terfikir
·
susah nak jadi berilmu ni,
·
kerna banyak perkara yang aku tidak ketahui,
·
dan banyak perkara yang aku tidak dapat kuasai.
·
perkara yang pandai dan perkara yang bijak
diuruskan caranya, aku tidak ketahui lagi tidak kuasai.
·
susah nak jadi berilmu, kerna basic aku tiada
·
al-quran – baca, faham
·
ilmu fardhu ain aku rendah
·
dan pandangan alam juga ke arah hedonism dan
anti social…… introvert mungkin lebih tepat
·
tapi, aku minat fizik….
·
aku nak aku dibantu wahyu untuk memajukan fizik,
·
walaupun ramai mungkin gelakkan aku….
·
Fizik... alat untuk hasilkan teknologi atau
memajukan lagi teknologi
·
tapi, bagaimana kalau fizik itu digunakan untuk
menerangkan alam?
·
alat untuk menerangkan alam?
·
Boleh fizik menerangkan alam dengan bantuan
matematik?
·
fizikkisah tak mengenai reality sebenar,
sedangkan fizik digunakan untuk menolak reality sebenar?
·
adakah ini bermakna definisi sains itu telah
rosak?
·
maka harus buat definisi sains yang berdasarkan
pandangan alam islam yang sebenar?
·
Tapi apa dan bagaimana?
·
sains dianggap bebas nilai, tapi kenapa menolak
nilai ketuhanan?
·
kenapa dianggap berbeza?
·
atau, nak senang anggap sahaja fizik itu alat…
·
tapi, alat untuk menerangkan alam?
·
alat untuk menerangkan fenomena alam, alat untuk
menerangkan kejadian alam?
·
bolehkah?
·
sains sekadar alat?
·
alat? alat?
·
boleh tak alat digunakan untuk menyentuh hati?
·
analoginya, mungkin seseorang yang kita cintai
memberi sesuatu kepada diri.
·
Allah memberi sesuatu kepada diri agar diri
boleh melihat ‘kebenaran’ al-Quran melalui pemerhatian alam.
·
Tapi, adakah itu adalah sains? Adakah
pemerhatian alam itu sama maksudnya dengan definisi sains?
·
Atau pemerhatian alam itu adalah ilmu lain
daripada sains?
·
sains untuk memajukan teknologi manusia?
·
Lepas maju, adakah alam rosak?
·
teknologi yang merosakkan alam?
·
mungkin bakal lahir teknologi yang tidak akan
merosakkan alam?
·
dan fikiran itu dating lagi.
·
sains untuk menyentuh hati?
·
sains untuk ‘melihat’ kebenaran?
·
sakit akal aku memikirkan….
·
dan aku nak ke arah sains sebagai teknologi.
·
hasilkan teknologi baru.
·
tapi, aku takut hati aku kosong.
·
aku takut, aku belajar sains sia-sia, andai kata
aku tidak ‘melihat’ kebenaran melalui sains, kerna aku sibuk dengan material
sahaja.
·
aku takut aku tidak dapat melihat apa hubungan
al- Quran dan alam ini.
·
akum ahu melayan fizik dengan material, tapi aku
tidak mahu tinggalkan sains sebagai idea dan falsafah walaupun akal aku tidak
dapat bertahan dengan maklumat yang aku salah susunkan dan tidak mengikuti
jadual system university aku..
·
adakah aku perlu tinggalkan sains sebagai idea
dan faksafah dan masuk 100% ke arah sains sebagai applikasi dan research…
·
sains sebagai idea dan falsafah adakah sama
dengan pseudo-science?
·
aku mungkin harus diam dan diam diammmmmmmmmmmmmmm.
·
aku malas nak fikir semua itu, kerna mengacau
otak aku untuk menjawap exam CGPA.
·
tapi, seronok pula layan semua ini, walaupun
dosa aku banyak untuk aku mendapat jawapan semua itu……
·
sains?
·
apa sebenarnya cita-cita aku?
·
aku nak bahagia bersama dengan keluarga aku………….
·
dan aku nak berkidmat kepada masyarakat, tapi,
aku tidak mahu hanya secara material sahaja…….
Ulasan
Catat Ulasan