Bab 24 Psych Schizophrenia
Ada kalanya satu penulisan itu tidak nampak
kematangannya, tetapi bukankah manusia itu bermula sebagai manusia yang tidak
matang hinggakan hidupnya menjadikannya manusia yang matang.
To : Amad
Mad, bagus kau give up dalam curiosity kau. Tiada guna Mad.
Kau hanya buang masa kau. Zaman sekarang ni ahli sains dah berubah
epistemology-nya. Mereka tidak lagi masukkan makna metafizik dalam pengkajian
mereka. Kebanyakan mereka ini memegang sikap atau falsafah
naturalistic/naturalism sebagai makna sebenar sains tabii. Sekarang ini agama
dalam perjalanan lain begitu juga sains. Perjalanan kedua-dua bidang itu tidak
akan bertemu, seandainya bertemu pasti ramai yang menolaknya kerana telah
berlainan makna berdasarkan makna sebenar sains tabii yang telah dipegang oleh
ramai ahli sains tidak kisah lah ahli
fizik atau ahli biologi, atau mungkin ahli kimia. Mereka menganggap metafizik itu bukannya sains
seperti yang aku tulis di atas , iaitu falsafah berkenaan naturalism. Dalam
buku Shaharir Mohamad Zain iaitu buku Kritikan Teori Kejadian alam semesta,
beliau menulis seperti ini:
“Sekarang in, para pemimpin atau penyokong pergerakan
TRBP (teori reka bentuk pintar/intelligent Design) menyerang TDB (Teori Deguman
Besar/ Big Bang Theory) berasaskan falsafah sahaja : mereka menganggap sains
barat adalah bukan teis yang berasaskan tabiisme (naturalism) dan oleh itu ada
batas-batas falsafah sekular bagi tabiisme yang menjadi landasan TDB itu
(tabiime ialah falsafah sains yang menegaskan semua fenomena boleh dijelaskan
dengan kaedah sains tanpa pembabitan aditabii (TUHAN) yang termanifestasi dalam
bentuk karaamaht dan sebagainya). Pedokong TRBP menegaskan bahawa sains tidak
sepatutnya dihadkankan kepada tabiisme dan tidak sepatutnya juga memaksa
dukungan satu falsafah tabiis (naturalistic) yang tidak menerima apa jua
penjelasan yang mengandungi sebab aditabii. Matlamat keseluruhan golongan
penyokong TRBP ialah untuk mengalahkan pandangan alam bendawanis atau pandangan
alam kebendaanis (pandangan alam materialis) yang diwakili oleh TEv (Teori
Evolusi) dan menggantikannya dengan sains yang serasi dengan kepercayaan
Kristian).”
Sebab itulah Mad aku menyuruh kau tinggalkan idealism kau. Zaman sekarang tidak sama
dengan zaman ibnu Sina, al-Tusi, al-Biruni. Zaman ini, sains moden telah lain
methodology-nya, lain epistemology-nya, dan lain tujuan pengkajiannya. Sekarang ini ahli sains telah pisahkan sains fizikal
dengan metafizik, sebab itulah ramai ahli sains akan cakap bahawa metafizik itu
bukan sains kerana makna sains bagi mereka adalah berdasarkan falsafah
naturalism. Kaedah saintifik mereka fahami hanyalah satu-satunya kaedah sains.
Mereka menolak kaedah lain. Dalam buku itu juga, Dr itu menulis :
“Bagi pendukung TRBP, sains alam tabii atau ringkasnya
sains tabii dianggap ilmu yang menggunakan kaedah sains untuk mencipta
pengetahuan a posteriori yang berasaskan cerapan sahaja (kadang-kadang disebut
sains empirik). Pendukung TRBP mahu mengubah takrif sains ini dengan
menggantikan “tabiisme tatakaedah”(methodology naturalism) daripada sains itu
kepada “nyataisme teis”(theistic realism” atau , mengikut pengkritik TRBP,
“aditabiisme tatakaedah” atau supertabiisme tatakaedah” (methodological
supernaturalism”), yang maknanya kepercayaan pada transidensi, matra/dimensi
tidak tabii pada kenyataan (realiti/realitas) yang ditunjukkan oleh tuhan yang
transidensi dan bukan tabii itu.”
Mad, macam mana? Amad, zaman sekarang manusia dah
berubah, dulu para pemikir Islam berdebat dengan sumber ilmunya adalah al-Quran
dan sunah Nabi tidak kisah lah daripada kumpulan mana (muhaddist, mutakallimun,
muktazilah dan sebagainya) tapi zaman sekarang ahli pemikir sains moden berdebat
bukan berdasarkan sumber ilmu itu. Amad, makna sains itu terutamanya bidang
yang kau ambil kat universiti itu ,fizik, telah dipengaruhi dengan falsafah
naturalistic, hinggakan teori fizik itu dianggap sempurna dan muktamad tanpa
perlu peranan Pencipta. Di Malaysia ini siapa sahaja yang boleh mengkritik
sesuatu teori itu? Hanya beberapa orang sahaja.
Kebanyakannya jadikan teori itu
sebagai alat dalam research sahaja. Ada
yang mengikut mazhab ‘just shut up and calculate’ dan kebanyakan mahasiswa
mengikuti mazhab itu, sedar atau tidak sedar. Sebab itu lah kebanyakan pelajar dan mahasiswa
hanya diajar untuk mengikuti sahaja tanpa diberitahu apa kelemahan sesuatu
teori itu.
Dalam buku Mitos Mahasiswa Sibuk, di bahagian kata
pengantar Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir menulis ayat ini “faham, Kritik, dan
Inovasi”. Pada zaman ini, di Malaysia, mungkin juga di negara lain, pelajar dan
mahasiswa hanya faham sesuatu teori sahaja tetapi tidak boleh mengkritiknya
apalagi hendak inovasikannya. Zaman ini kurang manusia seperti al-Ghazali yang
faham falsafah Yunani dan boleh mengkritiknya, terutamanya “speculative
philosophy”.
….
Amad, kau pernah beritahu aku mengenai “teori apa yang akan dikeluarkan oleh
seseorang yang pandangan alamnya adalah Islam”. Ramai ahli sains katakan bahawa
ilmu itu bebas nilai. Ilmu itu tidak dipengaruhi oleh pandangan alam seseorang.
Aku tidak menyetujuinya seperti kau juga tidak menyetujuinya. Tetapi bagaimana dengan
teori fizik yang abstrak? Ya, mungkin abstrak tidak akan dipengaruhi oleh
pandangan alam seseorang, dan abstrak itu tidak boleh digunakan untuk
menjelaskan pandangan alam seseorang. Mungkin itu jawapannya. Mungkin ada
jawapan lain.
Amad, ramai yang tidak berminat jadikan sains itu sebagai
idea, mungkin seronok jadikan sains itu sebagai alat research dan alat dalam
teknologi. Aku gunakan alat bukannya nak rendahkan makna sains tapi rasanya itu
ayat yang sesuai yang aku boleh fikirkan.
Amad, adakah kau mengikuti ahli sains lain, yang
berfahaman naturalism? Ya, itu yang paling senang. Hanya bercakap bahawa sains
dan agama-teologi itu berbeza, sains dan falsafah itu berbeza, tidak layak
disatukan/diharmonikan, kerana hanya mendatangkan perdebatan yang tidak berkesudahan.
Amad, bagi aku lebih baik aku katakan bahawa sains dan
agama itu berpisah dan tidak dapat disatukan. atau dalam bahawa lain, pandangan
alam tidak mempengaruhi pengkajian seseorang kerana alam ini bebas daripada
pandangan alam seseorang. Mungkin kau menjawab bahawa alam itu memang bebas
daripada pandangan alam seseorang tetapi orang yang mengkaji alam itu yang
dipengaruhi oleh pandangan alamnya.
Teringat aku seorang kawan. Dia cakap bahawa sains dan
agama/pandangan alam yang dibawa oleh agamanya itu berpisah. Maknanya dia tidak perlu belajar pandangan
alam agamanya. Kah kah kah.
Ramai yang macam itu Amad. Semua belajar sains kerana
exam, mungkin ada kerana minat, tetapi malas untuk belajar pandangan
alam/worldview agamanya. Cuba bayangkan seandainya satukan semua itu, seperti
idea kau. Apa akan terjadi?
Tapi Amad, seperti yang aku tulis, makna dan methodology sains tabii itu telah disempitkan dan ramai yang
mengikutinya, yang mengatakan bahawa
naturalism lah makna sebenar sains tabii. Makna metafizik itu tiada kena
mengena dalam sains tabii.
Ini sekadar pandangan aku. Sekian.
Dia ni Din. Nama
benar dia din, minta maaf aku lupa. Dia seperti aku, idealism sama, atau
mungkin hampir sama dengan aku. Tetapi dia telah give up dengan idealismnya.
Mungkin kerana dia give up dengan persekitarannya. Dia ambil fizik di
universiti lain, dan dia juga minat mengharmonikan sains dengan falsafah-teologi,
tetapi sejak kebelakangan ini dia seperti putus asa dengan idealism itu. Dia
ini selalu katakan bahawa ilmu fizik itu bebas nilai kerana baginya alam itu
bebas nilai dan tidak dipengaruhi oleh pandangan alam si pengkaji (tetapi dia
sendiri menjawab bahawa teori untuk alam itu pula yang dipengaruhi oleh
pandangan alam si pengkaji dan menyebabkan lahirnya teori yang bertentangan
dengan pandangan alam sesuatu agama) tetapi dia ni setuju bahawa ilmu itu tidak
bebas nilai.
Dia give up dengan
idealismnya dan akhirnya hanya jadikan sains itu sebagai alat research sahaja.
Dia selalu katakan kepada aku bahawa dia ni bodoh, idealismnya tidak dapat
dilaksanakan kerana CGPAnya telah dijadikan fitnah kepada idealismnya. Dia juga
give up kerana persekitarannya bertentangan dengan idealismnya. Tapi bagi aku
walaupun dia rendah CGPA, tetapi adakah mereka yang tinggi CGPA itu boleh
menulis dan berfikir seperti dia. Tapi dengan perasaan lemah dan merendah diri
dia menjawab bahawa “semua itu kerana aku suka membaca, bayangkan kalau mereka yang
tinggi CGPA itu suka membaca seperti aku, mesti mereka juga akan dapat menulis
dan berfikir seperti aku.”
Inilah kawan aku. Dia
tinggalkan idealismnya. Tapi aku tahu dia bukan tinggalkan idealismnya itu, dia
hanya tanam dalam hatinya dan menunggu untuk dikeluarkan. Aku juga pernah
terfikir adakah aku akan menjadi seperti dia suatu hari nanti. Give up dan
tinggalkan idealism ini…. Mungkin ya… mungkin tidak… Tapi berdasarkan situasi
sekarang jawapannya seperti tidak… mungkin
ya…tapi ya..mungkin.
Aku membalas
emailnya:
To : Din
Wei, dah lama tak lepak.
Hidup macam mana…?
Pasal email yang kau hantar tadi, ada seseorang pernah
beritahu aku. Bayangkan benda ni, kalau agama-teologi diharmonikan dengan
sains, dia cakap bahawa nanti tiadalah sains atau sains akan pupus. Alasannya
senang, bayangkan kalau ada orang cakap bahawa bagaimana bumi terjadi,
jawapannya senang, Tuhan yang cipta. Lepas tu orang itu tidak akan bertanya
lagi. Itu alasannya. Tapi bagi aku, alasan itu seperti kebudak-budakan. Tidak
matang. Seandainya seseorang itu mengetahui dan memahami pandangan alam
agamanya dengan sempurna, maka dia tetap akan berusaha untuk mengetahui
bagaimana terjadinya bumi ini. Mungkin teori yang dikeluarkannya tidaklah
bertentangan dengan worldviewnya. Lihat saja kisah ilmuwan Islam dahulu,
misalnya al-Tusi dan al-Biruni. Adakah
mereka akan menyetujui alasan yang tidak matang itu. Kau rasa apa pendapat
mereka?
Kau betul-betul dah give up eh?
Aku ada cerita:
Ada ahli sains. Dia ni seorang yang bijak. Dia mengkaji dan
mereka teori. Tetapi teori yang direka nya tidak dapat memenuhi kebijaksanaan
alam. Akhirnya teorinya itu seperti baldi yang banyak lubangnya dan air keluar melalui lubang itu. Ahli sains
yang lain berusaha untuk menutup lubang baldi itu, tetapi malangnya terlalu
banyak lubang. Mereka terfikir adakah perlu menukar baldi itu atau berusaha
untuk menutup lubang itu, tetapi masalahnya lubang itu telah menjadi besar.
Masalah juga timbul seandainya hendak menukar baldi itu, kerana mereka takut
seandainya baldi yang baru itu juga akan berlubang. Atau mungkin baldi yang
baru itu bertentangan dengan makna” sebenar tujuan” baldi itu diletakkan. Baldi
itu adalah teori, air itu adalah alam atau bahan yang dikaji oleh si pengkaji,
lubang itu adalah kelemahan teori itu, dan air yang tumpah itu adalah apa yang
dipelajari oleh mereka yang tidak tahu makna sebenar belajar teori itu.
Golongan yang hendak menukar baldi itu pula adalah golongan yang tahu bahawa
baldi itu tidak boleh lagi diselamatkan, dan perlunya baldi baru. Mungkin ada
juga golongan yang hendak inovasikan teori itu dan golongan ini bukanlah
golongan yang hanya tahu menutup lubang baldi itu. Dan golongan yang hanya
memandang air yang tumpah, biasanya adalah mereka yang baru berjinak-jinak
dengan teori itu atau bidang itu, biasanya adalah mahasiswa. Tapi ada juga
golongan yang hanya tahu gunakan baldi itu untuk letakkan air yang lain.
Mungkin mereka tahu bahawa baldi itu bermasalah, tetapi ada kalanya baldi itu
juga boleh menampung air yang sedikit. Kau pilih golongan mana? Atau kau golongan mana?
….
Aku jumpa ni kat buku The Brief History of Time, karya Stephen Hawking
“The eventually goal of science is to provide a single
theory that describes the whole universe. The approach most scientists actually
follow is to separate the problem into two parts. First, there are the laws
that tell us how the universe change in time . Second, there is the question of
the initial state of the universe. Some people feel that science should be
concerned with only the first part; they regard the question of the initial
situation as a matter for metaphysics or religion. They would say that God,
being omnipotent, could have started the universe off any way he wanted. That
may be so, but in that case he also could have made it develop in a completely
arbitrary way. Yet it appears that he chose to make it evolve in a very regular
way according to certain laws. It therefore seems equally reasonable to suppose
that there are also laws governing the initial state.”
Apa pendapat kau? Pasal part kedua tu. Apabila dikatakan
hanya boleh diterangkan oleh metafizik atau agama, tetapi akhirnya ahli sains
pun mencuba untuk mencari teori yang sesuai untuk menerangkan part kedua itu.
Adakah part yang kedua itu boleh diterangkan menggunakan sains? Bagaimana kalau
teori yang dihasilkan untuk part kedua dipengaruhi oleh pegangan metafizik
seseorang? Ataupun dipengaruhi oleh agama seseorang? Dipengaruhi oleh ‘sesuatu’
worldview?Aku nak tanya adakah teori itu nanti bebas nilai atau tidak?
…….
Din, tidak semestinya sesuatu teori itu akan absolute
sekiranya teori itu dikeluarkan berdasarkan pandangan alam seseorang. Teori itu mungkin ada kelemahannya tetapi
tidak lah sampai kelemahan teori itu menyebabkan orang lain menganggap bahawa
sumber pandangan alamnya adalah salah,. Mungkin itu terletak kepada kelemahan
si pereka teori, bukannya terhadap pandangan alamnya. Sedangkan bukankah
pandangan alam juga untuk satu agama itu
banyak interpretasinya tetapi bukannya bermakna sumber pandangan alamnya itu salah. Misalnya, dalam Islam sendiri
pun ada perbezaan mengenai
pendapat/pandangan alam/tafsiran, lihat saja perdebatan ahli kalam, ahli
muktazilah, ahli syariah, ahli sufi dan ahli falsafah, tetapi tidak bermakna
sumber pandangan alam/pendapat/tafsiran mereka itu salah. Sumber nya adalah al-Quran. Bukankah al-Quran
itu ada ayat yang jelas dan ayat yang tidak jelas? Dan biasanya berlaku
perbezaan pendapat dalam ayat-ayat yang tidak jelas itu. Perlu diingat bahawa
ada perkataan terjemahan, tafsiran dan takwil untuk al-Quran. Soalan aku
bagaimana kau nak jadikan al-Quran itu sebagai sumber ilmu? Adakah kau akan
menjawab bahawa al-Quran itu hanya sumber ilmu untuk agama sahaja dan tidak
boleh dijadikan sumber ilmu untuk tujuan pengkajian dalam dunia tabii? Ingat,
al-Quran itu bukan buku, al-Quran itu kalam Allah SWT. Ada ilmuwan pernah
menulis ayat ini
“Hakikat bahawa akal manusia, alam semesta dan al-Quran
mempunyai asas metafizik yang sama, mempunyai asas yang penting bagi kaedah
sains dalam Islam.”
“Sains Barat itu kekurangan unsur teologi”
“Sains yang sebenar adalah sains yang mencari pengetahuan
tentang inti sari sesuatu benda dalam hubungannya dengan keesaan Ilahi
masing-masing/ true science is that science which seeks the knowledge of the
essence of things in relation to their Divine origin” Ibn Sina
Aku ingatkan, dia nak
balas email aku panjang. Dia hanya balas seperti ini sahaja.
To : Amad
Malas lah Mad aku nak layan benda tu. Kau mesti tahu idealism aku macam mana. Keputusan aku untuk
idealism aku macam mana. Untuk buku Hawking tu, malas lah aku nak komen. Sama
ada metafizik atau fizik, malas lah aku nak bincangkan hubungan kedua-dua benda
tu. Ramai ahli sains barat akan pilih untuk tidak masukkan perkara metafizik
dalam pengkajian mereka. Alasan mereka sama seperti dulu, metafizik itu bukan
scientific. Seperti kau cakap, makna sains mereka dah lain, seperti juga
epistemology ataupun methodology mereka, semua dah lain, mereka semua berpegang
dengan pegangan Naturalism.
Ulasan
Catat Ulasan