Permulaan si pencari fantasia

Lihatlah matanya,
mata yang tidak mempunyai harapan,
mata yang sayu lihatnya,
mata yang telah hilang cahayanya.
Lihat pula hatinya,
hati yang telah terseksa,
hati yang resah serabut ,
hati yang kosong rasanya.
Lihat pula cara jalannya,
cara jalan yang hilang semangatnya,
cara jalan yang hilang harapannya,
cara jalan yang letih pergerakannya.
Lihat pula senyumannya,
senyumannya yang nampak bohongnya,
senyuman yang terasa umpama sebuah tangisan,
senyuman lakonan berdasarkan realitinya.
Cuba lihat semula,
tapi ingat,
jangan lihat dengan mata,

kerana dia hilang di saat kau memandangnya.

Ulasan

Catatan Popular