-tentang sastera [20]-

katanya
"aku cemburu akan taeyeon. dia mempunyai suara yang merdu, dan dengan lagu, dia boleh luahkan rasa yang ada di hatinya. lihatlah mukanya, dikala dia menyanyi lagu berunsur sedih, seperti lagu fine. lihat dia, lihat matanya, ada kisah di sebalik matanya itu."

"nama albumnya the voice, memang sesuai dengan personalitinya, yang pendiam, introvert, yang suka berkurung di rumah sekiranya tiada pekerjaan. pernah dia katakan, bahawa pernah selama seminggu dia berkurung di dalam rumahnya."

"dia pernah katakan, bahawa dia tidak sesuai jadi leader untuk kumpulan snsd, kerna dia katakan bahawa dia mempunyai 'timid' personaliti. tapi, dia adalah queen ost, ramai manusia approve dia queen ost. dia anggap dirinya tidak layak menjadi leader untuk kumpulannya, tapi peminatnya tetap anggap dia adalah leader yang terbaik."

"aku tak minat kumpulan snsd, aku cuma minat lagu nyanyian taeyeon, kerna aku cemburu akan kelebihannya itu. aku start tahu akan dirinya dah lama, kerna running man, tapi di masa tu aku tidak tahu dia leader, dan aku tak nak tahu pasal dirinya, tapi setelah aku mendengar lagu fine, aku mula menyukai suaranya, dan aku mula nak tahu kisah hidupnya. thanks to internet, especially youtube, kerna aku boleh tahu serba sedikit personalitinya."

"aku suka personalitinya, kerna hampir sama dengan aku.  secara jujurnya, personaliti dia sangat berbeza dengan wanita virtual itu, sangat-sangat berbeza tapi, ...."

"..."

"aku cemburu akan dia, kerna dia boleh luahkan perasaannya menggunakan lagu. dan, lagunya ramai yang meminatinya; memuji suaranya. aku cemburu akan dirinya."

"tapi, aku bangga akan dirinya, sangat-sangat bangga, akan pencapaiannya terutamanya untuk lagu fine (all kill), kerna, dia memang layak menjadi hebat."

Ulasan

Catatan Popular