Bab 26 Psych Schizophrenia

Teringat anime Tokyo Ghoul season 2.

“Compared to Mom, who reached Assistant Special Investigator at a young age, my father couldn’t get promoted, no matter how long it took. There were even those who called him a quinque-crazy oaf……..

As long as he could get revenge, as long as he had a strong will and a purpose, rank and status were nothing. That’s what my father said.”

Ya, betul di dunia seandainya kau ada will dan impian berserta kekuatan, kau tak perlukan rank dan status. Semua itu tidak penting, Kalau kau ada impian kau tidak akan kisah apa yang orang lain akan cakap. Biarlah mereka menghinamu, mengkritikmu, atau merendah-rendahkan dirimu, tetapi impian kau yang akan menemanimu. Walaupun mereka cakap yang kau hanya pandai berkata-kata tapi tidak pandai memimpin, kau tidak kisah kerana kau memang tidak kisah. Kalau kau ada idealism kau akan tidak kisah seandainya mereka katakan yang kau ini hanya pandai berkhayal tinggi tapi tidak tahu berbuat apa-apa. Kau tidak kisah, kerana kau ada idealism, bukan macam mereka yang tiada idealism, hanya menjadi pak turut, hanya menjadi mangsa kapitalis yang tidak sedar diri. Kau tidak kisah dengan dunia perlumbaan sebab bagi kau semua itu sia-sia. Perlumbaan yang manusia ikut untuk mencapapkan kemenangannya. Kau tidak kisah semua itu. Kau tidak kisah seandainya mereka katakan kau ini tidak berguna, sampah masyarakat, dan sebagainya, kerana kau ada idealism yang kau fikirkan. Kau tidak kisah seandainya mereka mengomen kau, dan kau juga tidak akan mengomen mereka balik, sebab kau tahu bahawa manusia yang kuat mengomen pandai spin ayat sehinggakan dia menang berkata-kata. Kau tidak kisah semua itu, sebab…kau memang tidak kisah semua itu, kerana kau penat dengan idealism kau… dan kau penat untuk melayan komen mereka. Kau tidak kisah… kerana kau ada impian. Dan disebabkan kau tidak kisah, maknanya kau tahu bahawa kau juga tidak boleh mengomen sesiapa kerana kau mengambil jalan itu, jalan orang yang tidak kisah dengan mereka yang kaki komen….

Dunia ini seperti apa yang kawan aku pernah katakan, kau akan dikomen. Semua perkara yang kau buat akan dikomen, mungkin ada baiknya dan mungkin ada buruknya. Tapi sebelum kau mengomen hidup orang lain, aku nak tanya, apa impian kau? Adakah menjadi hamba kapitalis yang berwawasan tinggi? Atau adakah kau hanya masuk dalam perlumbaan manusia mengejar dunia? Atau kau tiada impian? Kalau kau tiada impian jangan putus asa cari impian kau, tapi kau perlu ingat kau akan dikomen oleh mereka yang ada impian….. sebab mereka lupa, dahulu mereka pun seperti kau..tiada impian….. Jangan putus asa sebabnya asa itu bukan seperti tali yang boleh putus. kah kah kah. Good Luck Hidup semua. Cari impianmu, buat impianmu, jangan lupa lumrah hidup manusia, seandainya kau belum jumpa lumrah hidupmu… cari kerana lumrah hidup itu perlu difahami dan dihayati dengan mendalam…. Dan jangan kerana si pengkritik, kau berputus asa hidup…. Cari jawapan untuk persoalan hati kau, bukannya sekadar jawapan untuk soalan si pengkritik dan si kaki pengomen. Ingat jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu golongan……….

……….

Aku ada seorang kawan. Dia ini bekas lecturer di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Walaupun dia lebih tua daripada aku, tapi aku menganggapnya sebagai kawan. Dia juga seperti itu. Dia berhenti menjadi lecturer kerana dia menganggap itu bukan bidang dia. Dia malas mengajar sesuatu kepada mahasiswa di mana mahasiswa itu pun kelihatan seperti malas untuk belajar. Dia pernah  beritahu aku bahawa kebanyakan mahasiswa datang ke universiti bukannya untuk belajar tetapi hanya datang untuk bersuka-ria. Dia juga cakap bukan semua mahasiswa begitu tetapi seperti biasa kerana nila setitik rosak sebelanga susu.

Dia beritahu aku bahawa kebanyakan mahasiswa ini hanya belajar kerana exam. Mereka hanya akan buka buku ketika musim peperiksaan sahaja. Malang sekali tiada mahasiswa yang benar-benar ingin belajar. Mereka hanya faham sesuatu mata pelajaran itu dan mengikut membabi buta. Mereka tidak tahu apa kekurangan sesuatu formula/teori/pendapat/hukum(law). Mereka sekadar faham  tetapi tidak boleh mengkritik dan seterusnya tiadalah inovasi dalam sesuatu ilmu. Berapa lama lagi kita perlu menunggu untuk melahirkan ahli ilmu yang betul-betul berilmu, bukannya sekadar ahli ilmu yang hanya tahu taqlid buta dan tidak tahu apa kelemahan sesuatu teori/pendapat/hukum/etc itu. Dia juga tahu bukan semua mahasiswa seperti itu.

Dia pernah menasihatkan aku bahawa jangan terpengaruh dengan ucapan siapa-siapa. Dia pernah beritahu aku bahawa jangan taqlid buta dan jangan percaya 100% apa yang dicakapkan oleh seorang lecturer/guru, kerana dia cakap bahawa lecturer juga seorang manusia. Tetapi harus menghormati lecturer/guru kerana merekalah yang memberi manusia erti ilmu. Dia juga berkata bahawa jangan memandang rendah seorang lecturer/guru, atau lebih lengkap lagi jangan memandang rendah sesiapapun. Ilmu itu milik Allah,, dan jangan kerana ilmu kita memandang rendah orang lain. Manusia itu ada kelebihan masing-masing dan juga kelemahan masing-masing. Sebagai anggota masyarakat kita harus faham dan terima semua itu. Dan mungkin boleh diusahakan dan dibantu untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Amad, CGPA kau berapa?”

“2.9.”

“Kau ni belajar atau tak?”, soal dia lagi.

“Belajar.”, jawab aku ringkas.

“Belajar tapi kau tak minat?”

“Bolehlah macam tu.”

“Amad, CGPA itu penting. Bukankah kau nak sambung master , lepas tu sambung PhD?  Mungkin boleh nak sambung belajar, tapi Mad nanti kau perlukan duit. Kalau kau bagus CGPA nanti kau akan ada peluang untuk dapat biasiswa…”

Dia sambung lagi

“Amad, CGPA ni boleh jadi fitnah. Takut suatu hari nanti CGPA kau akan menjadi fitnah untuk kau.”


Aku pun ada seorang kawan yang berkata seperti itu. Ya, CGPA boleh menjadi fitnah. Rendah atau tinggi nilai CGPA pasti akan dijadikan fitnah. Semua yang kita lakukan pada hari ini berpotensi untuk dijadikan fitnah. Mungkin ya, mungkin tidak.























Ulasan

Catatan Popular