat, lepas tu mereka boleh dapat duit
dari tuan syarikat tersebut. Ada juga yang kerja entahlah apa nama dia, tapi
yang penting mereka ni pakar komputer dan orang yang baik (baik dalam bidang
komputer bukannya golongan yang nak hancurkan sesuatu sistem komputer).
Bolehlah dikatakan begitu.
Golongan kedua iaitu golongan yang digelar grey hat hacker, separa baik,
separa jahat. Korang mesti tahu apa maksud ayat tu. Golongan yang ketiga, black
hat hacker atau cracker adalah hacker yang biasanya most wanted oleh polis. Ada
gak yang tidak most wanted, golongan yang bajet hacker macam aku kah kah kah,
golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia hacker yang digelar script
kiddies. Tapi script kiddies tak semestinya masuk dalam golongan black hat
hacker. Tengok niat kenapa dia minat dunia hacker. Biasanya black hat hacker ni
tubuhkan kumpulan hacker, misalnya … korang boleh cari kat internet.
Korang pernah tak dengar perkataan anonymous. Ada yang katakan anonymous ni
bukannya kumpulan hacker tapi sebuah ideologi untuk kebaikan manusia. Dan hack
adalah salah satu cara yang mereka gunakan untuk melawan penindasan si
penindas.
Aku ada seorang kawan yang bolehlah digelar hacker. Dia ni ala-ala shadow,
sebabnya aku seorang sahaja tahu yang dia ni hacker. Biasanya kawan-kawan yang
tidak rapat dengannya tidak tahu yang dia ni hacker, mungkin mereka betul-betul
tidak tahu atau tidak kisah benda-benda macam tu. Dia pakar dalam C++, php,
javascript html dan entahlah apa lagi yang dia tahu. Tapi dia pernah cakap yang
dia ni tidaklah pakar mana. Bagi aku lah, kira hebat lah tu. Pernah sekali aku
tengok dia nak hack Facebook seseorang ataupun dalam bahasa indahnya dia nak
tahu password seseorang. Dia guna Brute Force attack. Dia cakap script untuk
buat tool tu dia sendiri buat, bukannya cari google lepas tu hack Facebook, itu
gaya script kiddies. Nama script tu
adalah Brute Force ERROR.
Kalau korang tak tahu apa itu brute force attack, biar aku terangkan guna
minda aku yang jahil ni tentang benda-benda macam tu. Brute Force attack ni
macam kau try satu-satu perkataan untuk tahu password Facebook seseorang.
Kawan aku ni guna dua Operating System dalam satu laptop, Windows dan Kali
Linux. Dulu dia guna Backtrack 5 R3, lepas tu dia tukar guna Kali Linux. Dia ni jarang tunjukkan aku
macam mana nak hack sesuatu website. Aku pernah suruh dia ajarkan aku, dan
jawapan dia seperti ini
“Cari kat YouTube, lepas tu kau follow jer apa yang orang tu buat.”
Salah satu jawapan s**t yang pernah aku dengar. Cuba korang try, korang boleh
tak buat apa yang video kat YouTube tu ajar? Korang kan bijak, kalau orang
bodoh macam aku ni memang tak bolehlah.
Pernah sekali dia hack atau deface website Google Malaysia, lepas tu dia
letak nama samaran dia kat website tu. Cool sial. kah kah kah. Tapi, cool
bendanya orang tak kenal pun siapa yang hack website tu, tak pasal-pasal polis
datang rumah nak beraya. Kah kah kah.
Sebenarnya nak hack password Facebook seseorang ni, banyak caranya,
bukannya sekadar Brute Force attack. Ada cara yang high level. Kalau korang
layan benda-benda macam ni pasti korang tahu.
Alasan dia belajar hack sebab dia nak hack NASA untuk tahu pasal UFO.
Apalah hobi. Pelik sungguh. Tapi sampai sekarang dia tidak hack-hack. Dia cakap
dia takut. Tak pasal-pasal FBI datang rumah pada hari raya kedua. kah kah kah.
Dia hanya layan UFO kat WikiLeaks. Dia ni layan teori kontroversi. Aneh tahap
aneh. Dia tahu hampir semua teori kontroversi yang terbukti benar. Yang aku
ingat apa yang dia pernah cakap pasal Project Manhattan. Aku ingat benda ni
sebab ada kaitan dengan fizik. Terserlah nerd aku. kah kah kah. Aku malas nak
cerita pasal Project Manhattan sebab aku takut aku salah fakta. Kalau korang
nak tahu cari kat internet. Come on lah bro. website porn boleh layan, takkan
benda ni malas kut. Kau ingat internet tu dibuat untuk layan porn. Untuk
pengetahuan korang nisbah website normal berbanding website porn adalah 1:5.
Tinggi tak tinggi. Apalah dunia. Cerita pasal porn ni, kawan aku ni pernah join
hacker kat serata dunia untuk hancurkan website-website lucah. Entahlah berjaya
atau tak. Nama operation tu adalah … aku lupa kah kah kah.
Sebenarnya banyak operation yang dibuat oleh group-group hacker. Ada yang
hack server Sony, Dell, Yahoo, eBay, macam-macam lah. Ada operation untuk human
right lah, peperangan lah, dan etc. Yang aku cemburu, ada hacker baru berusia
belasan tahun. Mereka ni bukan golongan Script Kiddies, tapi nerdlah, macam aku
kah kah kah.
Kalau pembaca minat pasal hack, bermula dari sekarang, jangan sekadar
habiskan masa bermain game. Cuba belajar programming sebagai hobi. Disiplin
penting. Dan fikir betul-betul akibat sekiranya nak hack atau deface sesuatu
website.
Kawan aku ni bolehlah dikatakan aktivis. Dia lebih ke arah menggunakan
teknologi terutamanya komputer. Dia juga pakar dalam Android OS. Dah dia layan
Linux mestilah dia nak tahu macam mana nak layan Android. Kalau korang nak root
hand phone korang boleh suruh dia, dengan syarat rokok Dunhill satu kotak. Kah
kah kah.
Dia pernah cerita pasal PRISM, pasal Edward Snowden. Yang ni pun aku malas
nak cerita, nanti aku hanya sebarkan fitnah sebab salah fakta. Korang boleh
cari kat google. Seelok-eloknya korang tahu apa benda ni, sebabnya ia
melibatkan hak sebagai pengguna internet, kecuali korang ni tak berminat dengan
hal-hal mengenai hak privacy seseorang. Handphone korang senang nak kena hack
tu. kah kah kah.
Zaman sekarang ni, virus telah berkembang. Virus Stuxnet. Virus yang
menyerang Nuclear Reactor negara Iran. Dia pun selalu cerita mengenai “latest
virus”. Entahlah, aku pun tak tahu apasal dia minat benda macam ni, tapi
lantaklah hidup dia, buka hidup aku.
Nanti aku hack hand phone korang guna Wi-Fi Sniffing, lepas tu aku boleh
kawal hand phone korang dan ambil gambar korang, tak pun dengar perbualan
korang, baca WhatsApp korang, baca SMS korang tak pun dari hand phone korang
aku boleh tahu password Facebook, Instagram, twitter korang. Kalau korang
tengah tengok website tak senonoh guna hand phone, aku hack front camera dan ambil gambar korang yang
tengah muka horny, lepas tu aku ugut korang guna gambar muka horny korang. kah
kah kah. Gurau…gurau..
……
Kawan aku ini jenis non-romantik. Tapi dia pandai menulis dan berkata-kata
romantik, kah kah kah. Hidup ini penuh dengan manusia yang pelik, aneka ragam,
dan ada kalanya “attribute combination” yang ada dalam diri mereka tidak sesuai
dengan karakter mereka dan juga persekitaran.
Aku teringat ayat hikmah dia…
“You think outside the box, we hack the box.”
“Amad, kalau kau nak cepat kaya, kau malas nak pergi sekolah, kau boleh try
belajar programming. Mula belajar programming sekarang, kau cari kelemahan
sesuatu website, lepas tu kau hantar kelemahan yang kau dapat tu ke pusat
website tu, lepas tu kau akan dapat duit. Bug bounty. Kau cari kelemahan
website Facebook, yahoo mail, lepas tu kau boleh menang hadiah untuk bug
bounty. Kau boleh jadi hacker. White hat hacker. Kau tak payah pergi
universiti, kau hanya perlu ada disiplin untuk belajar programming. Kan senang
hidup. Bukan tujuan kau pergi universiti untuk memudahkan kau cari duit? Kalau
macam tu kenapa dari sekarang kau tak payah pergi universiti, kau hanya perlu
belajar programming, kah kah kah.”
Dia ingat aku pergi universiti sebab itu… Alasan aku untuk sedapkan hati
aku, kah kah kah.
Dia pernah menulis sebuah cerita.
Virus on your brain network
Seorang guru menyuruh pelajarnya menulis pendapat tentang apa itu cinta
manusia.
Mempersembahkan....sebuah cerita yang terus tercerita oleh fikiran hati...
Tentang dia yang telah terlari dek kerana minatnya.....
Tentang kisah yang terus terhilang
Tentang priority dalam hidupmu,,,,,,yang dikau terjatuh dan bangkit
mengejarnya....
Selepas semua pelajar menulis pendapat masing-masing dan menghantarnya ke
depan. Guru itu cuba membaca kertas tersebut satu persatu....Kertas pertama
guru itu membacanya bagaikan seorang penyair yang cuba mendalami apa itu
cinta...
" Cinta itu bagaikan salji yang putih, tetapi adakalanya salji itu
boleh berubah warna"
Kertas yang kedua:
"Kerana cinta aku boleh menjadi baik, tetapi kerana cinta juga aku
boleh menjadi jahat"
Kertas yang ketiga:
"Lelaki itu jatuh kerana dua iaitu kerana seorang wanita dan juga
kerana harta, tetapi lelaki juga boleh menjadi hebat kerana dua perkara iaitu
seorang perempuan dan juga harta. Maka pilihlah mana yang terbaik"
Kertas yang keempat:
"No girl no cry"
Kertas yang kelima:
"Cinta itu bagaikan angin yang bertiup, segarnya angin disaat ia
melaluiku, segarnya badan apabila ia datang kepadaku, aku mencarinya apabila
aku kepanasan, dia datang untuk menyejukkanku"
Kertas seterusnya:
"Love is not my priority"
Begitulah juga kertas yang seterusnya. Mereka terus memuji betapa indahnya
cinta manusia seandainya ia berniat baik...dan ada juga beberapa manusia yang
jenis anti-romantis. Come on lah, no girl no cry...
Guru itu membaca kertas yang terakhir:
"Love is like a virus that exit on the brain network that can make you
sick, love also like a rootkit that can make your brain lie to you, that virus
cannot be remove using any antivirus, you brain cannot be formatted, cannot be
restored to factory setting... And sometime weird personality can be observe.
So, do not fall in love. And most important love is not my priority"
Habis sahaja guru itu membacanya, satu kelas tersenyum pelik.......HEHEHE..
Tidak tersangka ada juga pemikiran seperti itu....Dan semua murid memandang si
dia yang dianggap menulis ayat tersebut.... Si dia tersenyum panjang....
Triiiiigggg
Loceng pun berbunyi, guru itu keluar dan menuju ke bilik guru.
Dia pun mencuba untuk membaca kembali kertas-kertas tadi.
Dia membaca kertas yang pelik itu, guru itu pun berfikir
"Oh, pelajar ini seperti membenci cinta"
Guru itu mencuba melihat belakang kertas tersebut dan terkejut kerana ada
tulisan yang tersembunyi....
"Cinta itu adalah melihat dia tersenyum ketawa walaupun aku bukan
sebahagian dari senyumannya itu. That is love for me"
Ulasan
Catat Ulasan