-tentang cinta [57]-
katanya
"setiap kali, aku lihat wajahnya, hatiku rasa sakit, mungkin kerna, hatiku tahu, bahawa selama-lamanya, cintaku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja."
"setiap kali, aku lihat akan senyumannya, hatiku rasa sakit, mungkin kerna, hatiku tahu, selama-lamanya aku dan dia, tak akan bersama."
"setiap kali, aku lihat tawanya, hatiku rasa sakit, mungkin kerna, hatiku tahu, bahawa selama-lamanya aku dan dia, tak akan bersua muka, tak akan bertegur sapa."
"aku terima realiti aku di saat ini. biarlah aku cinta dia, di ilusiku, di delusiku. biarlah dia hanya ada di ilusi, asalkan dia beri sesuatu ke atas kewujudanku di dunia ini. dia wujud di dunia ini, dah cukup bagiku; aku belajar itu - aku didik hatiku, agar seperti itu 'dia wujud di dunia kecilku, dah cukup bagiku.' ."
"aku tahu semua ini delusi ku sahaja, tapi aku tetap nak layan ia, kerna aku tahu, pasti ada sesuatu yang virtual ini berikan kepada hidupku."
Ulasan
Catat Ulasan