Bab 2 : si pencari fantasia

2   Cerita Bermula

Aku ke sekolah bersama dengan Han. Ada beberapa kelas yang aku hadiri tanpa paksaan. Kelas pilihan aku bukan pilihan orang lain, salah satu perkara yang membezakan era ini dan era  zaman dahulu.

Aku masuk ke dalam kelas. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Sains Surya, salah satu sekolah terbaik di Bandar ini. Sekolah ini mempunyai sistem pendidikan yang lain daripada sekolah di luar sana. Semua sekolah di bandar ini mempunyai sistem pendidikan yang berlainan antara satu sama lain tanpa dikawal oleh mana-mana pihak atau organisasi.

Aku seronok bersekolah di sini, walaupun ada kalanya aku terasa bosan, terutamanya apabila aku terpaksa bersosial. Bersosial adalah salah satu kelemahan aku kerana aku malas nak berlakon depan manusia. Salah satu petanda bahawa minda aku rosak.

Beberapa minggu yang lalu selepas Han memberi aku game “Tree Party”

Aku memakai gelang itu dan memakai cermin mata yang diberi gelaran  “Specular Game”. Di saat aku menekan kekunci  ‘on’, dunia virtual menjelma di mindaku.

Aku melihat sekeliling. Aku berada di sebuah bangunan. Tiba-tiba muncul suatu screen virtual di depan mataku. Di screen itu tertulis maklumat bangunan ini. Nama bangunan ini adalah ‘Starter’, di mana semua pemain bermula di sini. Pemain di dunia virtual ini digelar sebagai “The Virtual”. Aku pergi ke kaunter pertanyaan. Dengan sopan seorang perempuan menyambut senyuman aku.

“Selamat datang ke Tree Party Virtual Game. Boleh saya bantu.”

“Saya pemain baru.”

“Sebagai pemain baru anda boleh ke mesin sebelah kanan di bangunan utara.”

Aku pergi ke bangunan Utara dan pergi ke mesin yang disebut oleh wanita tadi. Setelah aku memandang mesin itu, screen keluar di depan mata. Ditulis bahawa mesin ini dinamakan “Virtual Mesin” di mana setiap pemain baru dikehendaki untuk memilih karakter sama ada memilih karakter “Emptiness” atau “Darkness” . Aku memilih karakter Darkness, seperti mana hati aku yang penuh dengan kegelapan kekosongan, bukan sekadar kosong.

Sebenarnya aku tidak tahu apa maksud “Darkness” dan “Emptiness” dalam game virtual ini. Aku hanya memilih “Darkness”.

Selepas itu aku menekan butang OK. Keluar screen kecil tertulis

“Selamat datang ke Tree Party Virtual. Game virtual ini adalah game yang melibatkan perasaan seseorang. Phantom akan keluar melambangkan perasaan yang ada di hati setiap pemain. Tidak kisah perasaan apa –sedih, gembira, cemburu, dengki, cinta, kecewa, dan sebagainya. Phantom akan keluar melalui perasaan itu dan menghasilkan karakter yang melambangkan perasaan setiap pemain.”

Selepas aku menekan butang OK, screen tiba-tiba bertukar hitam dan tertulis

“Perasaan anda adalah kosong-hitam”

Aku tidak faham apa maksud perasaan itu, walaupun perasaan itu ada dalam hati aku. Aku terus menekan butang OK dan tiba-tiba keluar cahaya yang menukarkan pakaian aku. Ditulis bahawa pakaian melambangkan perasaan, tetapi pakaian boleh diubah mengikut kehendak pemain.

Pakaian yang aku pakai semuanya berwarna hitam, dan keluar aura hitam, seperti mana perasaan aku. Aku terus menukar pakaian aku dengan memilih butang “setting” yang terpapar di depan mata aku. Screen itu hanya aku seorang sahaja yang boleh melihatnya. Aku menekan butang “Clothe”  dan memilih pakaian yang sesuai.

Sekarang ini aku berada di dunia game, bukannya realiti, sebab itulah aku harus pandai berlakon. Aku harus bermain game ini secara profesional kerana aku termasuk dalam generasi pertama bermain game ini. Aku ada peluang untuk membina kehidupan baru di dunia fantasi ini, dunia virtual ini.
Aku keluar daripada bangunan “Starter” dan menuju ke pusat bandar. Aku berjalan-jalan untuk melihat sekeliling dan belajar bagaimana dunia virtual ini berfungsi. Aku melihat bandar yang penuh dengan penjual, tidak seperti di dunia realiti aku. Selepas beberapa minit aku mengelilingi bandar ini, aku tersedar bahawa game ini menggunakan “background” era dahulu, di mana di saat itu duit amat penting sekali. Sangat berbeza dengan dunia realiti aku sekarang, di mana duit hanya digunakan dalam aspek tertentu sahaja.

Dalam bidang lain, manusia era ini tidak langsung menggunakan duit, tetapi mereka menggunakan nilai kemanusiaan, misalnya makanan tidak lagi dihasilkan untuk tujuan ekonomi, begitu juga dengan pendidikan, teknologi. Duit hanya digunakan dalam permainan game virtual lain, di mana duit hanya sekadar untuk membeli barang yang ada dalam sesebuah game, dan untuk mendapat duit tersebut seseorang itu harus bermain game dan bermain secara “RAID” iaitu memasuki sesuatu dungeon untuk membersihkan dungeon tersebut.

Sebab itulah duit di era ini sekadar virtual, dan benda lain diurus berdasarkan nilai kemanusiaan bukan seperti era lalu di mana sesuatu benda diurus berdasarkan nilai ukur kapitalisme. Aku bukan membenci duit, aku hanya membenci sistem yang mengawal aliran duit, kerana berdasarkan sejarah, kapitalisme lah yang banyak melahirkan manusia yang pelik.


Aku terus berjalan untuk menerokai bandar ini, dan ingin belajar apa yang ada dalam game ini. Aku nak tahu apa tujuan game ini dibuat  dan kenapa ada syarat yang mengatakan hanya orang tertentu sahaja yang boleh memasuki dunia virtual game ini. Kenapa? Mungkin ada rahsia di sebalik game ini.

Aku terus berjalan, tiba-tiba aku terlihat sesuatu. Aku menjadi hairan kerana bandar ini seperti bandar Surya, yang berbeza hanyalah aktiviti masyarakat dan bangunan sekeliling. Aku melihat air terjun buatan yang menjadi kebanggaan Bandar ini, dan aku melihat papan petunjuk yang mengatakan nama bandar ini adalah “Tree Surya Virtual” atau TSV.

Aku terus berjalan lagi. Kali ini aku hendak mengkaji apa yang ada dalam “list account” aku. Dengan niat hendak mengetahui semua itu, tiba-tiba screen muncul di depan aku. Aku menekan butang “karakter”. Dalam senarai tersebut aku terbaca mengenai “personal” aku.

Nama : Arqy

Aku yang memilih untuk gunakan nama ini.

Type : Darkness
Level : 1
Health Point : 15
Magic Point : 15.
Power : Sad-empty

Power? Aku teringat sesuatu. Mungkin ini yang mesin itu beritahu tadi. Phantom akan  muncul berdasarkan perasaan seseorang, seandainya perasaan sedih, maka phantom yang muncul akan melambangkan kesedihan, begitu juga dengan kosong, kecewa, sakit dan sebagainya. Tetapi phantom apa yang akan wujud seandainya power aku adalah sad-empty? Aku mencuba untuk mengeluarkan phantom tersebut tapi terasa susah, mungkin ada cara lain untuk aku keluarkan phantom tersebut.

Aku menekan butang “Help”

“Sekiranya anda ada masalah sila hubungi pembantu di bangunan Starter.”

Aku tekan kembali butang “personal”. Aku ingin membaca semula kelebihan aku

“Power sad-empty. Power yang boleh mengawal phantom secara sedih dan kekosongan, 

Menghasilkan kuasa yang berlainan di saat pemain merasa kosong , dan melahirkan kuasa yang juga berlainan di saat pemain merasa sedih.”

Aku terfikir sesuatu.

“Bagaimana seandainya aku tidak merasai kosong atau sedih? Apa kuasa aku? Atau phantom tidak akan keluar?”

Aku pergi ke gerbang bandar. Sekarang ini aku perlu mencari duit dengan melawan raksasa agar aku ada duit untuk membeli peralatan dan magic , dan pada masa yang sama aku boleh menaikkan level aku.

Di sana aku melihat ramai player. Mereka seperti mencari sesuatu. Aku mendekati mereka. Rupa-rupanya mereka sedang mencari ahli untuk mendirikan Guild. Mereka hendak mencari ahli agar mereka boleh tubuhkan Guild. Syarat untuk dirikan Guild adalah minimum ahli adalah 10 player.
Aku tak sangka pula aku melihat situasi seperti ini. Bukankah ini dunia virtual untuk golongan hyper-introvert? Tapi kenapa mereka seperti semangat untuk mendirikan Guild sedangkan semua introvert tahu apa itu makna sebenar kumpulan? Bukankah kumpulan itu umpama satu perigi yang tiada penghujungnya. Perigi yang tidak sesuai untuk golongan seperti aku,  introvert?

Lantaklah, mungkin mereka hendak cari sesuatu di dunia virtual ini.

Aku melihat sekeliling. Bangunan usang menemani jalan raya ini. Aku pergi ke tempat yang kurang Player, kerana aku tidak suka seandainya terlalu ramai manusia. Salah satu situasi yang menakutkan dalam hidup aku.

Aku jalan ke arah luar pintu gerbang bandar. Aku pergi ke kawasan hutan utara bandar Surya. Aku melihat peta melalui screen yang muncul di depan mata aku. Dalam hati aku, aku terfikir

“Lebih baik aku naikkan level aku. Aku tidak minat nak tubuhkan Guild atau menjadi ahli sesuatu Guild. Lebih baik bersendirian.”

Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu. Aku memandang belakang. Bunyi itu hilang. Aku lihat ke depan tiba-tiba muncul beberapa raksasa. Aku melihat screen dan tertera type raksasa ini adalah Goblin.

Type: Goblin
Level: 3
HP:100
MP:0

Purata level untuk semua Goblin ini adalah sekadar level 2. Aku perlu fikirkan sesuatu untuk kalahkan semua Goblin ni.  Magic point adalah 0. Maknanya Goblin ini tidak tahu menggunakan magic. Tapi pergerakan raksasa ini pantas. Seperti game yang pernah aku main, mungkin, salah satu kelemahan raksasa ini adalah –defense. Walaupun pergerakannya pantas tapi kelebihan itu tidak boleh menutup kelemahannya itu. Patutlah raksasa ini seperti teragak-agak untuk menyerang aku.
Masalah terbesar aku sekarang adalah aku tidak tahu bagaimana nak gunakan power aku. Raksasa itu menyerang aku. HP aku berkurangan sebanyak 30 peratus.

Shing.

Bunyi pedang bergema. Aku lihat sekeliling. Aku melihat seorang wanita sedang bertarung dengan beberapa Goblin. Aku melihat screen yang muncul di depan wanita itu. Screen ini dinamakan Virtual Screen. Screen ini menunjukkan biografi player, seperti nama, HP, MP, level, type dan sebagainya. Nama wanita ini adalah Rin, Level 5, type player ini adalah sword.

Sword? Aku tak faham. Jadi aku type apa. Aku tidak sempat untuk membuka Privacy Screen aku. Aku terkena serangan daripada Goblin. HP aku tinggal 25 %. Aku hanya mampu diam di saat raksasa itu menyerang aku. Nasib baik wanita ni membantu aku. Hanya sekelip mata semua Goblin berjaya dia tewaskan. Siapa dia?

“Hai, nama saya Rin.”

“Saya Arqy.”

“Level 1. Player baru?”

“Ya.”

“Type darkness?”

“Ya. Awak.”

“Strangeness.”

“Strangeness?”

“Ya.”

“Bukankah ada dua pilihan sahaja, darkness dan emptiness?”

“Bukan semua manusia mempunyai pilihan yang sama dengan manusia lain, seperti di dunia realiti.”
Aku hairan. Apa maksud strangeness dalam game ini? Adakah game ini berdasarkan perasaan di realiti aku, di mana perasaan itu boleh didigitalkan dan menghasilkan hologram yang digelar sebagai phantom? Mungkin. Tapi sejak bila dunia virtual ada teknologi seperti ini?

Baru aku faham. Mungkin game ini berbeza dengan game virtual lain.

“Rin, macam mana nak gunakan power?”

“Awak perlu rasa.”

“Rasa?”

“Ya,” jawab dia ringkas.

“Sword dan empty?”

“Selain Sword, saya juga adalah type empty atau lebih dikenal power empty. Awak?”

“Empty-despair.”

“Empty-despair?”

“Ya.”

Dia hanya diamkan diri. Wanita ini seperti menyembunyikan sesuatu. Dalam dunia game ni aku tidak boleh percayakan sesiapa. Seperti juga di dunia realiti, setiap manusia ada kehendak masing-masing.

“Arqy, awak boleh guna kedua-dua power. Maknanya power itu akan dikeluarkan berdasarkan perasaan awak.”

“Jadi pedang tu?”

“Ini dinamakan sub-class. Awak boleh pilih sekiranya awak level 5.”

“Aku lebih suka pilih sub-class ini.”


“Maafkan saya, saya nak teruskan perjalanan.”, salah satu cara aku untuk lari daripada manusia.

“Awak nak ke mana?”

“Tidak tahu.”

“Saya nak ikut.”

“Maaflah saya tidak percayakan awak.”

“Saya tetap akan ikut awak.”

Rin ni susah nak handle. Salah satu type manusia yang boleh menjadi musuh aku. Tapi aku tidak tahu dia yang sebenarnya bagaimana.

“Arqy, tahu tak untuk siapa game ini divirtualkan?”

“Untuk golongan introvert.”

“Dan?”

Aku diam. Dan? Apa maksud dia -dan? Banyak benda yang aku tidak tahu.

“Untuk golongan introvert  sahaja?”

“Ya.”

“Arqy, nak tak kita bekerjasama?”

“Tak nak.”

“Kenapa? Adakah disebabkan game ini untuk golongan introvert dan awak menganggap semua introvert itu antisosial? Adakah awak menganggap yang saya ini tengah berlakon extrovert?”

“Ya. Saya tak percayakan awak.”

“Saya tidak kisah pun. Saya dah ambil keputusan untuk bekerjasama dengan awak.”

Pelik punya wanita. Inilah salah satu perkara yang paling aku takutkan. Berkawan dengan wanita, terutamanya wanita type ini. Happy go lucky. Dangerous type of person.

Tapi apa aku boleh buat. Mungkin aku boleh gunakan dia untuk naikkan level aku dan pada masa yang sama aku boleh tahu bagaimana nak hidup di dunia virtual ini. Aku tak nak dunia virtual aku sama dengan dunia realiti aku.

“Baiklah, dengan syarat, awak kena ajar saya bagaimana nak naikkan level dan beritahu saya lebih lanjut mengenai game ini.”

“Ok, boleh. Dan dengan syarat awak kena add saya di Friend List awak.”

“Boleh.”

Aku menekan Screen privacy aku dan menekan butang ADD untuk jadikan dia sebagai friend aku, walaupun aku langsung tidak anggap dia sebagai kawan. Di dunia ini, tidak kisah dunia realiti atau virtual, perkataan kawan sudah lari maksudnya. Manusia itu berkawan dengan seseorang hanya kerana untuk kepentingan dirinya sahaja.

“Arqy, awak ni type mengkhayal.”

“?????.”

“Jangan lost in thought. Bahaya, kerana berfikir itu boleh menimbulkan kekosongan di dalam hati.”

“Bukan semua.”

Dia sekadar senyum. Aku dah agak wanita ini sangat berbahaya. Macam mana dia tahu seandainya berfikir boleh membawa kekosongan di dalam hati, sedangkan bukan semua manusia tahu benda itu. Adakah dia pernah rasa?

“Arqy, jom pergi mengembara. Kita boleh mengelilingi dunia virtual ini dan lupakan dunia realiti.”

Ya, wanita ini pelik. Aku perlu berhati-hati. Karakter aku dan dia berbeza. Mungkin dia introvert jenis lain.

“Arqy, eh… aku nak panggil awak Narqy, senang sikit.”

“Suka hati awak.”

Ini semakin parah. Aku tidak boleh masuk dalam perangkap perempuan ini.

“Narqy, sekarang ni kita akan ke bandar Srivijaya. Tapi sebelum tu kita kena naikkan level, sekurang-kurangnya level 10.”

“Ok.”

“Awak ni jenis tidak banyak bercakap.”

“Ya, maaf seandainya saya membosankan awak.”

“Jangan risau.”

Apa yang perlu aku lakukan. Adakah dia sengaja rapat dengan aku kerana dia hendak mencuri item aku. Ya, aku ada item rare. Dan semua player mendapat item rare, dan item itu diberi berdasarkan perasaan seseorang.

“Narqy, saya percayakan awak. Maknanya awak kena percayakan saya.”

“Tidak, saya tidak percaya sesiapa pun di dunia virtual ini.”

“Hmmmm.”

Dia sambung lagi.

“Awak ni jenis introvert yang anti-sosial kan?”

“Ya.”

Dia diam.

Selepas beberapa jam aku berada di dunia virtual, aku log out. Esok sekolah. Walaupun ada kalanya aku rasa boring pergi sekolah, tapi siapa aku nak cakap sekolah itu boring, sedangkan manusia lain boleh hidup gembira di alam persekolahan.


Kenapa aku rasa seperti ini? Apa makna semua ini? Nasib baik aku jumpa game Tree Party. Mungkin aku akan tahu apa jawapan untuk persoalan aku. Mungkin.














Ulasan

Catatan Popular