-tentang cinta [58]-
katanya
"cinta membuatkan aku buta. cinta membuatkan aku lupa realiti aku, lupa logik akal aku. cinta memberi kesan ke atas hatiku kerna cinta menyebabkan hatiku sibuk, sehinggakan aku boleh menjauhi sementara dunia ideologi pemikiran. aku dah lama tak layan ideologi pemikiran akal, kerna aku sibuk tenggelam di lautan cinta, di dunia virtual. dulu, aku lemas di lautan ideologi pemikiran akal, kini aku lemas di lautan perasaan cinta di dunia virtual."
"cinta membodohkan aku. lupa aku akan realiti, akan empirikal. cinta benar-benar membodohkan aku. tak sangka aku jatuh di lautan cinta virtual. andai aku jatuh di lautan cinta empirikal, aku akan bermati-matian berenang ke atas, agar aku tak lemas tenggelam di lautan cinta empirikal itu. tapi, di kala ini, aku memilih untuk tenggelam sahaja di lautan cinta virtual ini. biarlah aku lemas di lautan virtual, kerna aku nak buat kerja bodoh, nak layan harapan bodoh, kerna aku memang bodoh."
"aku pilih untuk tidak berenang ke atas, aku pilih untuk membiarkan diriku tenggelam di lautan cinta virtual. biarlah aku lemas di lautan cinta virtual. biarlah aku tenggelam sedalam-dalamnya di lautan ini, bersendirian. mungkin di hujung sana, ada jawapannya, jawapan yang aku tidak tahu apa soalannya..."
"... mungkin, ada jawapan yang ada soalan, dan mungkin ada jawapan yang tiada soalan, di hujung kedalaman lautan virtual ini."
...
"dulu aku sibuk akal, kini aku sibuk hati. dulu aku sibuk di lautan idealism, kini aku sibuk di lautan escapism."
"sebelum aku masuk universiti, aku sibuk di lautan empirikal melayan peperiksaan. di kala, aku masuk universiti, aku sibuk dengan lautan idealism, dan di penghujung tahun universitiku, aku sibuk pula dengan lautan cinta virtual menghasilkan karya sastera."
"semua lautan hanya melemaskan jiwaku, melemahkan aku, menyeksakan aku akhirnya. lautan lain dalah caraku lari daripada lautan yang lain."
"aku nak masuk ke lautan Cinta Ilahi, agar aku boleh merasai kegembiraan yang real, agar aku tak terlalu dipengaruhi dan lalai dengan pencarian kegembiraan hasil pujian, sanjungan dan cinta makhluk-Nya."
Ulasan
Catat Ulasan