Bab 25 Psych Schizophrenia

Aku dan Narsha berjalan-jalan kat KLCC, lepak  kat luar bangunan KLCC, kalau korang tahu kat kawasan taman KLCC. Biasanya hujung munggu aku hanya tidur 12 jam, kah kah kah, tapi hari ni aku boleh lepak dengan awek aku, s**t, bajet awek konon, tepuk sebelah  tangan adalah …kah kah kah …loser. Dia ni tiba-tiba ajak aku lepak kat KL. Nasiblah dekat dengan universiti aku. Dia cakap jumpa di KL Sentral. Lepas tu gerak sekali pergi KLCC. Tepat 7 petang aku sampai di KL Sentral.

Dia ni jenis tepati  masa. Aku sampai lambat 5 minit, apa lagi aku pun kena goreng dengan dia punya mulut. Kah kah kah. Rare awek macam ni, biasanya perempuan ni nak siap-siap perlukan tiga jam. Mandilah, make uplah, in the end muka sama ja, bezanya make up tebal. Teringat kawan aku, dia pernah cakap “perempuan ni tak lawa, kalau kau mahu tahu dia lawa atau tak , suruh dia buang make up, baru kau boleh puji awek tu lawa atau tak”.  Tapi , aku tak kisah sangat pasal awek lain, hidup mereka, suka hati diorang lah. Aku kisah pasal awek perang seorang  ni. Awek yang aku nak pegang tangan tapi sampai sekarang semuanya hanyalah khayalan tingkat tinggi. Kah kah kah.

Sampai di KLCC , aku dan awek ni terus pergi kat Taman yang berdekatan dengan KLCC.  aku tak tahu apa nama Taman tu. Buang memory otak aku jer nak hafal nama tempat. Masa tu dah azan Maghrib. Aku pun nak solat dulu. Aku ajak dia, dia hanya mengangguk, dan suruh aku pergi dulu.  Hah, apa komen korang, korang kan raja komen, korang ingat aku ni jahat aku tidak boleh solat, korang ingat orang jahat macam aku tidak boleh solat. Korang kan baik, langsung tiada kejahatan yang korang buat. Sebab tu korang seorang jer yang layak solat, orang jahat tidak layak solat. Macam tu er korang punya akal? Tulah lain kali jangan layan banyak sangat perasaan, nanti jadi mangsa romantik yang tiada otak…Kah kah kah. Korang terasa tak. Hati korang kan baik, conform tak terasa. Jangan marah, gurau. Aku jahil tak?

Habis solat, aku terus gerak pergi beli air. Nak bagi awek ni minum, barulah macam lelaki sejati. Kah kah kah. Loser tahap s. Lepas tu, aku cepat-cepat pergi ke Taman tu, tak pasal-pasal awek ni marah lagi, malas aku nak dengar dia menggoreng ayat. Macam machine gun di dalam game Uncharted. kah kah kah. Tapi dia ni nampak lawa kalau marah. Kalau dia marah, aku hanya perlu pandang mata dia lama-lama, akhirnya muka dia jadi merah dan terus berhenti marah. Lawa bro. Korang ingat awek yang rambut perang ni jahat, bohsia, bukan semua bro. Ada di kalangan mereka ni jadi macam tu sebabnya persekitaran tak pun sebab mereka nak memberontak , mereka nak layan anarki. Tapi mereka ni ada yang wise, sebabnya pengalaman hidup mereka ajar diorang untuk kenal dunia dari pandangan lain, dari sudut yang lain.

You know – pain is fun because it tell you that your heart is not fully broken yet, that is why you must feel pain deeply, so you can see this world through the eye of ...............

Masa aku sampai di kawasan Taman tu, aku terlihat dia sedang duduk seorang diri. Aku tidak nampak dia jelas, tapi  nasib baik aku bawa cermin mata aku, dan lampu yang diletakkan di tepi taman pun agak terang. Masa aku pandang dia, hati aku rasa something. Korang pernah nampak tak macam mana seseorang tu duduk sorang-sorang, lepas tu timbul suatu perasaan yang menampakkan orang tu nampak seperti orang yang rasa bersendirian. Korang faham tak. Macam ni, korang nampak seseorang tu tengah bersendirian, tiba-tiba muncul perasaan di hati korang yang mengatakan bahawa orang yang bersendirian itu tengah merasa lonely. Suatu pandangan yang menampakkan perasaan lonely melalui pandangan kita. Aku rasa dia ni tengah rasa lonely, tapi dia selalu sembunyikan perasaan dia. Tapi aku kan raja berlakon di dunia realiti, maknanya dia tidak boleh tipu aku. Semua manusia itu boleh membaca raut wajah seseorang.

Malam yang gelap gelita pun menjelma, di saat itu aku masih memandang dia dari jauh (lama giler aku pandang dia..Kah kah kah... ). Dia hanya memandang tasik buatan tu, dengan pandangan kosong. Mungkin dia tengah terkesima dengan cahaya yang berwarna-warni tu. Kenapa hati aku rasa macam ni? Awek ni…air muka dia nampak sedih. Salah satu sebab kenapa aku suka awek ni. Mata dia macam menyembunyikan suatu lagu yang berkumandang di hatinya. Mata yang memberitahu semuanya, walaupun mulutnya tersenyum tetapi matanya tidak tersenyum. Kan lagi lawa kalau mulut dan mata dia pun tersenyum. Aku tak tahu lah apa yang  menyebabkan dia seperti itu. Aku malas nak tafsir manusia . Aku takut aku terperangkap dalam hidup mereka, tetapi awek ni seperti mereka yang boleh menarik orang lain untuk mentafsir seseorang.

Aku pun berjalan dan duduk dekat dia. Dia hanya tersenyum. Nasib dia tidak marah sebab aku datang lambat.

“Nah air.”

“Thanks. Nanti aku bayar balik.”

“Takpe. Takpe. Aku nak belanja awek aku.”

Dia hanya tersenyum. Aku tahu dia anggap aku sekadar bergurau. Tapi ada probability yang tinggi yang dia ni tahu yang aku suka dia. Tapi, lantaklah, malas nak layan semua tu. Harapan yang sia-sia. Jangan terlalu berharap benda-benda macam ni. Useless. Layan your life.

“Amad, aku nak beritahu kau sesuatu.”

Aku hanya berdiam diri.

“Tahu tak kenapa aku selalu merasa kosong?. Kosong sangat. Bukan kosong sebab rasa bosan, tapi kosong sebab rasa kosong.”

Kosong sebab rasa bosan. Ya, ada manusia yang rasa kosong kerana berasa bosan. Mereka tidak tahu apa itu rasa bosan, apa itu rasa kosong. Perasaan kosong tu datang, sebab seseorang itu merasa bosan. Ada juga manusia yang merasa kosong sebab bukan kerana rasa bosan tetapi kerana rasa kosong. Mereka ini biasanya selalu merasa kosong. Ya, rasa kosong itu boleh dibuang seandainya melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi bukankah pekerjaan itu hanyalah alasan untuk melupakan rasa kosong. Berapa ramai manusia yang lupa rasa kosong kerana terlalu dipengaruhi dengan kehidupan moden. Berlumba-lumba dalam kehidupan moden. Mereka ingat perlumbaan itulah ubat yang sesuai untuk mengisi hati mereka yang kosong.

Rasa kosong yang datang bukan kerana hidupnya bosan, tetapi dia tertanya-tanya adakah apa yang dia lakukan sekarang bermakna. Adakah pekerjaan yang dia lakukan sekarang bermakna, bukannya pekerjaan yang boleh menyebabkan manusia lupa akan lumrah seorang manusia. Lihat saja, kehidupan manusia moden, adakah mereka gembira dengan perlumbaan pengumpulan harta? Mungkin mereka gembira, tetapi adakah mereka juga akan merasa kosong suatu hari nanti? Sebab itulah, seandainya aku merasa kosong, aku tidak akan berbuat apa-apa, aku hanya melayan rasa kosong itu dan akhirnya aku tahu apa yang perlu aku buat untuk mengisi kekosongan aku. Pekerjaan yang bagi aku pekerjaan yang tidak palsu. Mengharmonikan teologi-falsafah dan sains. Tapi in the end, aku masih juga merasa kosong. Apa yang kurang?

“Aku pun tidak tahu Narsha. Aku pun selalu rasa kosong.”

“Rasa kosong sebab kosong atau rasa kosong sebab bosan?”

“Dua-dua sekali.”

...
“Amad, sejak bila kau solat.”

“Aku start solat masa umur aku 18 tahun. Masa tu aku sebilik dengan seorang kawan. Dia ni kaki masjid, tetapi perangai macam sial. Sebab itulah aku tertanya-tanya kenapa dia macam tu. Walaupun dia ni perangai macam sial, tapi hidup aku ajar aku untuk tidak nilai manusia on the spot. Aku menjadi rapat dengan dia, dan dia ajar aku Islam. Sebenarnya perangai dia baik. Cuma kita biasanya bias dengan manusia lain. Misalnya apabila orang jahat berbuat jahat, kita tidak terasa apa-apa, sebab kita tahu perangai dia sial. Macam itu juga apabila orang jahat melakukan kebaikan, kita malah akan memujinya. Tapi bagaimana pula dengan orang yang baik melakukan sesuatu perkara yang buruk di pandangan mata kita? Di situlah lahirnya bias. Apa yang kita akan cakap. “Kaki masjid tapi perangai syaitan”. Ya, mungkin ada yang hebat agama tapi jahat, tapi ingat ada juga yang hebat agama dan baik. Begitu juga ada yang jahil agama tapi baik, dan ada juga yang jahil agama dan pada masa yang sama dia jahat, perangai macam sial. Sebab itulah jangan tafsir manusia berdasarkan nafsu jahat hati kita. Kalau kita tafsir manusia berdasarkan nafsu jahat maka kita akan menilai manusia secara tidak adil.”

Dia hanya diam.

“Narsha, apasal tak tunjuk kearnakian kau?”

“Maksud kau?”

“Bukankah apa yang aku cakap itu ada kelemahan?”

“Maksud kau kerana nila setitik rosak sebelanga susu?”

“Ya.”

“Aku malas nak komen nila tu. Bukankah kau mencadangkan untuk lebih memandang susu tu daripada memandang nila tu?”

“Ada kalanya kita juga harus memandang nila. Untuk belajar apa perbezaan susu dengan nila.”

“Amad tak sangka kita bincang benda ni. Kita ni orang nampak macam dating, tapi bincang benda ni. Kalau ada orang dengar mesti mereka maki. Dating tapi bincang pasal Islam. Aku lagi teruk. Dah tak pakai tudung tapi bincang Islam.”

“Sejak bila kita bincang Islam?  Kita bukan bincang pasal Islam. Kita tengah bincang pasal apa yang kau nak tahu. “

“Alasan.”

“Narsha, biarlah apa yang mereka nak cakap. Bukan mereka dengar pun.”

Dia ni dah berubah. Kenapa dia tidak tunjukkan kearnakiannya? Kenapa? Kerana dia rasa kosong? Bukankah kalau rasa kosong tu, kalau diisi dengan anarki mesti rasa macam kena simbah minyak panas? Sebabnya akal tak kan berhenti mencari kesalahan sesuatu sistem? Bukankah begitu? Atau ada sesuatu yang aku tidak nampak? Ada something missing? Missing in the moment? Bukankah berdasarkan Heisenberg’s Uncertainty Principle, mengatakan bahawa kita tidak akan tahu dengan certain kedua-dua “benda” dalam masa yang sama? Mungkin aku pasti “benda”  ni, tapi ada “benda” yang aku tidak pasti? Heisenberg’s Uncertainty Principle, macam mana kalau aku falsafahkan benda tu?

Sebelum balik, aku dan Narsha lepak di Kinokuniya. Seperti biasa, awek ni tengah layan history. Tak pun layan falsafah atau layan Sociology. Aku layan fizik, kah kah kah. Nerd sial.

































Ulasan

Catatan Popular