Bab 3 : si pencari fantasia
3 Sebenarnya
Tahun 2015
Aku ada penyakit. Penyakit aku adalah aku tidak suka realiti aku. Aku tidak
suka perlumbaan manusia dalam dunia moden ini. Aku rasa bosan dan bising.
Disebabkan aku telah lama ada penyakit ini, aku telah dipengaruhi dengan dunia
ilusi, dunia fantasi. Ada kalanya juga aku tidak boleh bezakan apa itu ilusi
dan apa itu realiti. Aku boleh masuk ke dalam ilusi aku bila-bila masa sahaja.
Ilusi aku nampak seperti realiti, hinggakan aku boleh masuk ke era 2200, era di
mana aku masuk ke dunia virtual.
Masa aku banyak dihabiskan di dunia fantasi dan dunia virtual itu. Aku
tidak suka realiti kerana realiti hanya memberi kekosongan kepada hati aku.
Hati aku sentiasa kosong, tetapi sejak aku boleh masuk ke dunia fantasi itu,
hati aku seperti ada sesuatu. Aku tahu mungkin itu sekadar ilusi, tetapi apakan
daya, dunia fantasi aku lebih kuat pengaruhnya daripada dunia realiti.
………..
“Amad, bangun.”, ini nama aku ni dunia realiti aku. Di dunia fantasi aku
digelar Syauqi, dan di dunia virtual/game aku hanya meletakkan nama aku sebagai
Narqy.
“Amad, cepat bangun, nanti lambat pergi sekolah.”
Inilah hidup aku. Secara jujurnya aku tidak suka datang ke sekolah. Aku
rasa kosong. Aku tidak suka bergaul, sebab aku tidak boleh masuk dalam
perbualan mereka. Aku sekadar berdiam diri sekiranya perbincangan berlaku di
depan mata aku. Aku rasa kosong. Aku tidak suka dunia ini. Aku nak masuk ke
dunia fantasi aku, tetapi masalahnya aku berada di sekolah. Seandainya aku di
rumah, aku hanya perlu berkurung di dalam bilik dan hanya perlu pejamkan mata
untuk masuk ke dalam dunia fantasi aku. Aku rindu game itu.
“Amad, habis sekolah free tak?”
“Tak.”, aku tipu.
Aku malas nak lepak di tempat yang bagi aku menakutkan. Ramai manusia –aku
tidak suka tempat seperti itu.
“Kau nak main game lagi?”
“Ya.”
“Amad, buang masa main game. Lepak dengan kami, jom jalan-jalan boleh usha
awek.”
“Malaslah.”
Aku bosan dengan semua itu. Aku hanya ada dunia fantasi aku. Aku hanya ada
dunia virtual aku. Semua itu memberikan aku rasa puas walaupun ada kalanya aku
penat di dalam dunia fantasi itu. Aku penat berada di dunia realiti. Aku penat
berada di dunia fantasi. Aku penat berada di dunia virtual. Aku tidak tahu nak
ke mana lagi. Sebab itulah aku memilih dunia fantasi dan dunia virtual, secara
terpaksa. Aku rasa seronok di dalam dunia itu. Aku boleh mengembara di dalam
dunia fantasi aku. Aku boleh berjalan di dunia virtual itu walaupun semua itu
hanya ilusi minda aku.
“Kelas batal!”
“Yes.”
Aku cepat-cepat mengangkat beg aku. Aku
ada hal nak layan di bilik aku. Rumah aku tidaklah jauh dari sekolah, kira-kira
2 kilometer sahaja. Aku biasanya menaiki basikal ke sekolah. Aku cepat-cepat membuka kunci basikal aku, dan
terus mengayuh laju ke rumah. Di simpang jalan raya, aku terpandang seseorang.
Dia bersendirian. Seorang perempuan. Aku hanya memandang dia dari jauh. Dia berjalan seorang diri. Dia memandang aku,
dia senyum. Aku terpaksa berlakon untuk balas senyuman dia. Tetapi kenapa mata
dia...... Ah, aku bukan kenal dia pun, kenapa aku nak ambil kisah hidup dia.
Buang masa aku sahaja.
Dia senyum lagi.
Aku pandang tempat lain. Aku malas nak tegur dia. Aku takut aku
terperangkap dalam dunia perempuan itu. Walaupun dia cantik tapi aku dah penat
melayan dunia romantik. Dunia romantik tidak sesuai dengan aku. Aku rasa kosong
di saat aku melayan romantik. Aku pandang dia sekali lagi. Dia melihat aku. Dia
senyum lagi, tapi aku malas nak membalas senyumannya.
Minta maaf. Aku tak nak menyakitkan hati aku lagi kerana seorang perempuan.
Buat apa cinta itu muncul di dalam hati aku, seandainya cinta itu sekadar
menyakitkan aku. Lebih baik cinta itu tidak pernah muncul di dalam hati aku.
Dan hyper-introvert juga tidak layak merasakan cinta kerana cinta itu sekadar
ilusi berdasarkan pandangan mata hypert-introvert.
Aku cepat-cepat mengayuh basikal aku.
Disaster datang. Rantai basikal aku tidak lagi mengikuti kehendak hati aku.
Rantai itu terbuka dan lari daripada petunjuk besi gear itu. Aku berhenti. Aku
mencuba membaikinya. Dia datang menghampiri aku. Nasib baik aku hanya perlukan
beberapa saat untuk sesuaikan rantai basikal aku.
“Hai Amad.”
“Hai.”
Bagaimana dia tahu nama aku? Lantaklah, aku bukannya dapat apa-apa andai
kata dia tahu nama aku.
“Bye. Aku nak cepat ni. Ada hal.”
“Ok.”
Alasan aku nak lari daripada realiti. Alasan yang aku selalu guna seandainya
aku nak lari daripada realiti. Realiti aku tidak seronok. Aku nak cepat-cepat
balik rumah dan berkurung di dalam bilik aku. Tempat itu adalah dunia aku.
Walaupun sempit, tapi aku rasa luas. Kerana aku ada dunia fantasi aku dan dunia
virtual aku. Aku seronok masuk ke dalam lautan fantasi, kerana di lautan itu
lah aku mengenal lautan virtual.
“Bye.”
“Bye. Amad, jumpa esok.”
Aku hanya senyum. Jumpa esok? Apa maksud dia? Ini pertama kali aku melihat
muka dia. Eh, jap, macam aku pernah tengok muka dia, tapi, kat mana? Kelas? Ah,
buang tenaga otak aku saja fikir benda tu, lebih baik aku fikir benda lain.
Aku malas nak ambil kisah. Aku dah cakap dengan hati aku, aku tak nak
terperangkap dalam dunia perempuan itu. Walaupun dia cantik, tetapi dunia
fantasi aku lagi indah, dunia virtual aku lebih indah.
Aku juga malas nak melayan romantik di dunia realiti. Di lautan realit ini,
tidak ada sudah makna romantik. Di dunia realiti moden ini, tidak ada lagi
kisah romantik yang sebenarnya. Aku lebih suka melayan romantik di dunia
fantasi aku dan di dunia virtual aku. Walaupun romantik itu palsu, tapi minda
aku susah hendak keluar daripada dunia fantasi itu. Di suatu saat dulu, aku
melayan romantik di dunia fantasi, walaupun rasa kosong tapi jika dibandingkan
di dunia realiti, kosong itu lebih kuat di dunia realiti.
Aku penat.
Aku betul-betul penat.
Tapi aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
Aku penat di semua dunia itu.
Aku nak lari daripada semua itu,
tapi aku tidak tahu bagaimana?
Dan, aku malas nak fikirkan semua itu.
…
Aku sampai di rumah. Aku membuka pintu rumah aku. Aku ke dapur. Makan.
Minum. Dan terus menuju ke bilik aku. Aku menutup pintu bilik aku. Memasang air
cone. Aku duduk di meja aku. Tutup mata dan akhirnya
“Welcome to fantasy.”
Aku membuka mata. Aku melihat di luar tingkap. Aku nampak air terjun. Aku
sekarang berada di dunia fantasi aku. Aku berada di Bandar Surya. Aku melihat
kembali ke atas meja aku. Aku lihat gelang dan sebuah cermin mata. Aku terus mengambil gelang dan cermin mata
itu dan memakainya.
Aku masuk ke dunia
virtual aku.
Ulasan
Catat Ulasan