Bab 4 : si pencari fantasia

4 Bersama


Hari sabtu (cuti sekolah)

Waktu petang

Di dunia virtual.

Aku berada di Bandar Srivijaya. Setelah beberapa pertarungan dengan raksasa, level aku dah naik. Level 10. Aku memilih sub-class sebagai virtual observer. Salah satu kelemahan sub-class ini adalah -attack medium tetapi - defense high.

Aku dan Rin berjalan keliling bandar ini.

“Arqy, hidup kau di dunia luar bagaimana?”, Rin memulakan perbualan.

“Aku tak suka bincang benda tu.”

“Kenapa?”

“Ada benda aku tak nak ingat.”

“Adakah di dunia virtual ni kau sama seperti di dunia luar?”

“Tidak.”

“Sebab?”

“Ada kau. Di dunia luar aku bersendirian.”

“Sebab itu yang kau pilih.”

“Aku suka bersendirian.”

“Kenapa?”

“Kalau berkumpulan itu ajar aku rasa kosong, kenapa aku harus masuk dalam sesebuah kumpulan?”

“You are different.”

Aku dan dia makin rapat. Tapi hati aku masih tidak mempercayainya 100% lagi. Aku tidak tahu apa muslihat dia, apa sebab dia ajak aku pergi mengembara bersama di dunia virtual ini. Aku nak tanya mengenai hidup dia, tapi aku takut, sebab ada manusia yang tidak suka orang lain tahu bagaimana kehidupannya.

Aku hairan dengan minda ini. Kenapa minda ini boleh ragu-ragu dengan ilusinya sendiri. Adakah ilusi itu adalah realiti dan apa yang ada di luar minda bukan realiti? Hati ini keliru melayan minda yang rosak ini. Tidak sangka aku boleh ragu-ragu dengan ilusi aku sendiri. Mungkin itu yang minda aku inginkan. Mungkin minda aku inginkan drama di dunia ilusi ini. Hati juga hanya mendiamkan diri dan menjadi peserta bersama minda melalui pengalaman ilusi di dunia virtual ini.


Salah satu kebodohan aku – aku ni cepat bosan. Walaupun di dunia virtual ini aku belum terokai sepenuhnya, tetapi hati aku dah rasa bosan. Hati aku dah rasa kosong. Aku penat nak layan rasa kosong. Penat sangat, sampaikan tangan aku dah banyak luka akibat pisau yang aku sampaikan ke dalam urat tangan kiri aku. Berapa kali aku nak bunuh diri kerana rasa kekosongan ini. Tangan kiri aku dipenuh dengan bekas pisau. Tetapi bekas pisau ini hanyalah ada di fantasi aku. Aku bukannya termasuk golongan yang ingin mensia-siakan hidupnya dengan membunuh diri.

“Aku rasa aku nak berhenti main game ni.”

“Kenapa?”, soal Rin dengan rasa hairan.

“Bosan dan kosong.”, balas aku.

“Kenapa kau tafsir game ini berdasarkan hati kau?”

“Sebab hati aku dah rosak.”

“Macam mana kau tahu hati kau dah rosak? Adakah hati kau rosak atau sengsara?”

“Dua-dua.”

“Kalau macam tu, jangan berhenti main game ni.”

“Sebabnya?”

“Jom, kita pergi mengembara di dunia virtual ini.”, ajak Rin.

“Adakah benda tu boleh hilangkan kekosongan hati aku?”

“Tidak. Kenapa nak buang rasa kosong itu? Bukankah perkataan ‘layan’ wujud’?”

“Layan perasaan kosong?”

“Ya.”

“Palsu.”

“Jadi kau nak give up?”

“Ya.”

Semua itu palsu. Semua itu ilusi. Aku penat melayan kepalsuan. Aku penat melayan ilusi. Aku penat melayan realiti aku. Aku penat melayan fantasi aku. Dan aku tidak mahu lagi layan virtual ini. Cukuplah aku ada dua dunia, aku tak nak tambah satu lagi. Sebab  -akhirnya, aku hanya ‘lost’ dalam dunia fantasi dan dunia realiti. Aku tak nak “lost’ di dunia virtual. Aku tak nak tambah kesakitan hati aku. Aku tak nak tambah kesengsaraan hati aku. Aku penat. Aku penat sangat dengan semua itu. Aku nak hilangkan diri, tetapi bagaimana?

“Arqy, jangan lost in thought. Nanti kau akan bertambah sengsara.”

“Sengsara? Apa benda tu?”

Dia diam sambil memusingkan kepalanya untuk memandang aku.

“Arqy, aku dah ambil keputusan. Aku dan kau akan but party dan jelajah seluruh kawasan yang ada di dalam game ini. Dalam perjalanan kita, aku nak tambah bilangan party kita. Aku namakan party ini sebagai Adventure Tree Party.”, kata dia dengan gaya hyper-active.

“Aku tak nak join.”

“Aku tidak kisah. Sebabnya aku dah ambil keputusan.”

Aku hanya diam. Manusia berkarakter seperti ini yang aku tidak suka, hanya mengganggu dunia aku sahaja. Karakter ini boleh menjadi musuh kepada manusia seperti aku. Hyper-active vs hyper-introvert. Apabila dua-dua digabungkan apa yang akan berlaku? Hyper-introvert akan sengsara. Mungkin. Itu hanya konklusi aku yang bukan berdasarkan pengalaman sendiri, tetapi pengalaman yang aku perhatikan di dalam manga atau anime rekaan manusia lain. Tapi, aku tahu, aku tidak boleh samakan dunia fantasi itu dengan dunia fantasi aku.

….

Aku mendengar manusia bersorak di hujung sana. Aku malas nak ambil peduli. Aku hanya memandang Rin. Dalam hati, aku berfikir apa yang gadis ini akan lakukan selepas ini. Adakah dia akan ke sana atau hanya berdiri di sini. Tetapi berdasarkan analisa aku terhadap karakter dia, maka di minda aku mengatakan bahawa dia akan ke sana. Bukankah golongan seperti dia minat kawasan yang ramai manusia?

...

Aku lihat sekeliling lagi. Semakin ramai pemain berlari ke arah pusat bandar. Aku terdengar mereka berkata-kata. Ada perlawanan sedang berlangsung. Antara player dengan player lain. Aku malas nak ambil peduli. Tetapi Rin tiba-tiba memegang tangan aku dan menarik aku ke arah pusat bandar.

Aku sebenarnya malas nak layan semua itu. Tiada guna, lebih baik aku tak masuk campur urusan orang lain. Lebih baik aku hanya ambil kisah hidup aku saja. Buat apa aku nak ambil kisah hidup mereka, lebih baik aku biarkan sahaja mereka seperti itu, daripada aku hanya akan menilai mereka  secara nilaian yang tidak adil seandainya aku mula mengenali mereka. Bukankah lebih baik seandainya aku tidak rapat dengan siapa-siapa. Kalau aku rapat dengan siapa-siapa maka aib aku akan tersebar meluas. Itu adalah salah satu perkara mengapa aku tidak suka bersosial. Semakin banyak kau bersosial, semakin banyak aib kau akan tersebar. Hidup aku ajar seperti itu, sebab itulah aku memilih menjadi introvert. Lebih seronok tanpa manusia yang hanya tahu mencari kesalahan dan keburukan aku sahaja, manusia yang diberi gelar sebagai kawan.

Aku hanya mengikuti Rin. Aku terpaksa ikut sahaja apa yang dia lakukan. Aku malas nak cakap perkara sama kerana dia tidak akan mahu mendengar. Dia hanya mendengar kerana hanya simbol mendengar tanpa memahami, standard manusia yang kaki berdebat. Tapi Rin ini bukannya kaki debat, dia hanya kaki memaksa aku untuk bersama dia di dalam dunia ilusi aku. Mungkin karakter dia ini sebenarnya berasal daripada hati aku dan Rin mnunjukkannya di ilusi aku. Pelik sungguh kemahuan hati aku.

Sampai di pusat bandar, aku melihat dua orang sedang bertarung. Assasin dan sword man. Seorang memakai pedang ninja dan seorang lagi memakai pedang besar. Aku sekadar memerhati dari jauh.

“Arqy, kau rasa kenapa mereka hanya menggunakan sub-class mereka? Kenapa mereka tidak menyeru phantom?”

“Mungkin mereka ingin tahu kelemahan pihak lawan.”

“Untuk?”

“Sebab bukankah phantom itu menujukkan perasaan seseorang. Seandainya salah seorang menunjukkan bentuk phantomya, maknanya dia menunjukkan perasaannya. Cuba bayangkan seorang itu phantomnya melambangkan kecemburuan, dan seorang lagi menunjukkan kecintaan, kau rasa siapa yang akan menang?”

“Berlakon.”, balas Rin.

“Berlakon?”, soal aku.

“Ya, sebenarnya dunia virtual ini bukan sekadar phantom yang penting, tapi player juga mesti pandai berlakon. Perasaan yang kau lakonkan itu boleh mengubah bentuk phantom.”

“Rin, macam mana kau tahu?”

“Sebab aku pernah berlakon dan phantom aku berubah bentuk.”

“Maknanya player boleh menyembunyikan perasaannya yang sebenar?”

“Ya.”

Aku kembali memerhatikan pertarungan mereka. Maknanya dalam permainan ini, imaginasi boleh membentuk phantom. Aku melihat sekeliling. Aku memerhatikan screen yang terkeluar di saat aku hendak mengetahui level setiap player yang bertarung itu.

Seorang level 12 dan seorang lagi level 9. Berdasarkan level, assassin itu akan kalah, tapi persoalannya level tidak menentukan apa-apa. Ia hanya menentukan nilai MP dan HP. Tapi, kenapa mereka perlu menunggu lama untuk keluarkan phantom mereka.

Mereka bertarung lagi. Bunyi pedang bergema dan player lain hanya bersorak. Player lain hanya bersorak keriangan di saat pertarungan semakin sengit. Aku hanya memerhatikan sahaja, standard manusia seperti aku. Buat apa aku nak bersorak, tak dapat apa-apa pun.

...

Sword Man tadi menunjukkan phantomnya. Bentuk bulat. tapi apa maksudnya? Aku hanya memerhatikan apa yang diimaginasikan oleh Sword Mad. Keluar aura yang menyerang Assassin. Assassin mengelak. Kali ini Assassin itu juga menunjukkan phantomnya. Burung Phoenix berwarna merah. Maknanya kuasa burung ini adalah api.

Sword Man terus menyerang. tapi kenapa Assassin dari tadi sekadar bertahan. Bukankah type assassin biasanya jenis menyerang. Mungkin dia ingin tahu kelemahan lawan dia. Yang hairannya kenapa setiap serangan daripada Sword Man tepat mengenai sasarannya? 

Aku lihat sekeliling lagi. Aku nampak bayang-bayang di belakang pokok. Ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apa imaginasi yang digunakan oleh Sword Man sampaikan dia perlukan seseorang untuk bersembunyi di belakang pokok. Apa tugas manusia yang berada di belakang pokok,?
Sekejap, apa nama Guild mereka? Aku check semula Virtual Screen dan tertera nama Guild mereka adalah Phi. Phi? Phi adalah wave function untuk quantum fizik, tapi apa kena mengena wave function dengan pertarungan ini. Adakah mereka menggunakan law fizik sebagai strategi pertarungan mereka? 

Mereka tidak tahu bahawa tragedi itu ada kelemahannya, terutamanya apabila bertarung dengan seseorang yang menggunakan strategi yang tidak boleh diterangkan menggunakan kaedah fizik, seperti stategi phschotechno.

Aku memerhatikan lagi pertarungan mereka.

Aku rasa pelik kerana setiap serangan yang dilancarkan oleh Sword Man mesti terkena sasaran. Tapi apa yang difikirkan oleh Assassin? Bagaimana dia boleh mengelak semua serangan itu. Aku nak aktifkan Observer Eye, special power untuk sub-class observer.

Seperti yang aku agak, Sword Man menggunakan ‘wave function collapse’ sebagai senjata mereka. Maknanya, semua serangan yang dilancarkan oleh Sword Man adalah dalam kedudukan superposition. Dalam bahasa mudahnya dia lancarkan semua serangan di setiap penjuru, dan disaat Assassin melihat di mana-mana arah maka wave function akan collapse dan di situlah serangan akan terjadi. Tapi bagaimana Assassin boleh mengelak serangan tersebut.

Quantum mekanik? Probabilistic? Ya, Assassin gunakan deterministic untuk kalahkan probabilistic. Tapi bagaimana? Apa imaginasi yang perlu Assassin fantasikan? Sekejap. Apa akan terjadi seandainya deterministic digabungkan dengan probabilistic? Oh ya, masa menjadi ilusi. Maknanya Assassin hanya perlu jadikan masa sebagai realiti bukan ilusi.

Selepas Assassin jadikan masa sebagai realiti,  dia jadikan pedangnya sebagai ilusi, sebab itulah dia tahu mengelak semua serangan. Tapi apa fungsi player di belakang pokok.

Vacuum? Ya, tugas player di sebalik pokok adalah menukarkan kawasan sekitar menjadi vacuum, maknanya player lain tidak boleh menyebabkan wave function collapse. Nice trick.
Hanya satu sahaja kelemahan mereka berdua. Hilangkan fungsi vacuum. Aku keluarkan imaginasi aku nak mencuba untuk masuk di dalam vacuum yang direka oleh pemain yang sembunyi di sebalik pokok.

Ya, aku hancurkan sistem mereka, dan sekarang sistem mereka bertukar ke arah klasik yang bererti quantum mekanik tidak boleh digunakan untuk sistem tersebut. Ini peluang kau Assassin.
Hanya beberapa saat sahaja Assassin gunakan untuk tumpaskan lawannya.

Tapi tidak logic, aku seorang sahaja boleh hilangkan fungsi vacuum tersebut? Level aku rendah dan imaginasi aku tidak cukup kuat kerana vacuum itu dilindungi dengan prinsip Heisenberg’s Uncertainty Principle. Prinsip lain mungkin direka agar mereka boleh menyerap tenaga rendah yang dikeluarkan oleh phantom aku di dalam vacuum tersebut. Dan perlu diingat vacuum itu bukannya bermakna 100 peratus kosong, kerana vacuum itu dibawah pengaruh Heisenberg’s Uncertainty Principle.

Ada sesuatu yang aku terlepas pandang. Apa yang dilakukan oleh Assassin? Air gap hacking! Tak kan dia hack pedang Sword Man!

Masuk akal. Sebabnya dia tidak boleh hack phantom Sword Man, sebabnya seandainya dia hack phantom itu, maka Sword Man boleh tahu bahawa taktiknya telah terbongkar. Ya, dia hack pedang itu dan jadikan pedang itu menjadi mesin classic. Maknanya pedang itu tidak boleh menerima kedatangan phantom itu, sebabnya pedang itu adalah receiver untuk phantom tersebut.

Assassin serang Sword Man setelah dia tukarkan pedang Sword Man menjadi mesin klasik, dan dia  membuat imaginasi supaya Sword Man tidak sedar. Assassin dah tahu dari awal apa kelemahan taktik mereka. Dia hanya menunggu masa untuk Sword Man keluarkan phantomnya. Di saat phantom sword Man itu keluar, dia keluarkan phantomnya untuk menjadi imaginasi yang boleh menipu mata Sword Man. Dan phatom itu yang akan menukarkan pedang Sword Man menjadi sistem klasik. Nice trick Assassin.

Tapi kenapa phantom dia tiada warna? Atau dia boleh mengawal warna phantomya?

Aku memandang dia. Pada masa yang sama dia juga memandang aku. Sekali lagi Virtual Screen muncul. Nama dia Gray The Masochist. Nama yang pelik, tapi nama dia mungkin melambangkan perasaan dia. Sebab itulah dia sesuai untuk game ini. Dia sesuai berada di dunia virtual ini. Masochist dan introvert, sesuai untuk masuk ke dalam dunia ini.

Dia masih memandangku. Rin datang mendekati aku

“Arqy, kau kenal dia?”

“Tak.”

“Kenapa dia asyik memandang kau?”

“Tidak tahu. Jom.”

“Nak ke mana?”

“Pergi kawasan yang kurang manusia. Aku tak suka tempat macam ni. Hati aku rasa lain, kepala  aku  rasa pening.”

“Ok, jom. Introvert kau makin parah. Kenapa kau takut manusia?”

“Kejam.”

“Bukankah dunia ini ilusi kau?”

“Di realiti aku takut manusia, dan tabiat itu aku tidak boleh buang biarpun semua ini ilusi.”

“Aku masih rasa takut dengan manusia walaupun di dunia virtual kau?”

“Ya, tapi takut itu aku masih boleh kawal.”

“Sampai bila? Kalau kau tidak bolek kawal, apa yang akan kau lakukan?”

“Berkurung di dalam bilik tanpa masuk ke dunia ini lagi.”

“Mustahil.”

“Kenapa?”

“Nanti kau akan bosan di realiti kau.”

“Entahlah, malas aku nak fikir perkara yang belum terjadi.”

“Hahaha.”, gelak Rin.

Aku dan Rin berjalan meninggalkan kawasan ini. Aku hanya diamkan diri sambil mendengar Rin berkata-kata. Pelik lah gadis ni, apasal banyak sangat bercakap. Dah lah banyak bercakap lepas tu suka paksa aku. Susah lah aku nak mengkhayal kalau dia ada di sebelah aku.

...

“Arqy, aku nak log out. Aku ada hal.”

“Ok.”

Bagus, nampaknya bolehlah aku bersendirian di dunia ini. Aku berjalan seorang di dalam bandar ini. Tidak banyak beza dengan bandar pertama. Aku hanya jalan di kawasan itu sekadar mencuci mata. Ketika aku berjalan, aku terlihat kedai menjual item. Aku masuk. Aku ternampak Masochist. Dia memandang aku dan senyum. Selepas tu dia keluar. Aku hanya memandang dia.

“Player, nak apa?”, artificial intelligent yang berada di depan aku menegurku.

“Saya nak item penambah HP dan MP.”

“Nak berapa?”

“7 setiap satu.”

“Ok.”

Selepas aku membayar di kaunter, aku keluar. Semasa aku nak teruskan perjalanan seseorang menegur aku dari belakang. Aku pusing dan ternampak Masochist.

“Gray.”, kata dia sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan aku.

“Arqy.”, aku sambut tangannya.

Walaupun kami boleh mengetahui nama masing-masing melalui Virtual Screen tapi bukankah perlukan sesuatu ayat untuk memulakan perbualan.

“Terima kasih.”

“Untuk?”, aku kebingungan.

“Sebab kau bantu aku.”

“Tapi aku tak bagi kesan pun kepada player tadi.”

“Ya, tapi tidak sangka kau boleh tahu kelemahan dia.”

“Dan kau pun tahu kelemahan dia.”, balas aku balik.

Aku memandang dia. Dia juga memandang aku. Mata aku ketat. Aku perlu berhati-hati. Aku tak nak percayakan sesiapa di dunia virtual ini.

“Arqy, kenapa kau nak masuk ke dalam dunia ini?”

“For killing time. Kau?”

“Nak cari kehidupan. Nak cari semangat untuk hidup di dunia realiti.”

“Adakah kau ini sama seperti di dunia realiti?”

“Tidak, di luar aku tiada tujuan hidup. Aku antisosial.”

“Dan kau belajar bersosial di dunia game ni?”

“Ya. Kau harus cuba.”

“Maaf, aku tak minat.”

“Kenapa? Bukankah kau nak killing time?”

“Ya, tapi aku suka bersendirian, sama ada di dunia ini atau dunia realiti.”

“Arqy? Apa maksud di sebalik nama kau? Anarki?”

“Aku tidak tahu. Bagaimana dengan awak, Masochist?”

“Apa pendapat kau?”

“Nama melambangkan perasaan.”

“Mungkin benar dan mungkin salah.”

“Siapa perempuan tadi.”

“Kawan.”

“Kau ada kawan di dunia ini?”

“Aku tak anggap dia kawan sampai tahap sebenar makna kawan. Aku hanya mengikuti dia.”

“Nanti perasaan kau akan berubah.”

“Maksud kau?”

“Hati kau kosong kan?”

“Ya.”

“Salah satu untuk isi hati kau adalah cinta.”

“Itu palsu. Aku telah lama cuba, tapi akhirnya hati aku bertambah kosong.”

“Kau yakin itu cinta?”

“Aku tidak tahu dan aku tidak suka nak layan benda itu di dunia virtual.”

“kenapa? Adakah kau menganggap dunia virtual ini palsu?”

“Ya.”

“Kalau macam tu, kenapa kau tetap masuk ke dunia ini?”

“Sebab di dunia realiti aku tidak tahu nak buat apa.”

“Dan…”

“Sebab dunia virtual ini seronok, seperti mana dunia fantasi aku.”

“Kau tidak rasa sunyi?”

“Apa benda tu?”

“Kau selalu berseorangan hinggakan kau tidak tahu apa itu sunyi.”

“Adakah kau bercakap mengenai aku atau kau bercakap tentang diri kau sendiri?”

Dia memandang aku. Aku tak sangka aku boleh bercerita mengenai perkara ini dengan player yang aku baru jumpa. Tapi, aku tidak tahu, kenapa aku rasa serasi bercakap dengan dia. Mungkin dia sama dengan aku. Tapi, bukankah ini game hanya untuk golongan introvert? Maknanya ramai player seperti dia dan aku.

Pada waktu itu minda aku lupa bahawa dia juga ilusi aku. Minda yang telah lama susah bezakan realiti dan ilusi. Minda yang nak mengajar hati agar menganggap ilusi itu adalah salah satu realiti. Aku semakin hanyut di dunia ilusi aku. Siapa yang ingin menolongku. Tetapi malang sekali, kerana aku tidak pernah berharap manusia di realiti aku akan menolongku, kerana pertolongan itu hanya bakal menyakitkan aku. Itu adalah keputusan muktamad aku. Aku tidak mengharapkan apa-apa pertolongan daripada golongan pelik yang ada di dunia realiti aku.

...

“Adakah dalam dunia virtual ini kau berlakon?”, aku sambung perbualan.

“Maksud kau apa?”

“Introvert menjadi extrovert.”

“Aku bukan berlakon, tapi aku nak berubah.”

“Berubah?”

“Ya.  Kau tak nak cuba?”

“Aku tak berminat.”

“Arqy, tahu tak apa tujuan game ini direka?”, dia menyoal aku.

“Tahu. Nak bagi kehidupan kepada introvert.”, jawapan yang aku tahu daripada manual game ini yang aku baca sebelum aku masuk ke dunia ini suatu ketika dulu.

“Kau tafsir seperti itu?”

“Ya.”

“Adakah kau seronok di dunia ini?”

“Ya, lebih seronok daripada dunia realiti aku.”

“Kenapa?”

“Aku penat dengan dunia realiti aku. Aku tidak minat perlumbaan masyarakat moden. Aku hanya rasa kosong dalam perlumbaan tersebut.”

“Kenapa kau tidak keluar daripada perlumbaan itu?”

“Bagaimana?”

“Arqy, di dunia moden itu sebenarnya tiada perlumbaan, hanya hati kau sahaja yang rasa seperti itu.”

“Kau yakin?”

Dia hanya diam sahaja. Dia senyum. Beberapa saat kemudian baru dia keluarkan suara.

“Arqy, bye. Aku nak log out.”

“Ok.”

Dia menghilangkan dirinya di depan aku. Aku malas nak fikirkan sebab kenapa dia tidak menjawab soalan aku.

Tiba-tiba screen virtual pop up di depan aku. Aku dapat e-mail dari Gray. Aku tidak tahu pula screen virtual ini boleh digunakan seperti itu. Mungkin teknologi ini menggunakan aplikasi bluetooth.
Aku membuka email itu dan membacanya.

“Pain is fun because it tell you that your heart did not fully broken yet. That is why, you must feel more pain, feel pain deeply, so when your heart is fully broken, you will see this world through the eyes of anarchist or form the eyes of masochist. Anarchist and masochist is different.”

Aku hanya mampu senyum setelah habis membaca e-mail itu.

...

Sekarang tepat pukul 8 malam mengikut jam dunia realiti. Jam di sini adalah sama seperti jam di realiti.

Seperti biasa, aku malas kembali ke realiti. Aku akan berjalan seorang diri di dunia virtual ini. Aku pergi ke pusat bandar. Di tempat ini ramai player berkumpul. Di semua dunia virtual, ada pelbagai festival yang disambut oleh player, begitu juga dengan dunia virtual ini. Pada hari  ini adalah festival bunga api. Aku hanya berseorangan sahaja di festival ini untuk melayan keindahan bunga api. Aku melihat kiri dan kanan, kebanyakan mereka datang secara berkumpulan.

Tidak sangka di realiti aku suka berseorangan dan di ilusi ini juga aku suka berseorangan. Dan lebih teruk lagi, hati aku dah mula mengikuti minda aku. Hati aku seperti menerima ilusi ini sebagai realiti dan realiti sebagai ilusi.

Aku tidak tahu sama ada mereka ini sekadar introvert di dunia realiti, sebabnya di dunia ini mereka seperti extrovert. Aku memandang ke atas, kelihatan bunga api berwarna-warni menemani langit. Aku memandang ke atas, kelihatan pemandangan yang cantik sekali. Galaksi Andromeda menghiasi langit. Cantik sekali. Aku terfikir –berapa tahun lagi langit di realiti aku akan tunjukkan pemandangan seperti ini?

Inilah aku, aku suka bersendirian, sama ada di realiti, fantasi ataupun virtual. Aku malas bersosial. Aku telah cuba bersosial di dunia realiti, seperti yang aku jangkakan, hati aku tetap kosong. Sekosong-kosongnya. Akhirnya aku ambil keputusan untuk bersendirian, walaupun game ini diberi oleh Han untuk mengajar aku apa itu sosial. Tapi hati aku penat. Penat untuk berlakon dalam dunia sosial.

Selepas pertunjukan bunga api, aku pusing-pusing kawasan festival. Pelbagai jualan di jual. Walaupun ini dunia virtual tapi kelazatan setiap makanan dapat dirasai seperti di dunia realiti. Inilah teknologi. Dan inilah fantasi aku, fantasi yang aku jadikan teknologi sebagai pembantu aku untuk membina imaginasi game virtual.

Aku singgah membeli sedikit makanan. Aku duduk di tepi sungai dan menjamah makanan. Aku memandang sekitar sungai, indah sungguh, walaupun ini dunia virtual. Aku melihat beberapa pasangan berjalan memegang tangan. Di dunia ini, mereka bercinta, entahlah apakah perasaan mereka itu sama di dunia realiti seandainya mereka bertemu. Mungkin di dunia fantasi sama, tapi di dunia realiti tidak pasti perasaan itu. Mungkin.

Di dunia virtual ini, ada player dan ada juga non-player. Non-player adalah artificial intelligent yang boleh menjadi kawan kepada player. Tapi biasanya mereka ini sekadar rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti player. Mereka hanya menjadi menunggak ekonomi dalam game ini. Walaupun berlaku percintaan di kalangan player dan non-player, tapi biasanya percintaan itu terbatas, sebabnya player akan memilih player lain untuk bercinta, dan hanya sedikit kes melibatkan percintaan antara player dan non-player.

Ini ilusi bodoh aku.


Tapi, adakah mereka masuk ke dalam dunia virtual ini sekadar ingin menjari pasangan hidup? Sia-sia. Aku tidak berminat dengan semua itu. percintaan adalah ilusi, sama ada di realiti, fantasi atau virtual. Lebih baik di dunia virtual ini, aku berjalan-jalan mengisi masa lapang aku. Walaupun esok aku sekolah, tapi seronok lagi seandainya masa aku dihabiskan di dunia ini. Walaupun di realiti sana aku berkurung di dalam bilik, tapi di fantasi aku bebas kerana di fantasi ini aku boleh masuk ke virtual, di mana di dunia virtual ini aku bebas bergerak ke mana sahaja tanpa perlu memikirkan masalah kertas itu, yang dunia moden kenal sebagai wang.

Kan bagus seandainya dunia realiti aku seperti ini. Tiada perlumbaan, tiada kekosongan manusia moden, tiada kepelikan yang berlaku. Tapi, aku salah. Aku harap aku salah. Biarlah aku yang pelik kerana aku ada dunia ini. Kerana aku memilih dunia ini.

Selepas makan, aku jalan lagi. Sekarang sudah pukul 1 pagi. Tiba masa aku balik ke dunia fantasi sebelum aku balik ke realiti aku. Semasa di dunia fantasi, aku berhenti sekejap melayan fantasi aku. Aku membaca buku di situ. Selepas lebih dua jam membaca, aku balik ke realiti. Tepat 3.20 pagi. Aku ada masa untuk tidur sekitar 4  jam. Cukup, sebabnya di dalam kelas aku boleh sambung tidur.
Sebelum tidur aku terfikir sesuatu. Aku berharap dunia virtual aku boleh memberi aku kehidupan baru. Aku telah lama berputus asa di dunia realiti moden aku, aku juga selalu rasa kosong di dunia fantasi aku. Aku harap dunia virtual aku boleh memberi aku sesuatu. Sesuatu untuk teruskan hidup.

..................................................................................................................................................


Semua ini adalah ilusi aku yang aku anggap realiti, sedangkan minda aku tetap mengatakan bahawa virtual itu adalah realiti. Minda aku semakin parah kerana selalu melayan penyakit ini. Tetapi terima kasih kepada sindrom ini, hidup aku bertambah ceria walaupun rasa ceria itu adalah ilusi semata-mata.





















Ulasan

Catatan Popular