-tentang-
12.04.2017
Aku hairan manusia, mereka kata mereka faham apa yang dirasai oleh introvert, tapi introvert sendiri tidak faham perasaan yang mereka rasa, yang akal mereka selalu disibukkan.
Aku hairan manusia,
mereka kata mereka adalah introvert, mereka mengaku mereka adalah introvert,
tapi dikala mereka berjumpa dengan seseorang yang introvert, yang ‘sama’
spesies dengan mereka, mereka menghina introvert itu pula, mereka menyuruh pula
si introvert itu buat apa yang mereka lakukan.
Aku hairan manusia,
mereka kata mereka faham apa yang dirasai oleh si introvert. Mungkin mereka
anggap perasaan manusia itu boleh dicopy pastekan ke hati masing-masing agar bisa difahami.
Aku hairan spesies
manusia, mereka kata mereka terima seseorang manusia itu seadanya. Tapi dikala,
manusia itu menunjukkan apa yang ada di hatinya, dikala manusia itu menunjukkan
personaliti tersembunyinya, manusia itu ditolak jauh pula, dihina
dibelakangnya.
Jangan sesekali
percaya manusia yang berkata
‘aku faham perasaan kau... aku tahu apa rasa
yang kau rasai sekarang...’
Jangan sesekali
percayakan mereka. Ayat itu sekadar ayat common sense dalam bermasyarakat,
dalam persahabatan. Tapi, ucap terima kasih, andai ada yang sudi mendengar,
kerna manusia yang sudi nak dengar adalah sedikit sahaja. Ucap terima kasih,
tapi jangan terlalu berharap mereka akan faham. Kisah yang kau hadapi dalam
hidup kau, hanya kau sahaja yang layak fahami ia, kerna apabila kau mengisahkan
kisah kau kepada manusia lain, manusia
lain itu hanya faham kisah kau berdasarkan perspektif mereka, mereka faham
kisah kau dengan pentafsiran ke atas kisah hidup kau hasil kisah pengalaman
yang mereka lalui. Mungkin ada yang serupa, tapi ia tidak sama.
Teori memang hebat.
Melayan teori memang menyeronokkan, tapi dikala masuk ke realiti, teori itu
dibuang jauh-jauh. Kerna itu lah aku berhenti melayan teori. Aku berhenti
melayan ideologi. Aku berhenti melayan falsafah. Aku berhenti belajar
agama. Aku berhenti nak tahu, nak faham,
apa itu sekularisme, apa itu kapitalisme, sosialisme, demokrasi, sufisme. Aku
berhenti nak tahu. Buat apa nak tahu semua benda di dunia ini, hanya
menyeksakan jiwa sahaja. Aku pilih tidak mahu tahu apa yang berlaku di dunia
ini lagi. Sekarang ini, aku hanya sibukkan dengan hal-hal Final Year projeck,
kerna kemungkinan besar, selepas ini, aku tak akan lagi terlalu melayan fizik.
Aku nak cari duit, banyak-banyak, kerna aku nak pergi ke suatu tempat untuk lari
daripada aku sendiri, dan juga untuk jumpa dia, untuk langsaikan hutang hati
aku, selepas itu, aku nak hilang dari semuanya. Ada hutang yang hati aku perlu
bayar ke atas minda aku. Dan ada hutang yang akal aku perlu bayar ke atas
jiwaku aku. Juga, ada hutang fizikal aku perlu bayar ke atas hati aku.
Ulasan
Catat Ulasan