Bab 5 : si pencari fantasia (tulisan tidak matang aku)

5 Realiti aku

Tepat 7.30 pagi, aku mendengar suara ibu aku.

“Amad, bangun.”, perkataan yang selalu aku dengar dikala waktu pagi.

Pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

“Ok.”, balas aku singkat.

Aku mengambil tuala dan terus bergerak ke arah bilik mandi. Inilah hidup aku. Selalu tidur lambat, bangun sekejap dan tidur balik. Jam 7.30 pagi barulah aku akan bangun, itu pun kerana hendak ke sekolah. Seandainya pada musim cuti, aku hanya akan berada di dunia virtual atau dunia fantasi sampai pagi. Dan tidur pada pukul 8 pagi sampailah pukul 12 tengah hari. Aku tidur sekadar empat jam, kerana masa itu penting, terutamanya masa untuk dihabiskan di dunia fantasi dan di dunia virtual aku.

Selepas siap mandi dan memakai baju formal sekolah, aku terus ke dapur, nak bersarapan. Secara jujurnya aku tidak suka bersarapan, perut aku tak selera nak rasa makanan. Tapi, kerana perut ini selalu berbunyi, aku terpaksa menelan makanan yang di sediakan oleh ibu aku.

Beberapa minit kemudian aku keluar rumah. Hati aku malas nak naik basikal. Hari ini aku nak berjalan kaki. Aku lihat sekeliling, ramai manusia seperti aku, bangun pagi, muka mengantuk, semangat kurang. Ada beberapa pelajar yang memakai uniform seperti aku, tapi aku tidak kenal mereka dan aku juga berharap mereka tidak kenal aku. Di negara ini, setiap sekolah ada uniform masing-masing. Dan di kawasan aku ada sekitar 10 buah sekolah menengah. Tapi aku tak ada seorang kawan pun dari mana-mana sekolah. Sebab itu pilihan aku.

Seandainya aku ramai kawan maknanya aku tidak boleh masuk ke fantasi aku, kerana sibuk melayan mereka. Bagaimana aku nak berjalan di dunia virtual seandainya aku tidak boleh  berenang di lautan fantasi.

Aku terus berjalan. Aku nampak seorang perempuan memakai baju sekolah menengah aku. Gadis tempoh hari. Malas pula nak berlakon senyum pagi ini, tapi senyum saja lah. Sebenarnya aku tidak kenal gadis ini.

“Selamat pagi.”, tegur dia.

“Selamat pagi.”, balas aku.

Dia senyum. Aku pun perlu senyum, sebab berdasarkan Google  - seandainya seseorang senyum maknanya aku juga perlu senyum, kerana takut orang akan salah faham.

“Awak memang suka jalan bersendirian?”, soal dia.

“Ya.”

Dia diam. Selepas beberapa saat dia sambung balik.

“Awak ni memang pendiam eh?”

“Ya.”

“Sebab itulah awak tak ramai kawan.”

“Buat apa nak ramai kawan?”

“Isi masa.”

“Saya pun sibuk dengan hal  saya.”

“Amad, jom singgah di Seven Eleven.”

“Tak nak lah.”

“Kalau macam tu, jom kita jalan sama-sama ke sekolah.”

“Maaflah, saya tak nak. Saya nak bersendirian.”

Aku lihat mukanya. Dia buat muka shit. Aku hanya berterus terang. Aku malas nak bercakap banyak dengan sesiapa. Bahaya, kerana makin banyak aku bercakap, makin banyak aib yang akan aku tunjukkan. Dan aib itulah yang akan disebarkan oleh si pendengar. Aku dah biasa berjumpa dengan golongan seperti itu, sebab itulah di dunia realiti ini aku lagi suka tidak ramai kawan. Zaman moden ini, biasanya manusia berkawan hanya kerana kepentingan diri, bukan sebab nak berkawan. Kalau macam itu, lebih baik aku tidak rapat dengan sesiapa pun. Itu pilihan aku.

“Ok lah Mad. Aku nak singgah di Seven Eleven.”

“Ok.”

Dia berlalu pergi. Minta maaf. Aku minta maaf kerana karakter aku seperti ini. Aku terus memandang dia masuk ke kedai itu. Aku terfikir sesuatu – mungkin apa yang aku buat pada pagi ini dia akan sebarkan. Ya, itulah yang selalu berlaku ke atas diri aku. Dia itu mungkin seperti manusia biasa, suka bercerita mengenai manusia lain, masa banyak menghabiskan untuk mengumpat, cakap belakang, sebarkan aib. Ramai manusia seperti itu. Mungkin dia salah satu seperti mereka.

Tapi, secara jujurnya aku tidak kenal gadis tadi. Siapa dia? Bagaimana dia kenal aku? Atau aku pernah jumpa dia Cuma minda bodoh aku ni yang bangang sangat sampai boleh lupa manusia realiti.
Ah, malaslah aku nak fikir. Lebih baik aku fikir dunia fantasi aku, tidak pun fikir dunia virtual aku. Lebih seronok. Buat apa aku nak buang masa nak fikir kisah romantis bodoh manusia moden. Buang memori otak aku sahaja.

Sampai di kelas, aku terus duduk di bangku aku. Bangku di belakang sekali. Tempat sesuai untuk tidur sepanjang hari. Selepas duduk, aku membuka manga. Nak baca. Masa seperti inilah seronok untuk membaca manga. Perasaan mengantuk aku tidak lagi kuat. Aku mungkin akan tidur disaat cikgu mengajar.  Kalau aku dengar cikgu mengajar pun sia-sia sahaja, kerana otak aku lambat pick up. Aku hanya mengkhayal dalam kelas. Ada kalanya juga aku boleh keliru sama ada aku berada di dunia realiti atau dunia fantasi. Tapi benda seperti itu hanya untuk beberapa saat sahaja.
Kawan yang duduk di sebelah aku sampai.

“Selamat pagi, Mad.”

“Selamat pagi.”

“Awal sampai.”

“Hmmm”

Manusia yang duduk di sebelah aku ini, bolehlah dikatakan kawan. Aku kenal dia sejak kecil lagi. Dia tahu aku ni macam mana. Raja anti-sosial sedunia. Tapi dia terima aku sebagai kawan, sebabnya dia juga tidak ramai kawan. Dia ini seperti ala-ala gaya cool, gaya yang tidak kisah apa-apa.

“Amad, kau kenal Mashiro?”

“Siapa tu?”

“Tu.”

Aku memandang arah yang mamat ni tunjukkan. Rupa-rupanya gadis yang aku jumpa tadi.

“Aku tak kenal.”

“Tadi aku nampak kau jalan bersama.”

“Mungkin perasaan kau sahaja.”

“Amad dah pandai berjalan dengan perempuan….”

“Diamlah!”

Dia gelak. Gelak untuk mengejek aku.

Aku memandang gadis itu semula. Dia memandang aku balik tapi dengan sekilas cahaya dia memandang tempat lain. Mungkin disebabkan sikap aku tadi. Tapi, lantaklah. Ada aku kisah. Lebih baik dia benci aku.

“Zainal, siapa nama penuh gadis tu?”

“Mashiro Shina.”

 “Mashiro Shina. Macam nama anime yang aku tengok tempoh hari.”

“Ayah jepun, ibu Melayu. Lawa kan?”

“Kalau aku tak silap maksud shiro adalah putih, kalau mashiro maksudnya pure white. Mungkin.”

“Anime, anime, anime. Dah dah lah tu Mad. Jangan layan sangat semua tu.”

“Hmmm.”

“Dia lawa kan?”, kata dia lagi.

“Ya, lawa sangat, sesuai untuk hancurkan hati lelaki.”, jawab aku.

“Kah kah kah. Itu pula yang kau fikir.”, kawan aku ni gelakkan aku.

“Iyalah, bukankah gadis lawa yang selalu menghancurkan impian lelaki?”

Dia diam sambil memandang aku.

“Kenapa kau memandang aku macam tu?”

“Amad, sebab perangai kau macam nilah susah manusia nak rapat dengan kau.”

“Lebih bagus. Tak lah aku buang masa lepak dengan mereka.”

“Kah kah kah. Amad, aku rasa dia suka kau.”

“Penipu.”

“Dia asyik tengok kau dari tadi.”

“Khayalan kau untuk sedapkan hati aku.”

Dia hanya diam sambil senyum.

...

Aku tak sangka aku sekelas dengan gadis itu. Tapi bagaimana dia boleh kenal aku, sedangkan aku tak pernah perasan kewujudan dia dalam kelas ini.  (Sejak bila aku kisah kewujudan orang lain)
Sepanjang hari, aku memerhatikan dia, rupa-rupanya dia ini jenis peramah, dan mungkin sebab itu dia hafal semua nama di kelas ini. Berbeza dengan aku, nama lah paling susah untuk aku nak ingat terutamanya nama perempuan. Nama lelaki perlukan sebulan untuk aku ingat dan nama perempuan aku tidak tahu berapa lama masa yang perlu aku ambil untuk ingat nama mereka.

 Sepanjang hidup aku, aku tak pernah rapat dengan perempuan. Sebabnya mereka ni sangat berbahaya kepada lelaki. Berapa ramai lelaki yang jatuh kerana perempuan. Spesies berbahaya yang pandai bermain kata-kata sampailah lelaku bodoh pun terpaksa melayan romantik moden. Aku tahu bukan semua wanita seperti itu, tetapi aku tidak pernah jumpa wanita yang betul-betul menyentuh hati aku. Tapi sejak bila aku fikir pasal benda bodoh macam tu.

...

Pada waktu rehat, aku akan pergi makan di tingkat atas bangunan sekolah aku. Di bumbung bangunan sekolah aku. Sebenarnya pintu ke bumbung sekolah aku ini dikunci, tetapi ada seorang guru telah berikan aku kunci dengan syarat aku akan membatu dia di saat dia memerlukan pertolongan. Tapi aku tahu guru ni jenis yang faham golongan introvert seperti aku. Dia faham perasaan manusia seperti aku, Leader of Anti-Social Club.

Aku mengambil kunci di poket aku dan membuka pintu, pintu untuk keluar ke bumbung bangunan ini. Aku mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Aku pergi ke hujung kiri bumbung dan duduk. Aku membuka bekal yang aku bawa dari rumah. Di sinilah tempat aku lepak setiap hari persekolahan terutamanya pada waktu rehat, ataupun selepas waktu persekolahan.

Di sekolah aku ini, waktu kokurikulum adalah setiap hari persekolahan selepas waktu belajar ataupun dalam bahasa mudahnya pada waktu petang. Biasanya ramai pelajar yang mencari kawan baru dan pengalaman baru dengan mengikuti mana-mana kelab., tetapi bagi aku semua itu hanyalah ilusi. Ilusi untuk membuang masa dengan perkara ilusi. Aku malas nak ikut mana-mana kelab hanya sekadar alasan untuk mencari kawan. Kela seperti itu tidak wujud. Kelab seperti itu hanya wujud dalam dunia anime dan manga, dalam realiti ini tiada kelab seperti itu. Walaupun mereka katakan bahawa memasuki kelab boleh menambah kawan, tapi bagi aku semua itu hanya bohong, pembohongan untuk mencari ahli kelab baru. Kalau kau introvert, kau tetap akan introvert sama ada masuk kelab atau tidak, itulah yang minda aku selalu ingatkan hati aku.

...

Selepas makan, aku hanya duduk menunggu bunyi loceng. Aku memandang persekitaran aku. Kawasan bumbung atas bangunan sekolah aku dipagari pagar agar tiada sesiapa yang mencuba membunuh diri. Aku berdiri dan berjalan menuju ke penghujung pagar sebelah kiri. Aku melihat ke bawah. Di tempat ini aku boleh memerhati persekitaran sekolah aku kerana bangunan ini adalah bangunan tertinggi di tempat ini.

Beberapa minit kemudian aku mendengar loceng berbunyi.

“Malasnya nak masuk kelas.”, inilah ayat yang selalu aku keluarkan. Lepas makan lebih seronok layan tidur. Aku masuk kelas pun aku tidak dapat apa-apa. Dah memang minda ni bodoh, susah nak fokus, mata pun asyik mengantuk, in the end cikgu hanya akan memaki aku. Macam diari pula. Minda, minda. Masa cikgu mengajar pun boleh mengkhayal. Semua ini bukannya salah cigku, semua ini salah aku kerana aku yang tidak minat nak belajar apa-apa. Minda aku penat nak fikirkan bagaimana nak hidup dalam sistem kapitalis ini selepas aku habis sekolah. Aku malas nak tinggal di realiti, sebab itu minda aku belajar mereka fantasi agar aku ada tempat untuk kembali di saat realiti aku menghalau aku.

Selepas aku mengunci pintu masuk ke tempat ini, aku berjalan menghala ke kelas. Tapi hati aku teringin nak ke tandas untuk membuang sesuatu. Aku berpatah balik menuju ke arah tandas. Selepas beberapa langkah aku terpandang seseorang. Dia juga memandang aku. Mashiro Shina. Aku hanya senyum, dia juga sama. Aku berjalan beberapa langkah, dia juga sama.

“Shina.”

“Ya.”

“Saya minta maaf kerana tadi pagi…”

“Saya faham.”

‘Awak faham?”

“Ya. Sebenarnya saya dah lama memerhatikan awak. Dalam kelas hanya awak seorang sahaja yang tidak banyak bercakap.”

“Saya minta maaf , kerana karakter saya macam tu…”

“Hmmm”, dia hanya senyum.

“Jangan risau, saya faham.”, sambung dia lagi.

“Terima kasih. Saya nak ke tandas dahulu.”

“Ok. Amad nanti nak balik bersama tak?”

“Saya ada hal, hari ini saya bertugas membersihkan kelas.”

“Ok.”

Aku dah agak, dia pandang aku di dalam kelas bukan kerana dia suka aku seperti manusia yang duduk di sebelah aku katakan tadi. Biasalah dunia, apabila ada ‘perkara pelik’ yang berlaku di sekeliling maka perkara pelik itu akan diperhatikan. Hinggakan ‘perkara pelik’ itu boleh salah faham. Tapi, siapa ‘perkara pelik’?. Akulah, siapa lagi. Dah aku jenis bersendirian ketika manusia lain ketawa gembira dengan manusia lain, aku ....Aku hanya berlakon tidur, tak pun berfantasi, tak pnn baca manga atau main game. Mesti ramai manusia katakan karakter aku ini jenis karakter bodoh. Lantaklah, dah karakter mereka jenis karakter pandai, tak kan orang macam aku nak comment hidup mereka. Malas lah aku nak comment. Asalkan jangan kacak hidup aku , sudah....Hati aku puas walaupun mereka akan mengumpat aku di belakang. Ada aku kisah.

Aku terus berjalan ke arah tandas. Dalam hati, aku tertanya-tanya kenapa dia ajak aku berjalan bersama selepas sekolah nanti. Mungkin dia kasihankan aku kerana aku ini kelihatan seperti mereka yang kesunyian. Tapi aku tidak pernah rasa sunyi. Aku akan rasa sunyi ketika aku bersosial, kalau bersendirian aku tidak pernah rasa sunyi. Biasanya manusia tidak akan percaya dengan apa yang aku katakan ini. Hipokrit sial. Sebenarnya semua keadaan aku rasa sunyi, cumanya rasa sunyi ketika bersendirian lebih seronok daripada rasa sunyi ketika bersosial. Bersendirian lebih seronok daripada bersosial. Buat apa aku nak bersosial, aku bukannya boleh masuk pun perbualan pelik mereka. Malaslah aku nak berlakon faham dengan apa yang mereka bincangkan, dan aku malas nak gelak dengan lawak yang aku tidak faham. .

Aku masuk ke dalam tandas. Selepas beberapa minit aku terus berjalan cepat ke arah kelas, takut lambat.

Sampai di kelas, aku pergi ke tempat duduk aku. Aku memandang ke hadapan. Aku melihat sesuatu di atas papan tulis.

“Cikgu sakit. Sila belajar sendiri.”

Habislah aku. Sebenarnya aku tidak suka keadaan seperti ini. Aku lebih suka seandainya cikgu masuk. Kerana keadaan seperti ini membuat aku kurang selesa. Persekitaran aku mula menjadi bising. Suara lelaki kedengaran, suara perempuan kedengaran. Suara orang bersosial kedengaran. Aku takut keadaan seperti ini. Dah lah bising, lepas tu bincang perkara yang aku susah nak faham, tak pun masa pandang aku, mereka akan buat muka menyampah. Siapa yang tidak menyampah dengan perangai aku. Dah pemalas, useless, susah nak bawa berbual, apa lagi, aku pn dah lupa. iyalah tak akan aku nak hafal kut....Tiada faedah untuk hati aku.

Aku memandang ke hadapan. Tiba-tiba mata aku terlihat seseorang. Shina. Dia melihat aku, tetapi di saat mata aku dan mata dia bertentangan dia cepat-cepat mengubah arah matanya. Kenapa dia memandang aku? Inilah yang aku takutkan. Mungkin dia kasihankan aku kerana aku ini seperti kesunyian. Di saat manusia lain sibuk bergaul, aku hanya diam di tempat duduk. Di saat manusia lain bergurau senda dengan kawan-kawannya, aku pula hanya menjadi patung di tempat duduk.

Tolonglah, jangan kisah kewujudan aku. Aku tidak suka sesiapa tahu akan kewujudan aku. Aku lebih suka tiada manusia tahu kewujudan aku.  Tolonglah, Shina, jangan ambil kisah pasal aku, benda itu hanya akan membuat aku sengsara.

Aku memandang dia lagi. Mashiro Shina, kan bagus kalau karakter dia sama dengan karakter Mashiro Shiina dalam anime. Aku tidak suka karakter dia sekarang ini, aku lebih suka karakter Shina dalam anime. Walaupun anime itu sekadar fantasi, tetapi bukankah fantasi ada kalanya benar. Sejak bila pula ilusi itu benar? Bodohlah minda ni. Cubalah fikir logic sikit.

Dia memandang aku lagi. Tapi kali ini dia senyum. Maknanya aku juga perlu senyum, seperti apa yang pernah aku baca di google suatu ketika dahulu. Pelik lah gadis ni. Susahkan hati aku sahaja. Tahu tak, hati bodoh ni boleh cair andaikata kau senyum macam tu. Kau nak bagi aku harapan, come on lah, you can’t sell dream to someone who had been through nightmare. Ayat yang aku pernah baca.

Aku senyum. Ya, aku senyum, senyuman yang bakal berubah menjadi kesengsaraan. Biarlah bukankah kesakitan dan kesedihan itu seronok nak dilayan? Lebih seronok daripada melayan rasa kosong.


Selepas beberapa minit melawan persekitaran di dalam minda, aku mengambil keputusan untuk keluar kelas. Aku nak lepak di atas bumbung. Aku berjalan meninggalkan kelas aku. Sebenarnya aku boleh berlakon bersosial dengan kawan-kawan kelas aku, cumanya aku lebih suka bersendirian melayan fantasi aku.

Sampai di atas bumbung, aku bercadang nak melayan fantasi aku. Di tempat ini tiada siapa yang akan kacau aku. Aku boleh baring di samping melayan fantasi aku.

Selepas aku masuk ke dalam fantasi. Aku melihat gelang dan juga cermin mata yang digunakan untuk masuk ke dunia virtual. Aku malas. Mungkin malam ni baru aku akan melayan dunia virtual. Di saat ini aku nak berjalan-jalan di dunia fantasi ini. Aku nak berjalan-jalan sekitar Bandar Surya. Selepas aku menukar pakaian aku menyuruh robot di tepi aku untuk memberi perincian mengenai keadaan cuaca di Bandar Surya.

“Cuaca pada hari ini adalah baik. Suhu sekitar 30 darjah Celsius. Salji akan turun pada hari ini.”
Inilah dunia fantasi aku. Pada era ini, manusia telah berjaya memproses salji buatan. Di mana salji ini boleh diproses pada bila-bila masa sahaja. Salji buatan ini tidak dipengaruhi oleh suhu. Sebenarnya salji di fantasi ini dikawal oleh komputer, di mana sistem komputer diprogramkan berasaskan prinsip quantum teori. Tiada manusia yang tahu  bagaimana untuk mengawal komputer itu, kerana seandainya manusia ingin memeriksa komputer itu, sistem yang ada dalam komputer itu akan rosak. Sebab itulah, hanya robot sahaja yang akan mengawal komputer itu.

Manusia telah mencuba pelbagai perkara untuk mengetahui bagaimana komputer itu berfungsi, tetapi semua usaha itu sia-sia belaka. Pernah sekali pengkaji memasang kamera di atas kepala robot yang mengawal komputer itu, tetapi kamera itu langsung tidak merakam apa-apa. Perkara inilah yang menyebabkan pengkaji kebingungan. Quantum komputer ini berfungsi kerana di kawal oleh robot, dan robot ini boleh memprogramkan dirinya sendiri.

Kebanyakan robot di era ini mengikuti prinsip yang telah diperkenalkan oleh Alan Turing. Robot tidak menjadi musuh kepada manusia kerana robot ini perlukan manusia untuk berfungsi. Misalnya setiap robot akan ada seorang pemiliknya, di saat pemiliknya meninggal dunia, robot itu akan berhenti berfungsi. Biarpun cara ini banyak kekurangan tetapi semua itu untuk mengelakkan robot menjadi musuh kepada manusia.


Aku berjalan-jalan di Bandar fantasiku ini. Di bandar ini aku tidak bersendirian. Aku melihat manusia sibuk. Ada yang berjalan sambil membaca buku, ada yang ketawa gembira dengan kawan, dan sebagainya. Pada zaman ini manusia tidak lagi dikawal oleh pasaran modal. Manusia menjadi manusia yang bertamadun. Peperangan tidak lagi berlaku. Tiada lagi masalah politik, tiada lagi masalah ekonomi dan masalah sosial pun semakin berkurangan.  Inilah era fantasi aku. Berbeza dengan dunia realiti aku. Di realiti, manusia berperang kerana ekonomi, kerana pasaran modal. Pasaran modal telah mempengaruhi manusia moden hinggakan manusia melupakan nilai kemanusiaan. Ramai manusia yang kelaparan sedangkan kilang pemprosesan makanan banyak ditubuhkan. Banyak manusia yang kelaparan sedangkan banyak makanan yang dibazirkan oleh sesetengah golongan. Inilah dunia realiti aku, berbeza dengan dunia fantasi aku.

Aku berjalan lagi.  Kali ini aku pergi ke Taman. Taman ini terletak di tengah-tengah bandar. Di era ini tiada lagi pencemaran. Manusia telah menggunakan teknologi sebetulnya untuk mengawal pencemaran. Manusia menggunakan teknologi berlandaskan nilai kemanusiaan. Tiada lagi ahli sains yang dijadikan robot oleh golongan yang tidak berperikemanusiaan untuk mencari/menyelidik/mereka teknologi untuk membuat senjata. Ahli sains di era ini telah belajar daripada ahli sains pada zaman 2100 untuk melawan penindas yang hanya tahu membunuh manusia lain. Pada tahun itulah, ahli sains, ahli falsafah, ahli agama, dan beberapa ahli lagi bekerjasama untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik lagi. Tiada lagi ahli politik yang hanya tahu menggunakan ahli ilmu untuk kepentingan politiknya sahaja, seperti di realiti aku.

Di taman ini aku melihat beberapa keluarga berjalan-jalan. Air muka mereka menunjukkan kegembiraan. Mungkin tiada lagi masalah pelik yang berlaku menimpa keluarga mereka. Anak-anak mereka berlari berkejaran. Tiada lagi kanak-kanak  yang diabaikan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak lagi dibebani dengan kerja yang hanya menguntungkan golongan raja kapitalis. Lihatlah manusia zaman realiti, manusia miskin sibuk bekerja, tetapi kemiskinan bertambah, raja kapitalis menggoyangkan kaki tetapi harta bertambah. Dunia realiti aku pelik. Orang bekerja keras bertambah miskin, orang bekerja malas bertambah kaya. Pelik sungguh manusia yang pandai mengawal  pasaran modal. Atau aku salah?

Mungkin semua manusia di realiti aku perlukan inovasi untuk teruskan kehidupan.


Di taman ini, aku berjalan memerhati alam sekeliling. Setelah merasa penat aku mencari tempat untuk duduk. Aku melihat jam di tangan aku. Pukul 12.00 tengah hari. Di realiti aku pun pukul 12 tengah hari. Sekarang ni aku ada kelas, Mungkin guru dah masuk, tapi aku malas nak pergi ke realiti aku. Aku nak berjalan-jalan lagi di Bandar Surya ini. Dan aku juga malas nak masuk kelas di fantasi ini.

Setelah beberapa minit aku berehat, mata aku terasa mengantuk. Walaupun aku bercadang untuk berjalan lagi di sekitar  bandar ini, tetapi rasa mengantuk aku sukar untuk dikawal. Aku bercadang untuk balik ke rumah. Sampai di rumah aku menyuruh robot untuk menukar persekitaran aku menjadi gelap. Seandainya aku tidur di fantasi maknanya aku juga akan tidur di realiti aku.

…………

Triiiing.. Bunyi telefon aku berbunyi. Sebelum tidur tadi aku telah menyuruh robot untuk bangunkan aku tepat pukul 4 petang. Apa boleh buat, semalam aku hanya tidur beberapa jam sahaja. Aku bangun dari katil aku dan terus menuju ke aku yang berada di realiti.

Tersedarnya aku di realiti, mata aku memandang seseorang. Aku melihat seseorang berdiri di hujung bangunan ini. Aku tidak boleh melihat mukanya, kerana dia berdiri membelakangi matahari di mana cahaya matahari telah menyembunyikan muka orang itu.

“Hai Amad.”

Aku terkejut. Kenapa dia ada di sini? Bagaimana dia ada di sini?

“Selamat datang ke realiti.”

Aku hanya berdiam diri.

“Rupa-rupanya awak melayan benda tu.”, soal Shina.

“Benda?”, aku kebingunan.

“Tiadalah. Saya hanya bergurau.”

Kenapa dia cakap perkataan “benda”? Apa maksud dia?

“Shina, kenapa awak ada di sini?”

“Sebenarnya tadi saya lihat awak keluar kelas. Dan awak juga ponteng kelas. Dan seterusnya awak juga ponteng tugas awak. Sebab itulah saya mencuba mencari awak dan saya jumpa awak tengah tidur di sini.”

“Macam mana awak tahu saya ada di sini?”

“Intuisi…”

“Hmmmmm.”

Dia diam. Beberapa saat kemudian dia bercakap lagi.

“Amad, awak ada dunia lain eh?”

“Tiada.”

“Oh…”

Aku perlu menipu. Seandainya aku cakap yang aku ada dunia lain, aku tidak tahu apa yang dia akan fikirkan.

“Amad, jom balik.”

“Jom.”

Aku dan dia berjalan bersama. Ini kali pertama aku berjalan dengan seorang perempuan. Dan kali pertama aku berjalan dengan seseorang  di realiti aku. Sepanjang hidup di realiti, aku tidak pernah berjalan dengan sesiapa pun. Aku lebih suka berjalan berseorangan.

“Shina, awak tunggu saya selama 3 jam?”

“Ya.”

“Kenapa awak tak kejutkan saya?”

“Mana ada manusia yang suka dikejutkan daripada fantasi mereka. Kan?”

Aku hanya berdiam diri. Adakah dia juga seperti aku? Ada dunia sendiri? Mustahillah.
Selepas beberapa minit berjalan, kami berpisah di simpang jalan.

“Bye, Amad.”

“Bye.”

“Esok, jumpa lagi.”

“Ya.”

Aku melihat dia pergi. Dalam hati, aku terfikir sesuatu

“Kalau Shina pandang belakang dan memandang aku, maknanya dia akan suka aku.”


Aku cepat-cepat pusing ke belakang. Aku tidak mahu melayan hati aku itu. Aku tidak mahu tahu apa jawapan untuk hati aku itu. Aku berlari. Aku tidak mahu memandang Shina. Aku berlari dan terus berlari, sebagaimana aku berlari daripada realiti aku. Aku tidak tahu sama ada dia memandang aku atau tidak, dan aku berharap dia tidak pusing belakang dan memandang aku. Seandainya dia memusing belakang, biarlah aku tiada di situ, sebab itulah aku lari. Aku tidak mahu terperangkap dalam dunia percintaan. Dunia yang menakutkan. Dunia yang menakutkan untuk golongan hyper-introvert.