-introvert-
Hidup
sebagai seorang introvert adalah menyeksakan, kerna hati perlu ditinggalkan
agar bisa masuk ke dunia empirikal bersama masyarakat. Perasaan yang ada di
hati seorang introvert susah untuk diterangkan, malah susah untuk sesiapa
fahami. Seseorang yang introvert sentiasa akan disalah faham, kerna mereka akan
sentiasa buat sesuatu yang lari daripada kebanyakan majoriti. Apa yang mereka
lakukan tidak diiktiraf oleh majoriti, malah mereka akan disalah fahami kerna
berpersonaliti seperti itu, yang akhirnya mereka akan rasa depresi.
Mereka akan
mempersoalkan diri sendiri, mempersoalkan personaliti dan karakter mereka. Dan
bisa membawa kepada pembencian mereka ke atas diri mereka sendiri. Mereka akan
mula membenci diri sendiri, kerna mereka rasakan diri mereka lain, rosak,
corrupt. Mereka benci akan diri mereka.
Aku selalu
tertanya-tanya, kenapa introvert seperti dianggap sampah, hanya kerna jadi diri
sendiri. Kenapa mereka disuruh ubah personaliti? Adakah introvert itu satu
kesalahan? Adakah introvert itu satu dosa? Mungkin, ya, ia satu kesalahan, satu
dosa.
Ada yang kata,
perasaan kosong, rasa sunyi, rasa lemas, rasa depresi bisa diubati dengan
bersosial, bermasyarakat, dengan sibuk di dunia empirikal. Tapi, mereka tidak
tahu, bahawa perasaan itu tidak bisa dineutralkan dengan bersosial, dengan
sibuk bermasyarakat. Pernah rasa sunyi di kala bersendirian, dan kau memilih
untuk bersosial, tapi kau tetap rasa sunyi ketika dalam khalayak?
Rasa sunyi tetap
ada, walaupun kau beramai, dalam khalayak. Rasa kosong tetap ada, kerna
sibukkan di zahir umpama lari daripada realiti hati dan minda sendiri. Tapi,
susah untuk terangkan semua itu, kerna tiada sesiapa yang fahami ia, kecuali
mereka yang pernah atau sedang rasai semua itu. Dan manusia itu berbeda, ada
yang hebat psikologi, ada yang hebat
hati, hebat fizikal, tapi ada juga yang sebaliknya.
Seorang introvert,
apabila dia nak kisahkan kisah hidup mereka, mereka nak kisahkan perasaan yang
mereka rasai, biasanya akan dikutuk, dihina, dan dianggap - sibuk di mental dan hati adalah perkara
sia-sia. Mungkin, benar, ia sia-sia, tapi apakan daya, ia tetap disibukkan
dengan segalanya.
Akhirnya, seorang
introvert pilih sembunyikan segala-galanya. Dia dipaksa menukar personalitinya.
Mungkin bisa ditukar secara zahir, tapi bagaimana personaliti introvertnya itu
yang ada di hatinya, di mindanya. Dia terpaksa lupa sementara semua itu. Sebab
itu, aku suka menjadi bayang-bayang, kerna aku tidak perlu melupakan sementara
apa yang ada di hati dan minda aku.
Ulasan
Catat Ulasan